Yogyakarta

Thanks, AnAn.

#First solo trip yang pernah aku buat
#Oct 2014
#Main objective: Tawan Borobudur -Accomplished-


Trip ini aku dedicated to myself, yang perlukan bukti bahawasanya aku ini jenis ketegaq, independent, and explore type of person. Trip ini juga aku dedicated to pemikiran aku, jiwa aku, mentaliti aku, dan rasa bersyukur aku pada diri yang dianugerahkan pelbagai nikmat oleh Allah s.w.t.

Aku ke sini, sendiri. Pada Oktober 2014, aku ambil keputusan drastik sebab desakan diri yang sangat hauskan exploration. Yup, dulu aku xberpeluang untuk buat trip sebegini. Dan, aku sangat respect pada mereka yang ada self independent dan exploration yang tinggi dalam diri mereka. Yup, I find their stories are quite motivate me untuk lalui cabang hidup yang sebenarnya indah.

Aku ke sana dalam 3 hari 4 malam. Bertemu dengan Endar Utami, kawan terbaik merangkap tour guide yang paling best. Serious, pengalaman di sana sangat aku hargai. Aku rasa sangat heaven, dengan keasyikan seni bina klasik candi Borobudur dan Prambanan. Mystery but yet interesting! Aku rasa masuk dalam dunia ancient yang ada keunikannya tersendiri. Atau mungkin itu hanya aku yang rasa sebab aku ni sangat obses dengan sejarah dan artifak. InsyaAllah, will be future archaeologist. Amin. Doakan aku!


Antara tempat yang aku pergi adalah:

1) Taman Sari

Istana Air Taman Sari, Yogyakarta
Thanks, Google!
Pengalaman pertama kali serlahkan kenakalan dan kegilaan aku secara umum dan rasmi. Memandangkan masa untuk melawat Taman Sari dah tamat, jadi aku dan Endar panjat tembok ni untuk bergambar. Hahaha. Antara pengalaman yang paling aku suka bila teringatkan Yogyakarta.

Istana Air Taman Sari, Yogyakarta
Thanks, Google!
Menurut sejarah, Istana Air Taman Sari atau dikenali sebagai Water Castle ini adalah tempat rekreasi raja, puteri dan permaisuri. Lelaki yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk selain sultan/raja sahaja. Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat raja bermeditasi, berlatih, dan merangka teknik peperangan. Juga, adalah kebun bunga. Kata Endar, dahulu kala, raja akan ke sini untuk melihat permaisuri dan puteri-puterinya. Raja akan melihat dari bangunan tinggi yang ada di situ dan memilih permaisuri mana yang akan menemaninya pada hari itu. Untuk memlilih, raja akan melemparkan sekuntum bunga ros (kalau tak silap) pada permaisuri yang dipilihnya. Hem... sungguh unik. 

Benteng Pertahanan di Taman Sari, Yogjakarta
Thanks, Google!
Selain itu, taman ini juga dihubungkan dengan laluan bawah tanah, iaitu terowong yang berfungsi sebagai benteng pertahanan Kraton. Sungguh menarik dan unik. Rujuk gambar di atas, biasanya air akan naik sehingga memenuhi ruang ini (kalau tak silap). Air itu akan mengalir ke tempat mandi-manda permaisuri dan puteri. 


2) Alun-Alun

Alun-Alun Kidul Yogyakarta
Terima kasih, Google!
Malam, aku berpeluang ke Alun-Alun. Kebetulan, masa di Taman Sari, ada pesta Kulinari. Best jugak tengok diaorang jamming dan food testing. Hahahaha. Aku dan Endar merempit saja. Memang Endar terror betul cilok. Hahaha, fail aku.

Menurut sejarah, Alun-Alun ni adalah sebahagian tempat mistik juga la. Dipercayai, sesiapa yang dapat lalui di antara dua pokok besar (seperti dalam gambar di atas) dengan matanya ditutup dengan  kain, hajatnya akan menjadi kenyataan. Itu kepercayaan mereka la. But, aku try for fun. Dan gagal. Hampir langgar tembok yang memagari pokok tu. Tergelak sakan aku dan Endar. 

Kereta perarakan, Alun-Alun Kidul Yogyakarta
Thanks, Google!
Di Alun-Alun juga ada perarakan/rekreasi kereta seperti di atas. Biasanya, ramai pelancong tak lepaskan peluang untuk naik dan kayuh kereta ni keliling padang tu. Best sangat, but aku tak try. Sebab penat dan nak ke Malioboro selepas tu. Tapi, aku sangat respek dengan mereka. Walaupun tanpa pembangunan yang advance, mereka masih mengagungkan nilai-nilai mereka dan juga apa yang mereka ada. Buktinya, contoh di atas. Mereka gunakan apa yang mereka ada untuk menonjolkan nilai sejarah dan pelancongan yang mereka ada. Tak perlu guna teknologi advance pun.


3) Gunung Merapi

Gunung Merapi, Yogyakarta
Terima kasih, Google!
Inilah Gunung Merapi, gunung yang meletus pada tahun 2010 kalau tak silap. Itu pun secara kebetulan aku lalu sini masa aku nak ke Candi Borobudur. An An, adik Endar yang bawa aku lalu ikut laluan alternatif. Sepanjang aku ikut laluan alternatif, memang lihat banyak lagi kesan gunung berapi. Dengan jalan yang berdebu, bahagian patung yang pecah berderai di jalanan, dengan rumah-rumah yang sedang dibaik pulih. Banyak, terlalu banyak hingga aku rasa sangat bersyukur dengan keamanan yang aku ada di Malaysia. Alhamdulillah.

Dan, sepanjang perjalanan kami dengan membonceng motor ke sana selama dua jam, kami lalui kawasan pendalaman yang penuh dengan ladang buah salak. Buah salak mereka besar-besar belaka. Dan udara di sana sangat nyaman, sejuk, dan tenang. Ya Allah, aku rindu Yogyakarta!


4) Candi Borobudur

Candi Borobudur, Yogyakarta
Thanks, Google!
Perjalanan ke sini dari Prambanan mengambil lebih kurang dua jam. Aku sampai pun dah tengah hari. Panas pula, tapi bila kaki jejak saja Borobudur, terus hilang semua penat. Rasa nak menangis pun ada sebab aku dah berjaya jejak Borobudur. Kalau nak tahu, candi ini adalah dibawah pengaruh Buddha. Dan banyak kisah yang terlakar di dinding Borobudur ni. Candi ini dibangunkan oleh pengikut Buddha aliran Mahayana pada sekitar tahun 800 sebelum Masihi atau abad ke-9. 

Kalau nak masuk, perlu pakai kain yang diberi pinjam dan diikat pada pinggang. Yang tu, aku lupa apa tujuannya. Nanti nak kena tanya balik Endar. Hehe.


5) Istana Keraton

Istana Keraton, Yogyakarta
Terima kasih, Google!
Istana ini adalah istana diraja. Banyak muzium di dalamnya. Ada yang menempatkan koleksi barang-barang milik raja, ada juga gambar-gambar permaisuri dan puteri/putera raja, susur galur keluarga diraja Buwono ni. Sangat best! Aku ambil masal lebih kurang dalam 3 jam untuk teroka setiap muzium. Dan, yang paling uniknya, masih ada lagi orang yang menjaga istana ini. Mereka dipanggil pengabdian, iaitu macam sida-sida or pengawal istana agaknya. Mereka ini berkhidmat untuk istana dan keluarga diraja dalam sebulan tu empat or lima kali. Ini adalah lambang ketaatan mereka kepada sultan mereka.

Aku dibawa untuk melihat peralatan yang mereka gunakan untuk sediakan santapan raja dan keluarga mereka. Juga diberi penerangan tentang gaya hidup raja dan pantang larang mereka. Kalau bernasib baik, akan ada acara persembahan tarian tradisional jawa. Dan Alhamdulillah, aku bernasib baik sebab bila masuk sini, acara itu sedang dijalankan.


6) Muzium Kereta Kraton

Muzium Kereta Karaton, Yogyakarta
Terima kasih, Google!
Menurut Endar, kereta kuda ini ada pelbagai jenis dan setiap satunya adalah berfungsi untuk membawa kerabat diraja dan pembesar istana serta sultan pada zaman dahulu. Bahkan, pada masa sekarang ini, mereka turut menggunakan kereta kuda ini bagi upacara yang istimewa seperti perkahwinan puteri/putera, perarakan raja. Dan, kereta kuda ini memang didatangkan khas dari Belanda kalau tak silap. Pihak sana menghadiahkan kerata ini kepada sultan pada zaman dahulu. 

Bahagian dalam muzium,
Thanks, Google!
Inilah deretan kereta kuda yang dapat dilihat dalam muzium ini. Kinda sedih la jugak sebab tak dapat nak panjat naik kereta ni. Hahahahahahaha. Kalau la guard dia tak selalu patrol, memang dah lama dah aku panjat naik. Hahaha


7) Candi Prambanan

Candi Prambanan, Yogyakarta
Thanks, Google!
Well guys, inilah candi Prambanan. Candi ini ada pengaruh Hindu. Dalam kawasan ni, ada beberapa candi yang menempatkan patung-patung yang berbeza. Even, setiap candi kecil di dalam kawasan ini ada nama tersendiri. Masa aku pergi sini dulu, ada candi yang terbesar sedang dibaik pulih. Jadi, tak dapat nak masuk lah. Kata Endar, itulah candi yang paling besar dan ada cerita di sebaliknya. Kata Endar lagi, dahulu ada patung wanita besar dalam candi tu. Ada seorang pelancong dari Eropah datang dan lawat candi tu. Yang peliknya, patung tu hidup dan mendekati pelancong tu masa dia tak sedar. Tiap kali pelancong tu lihat patung wanita tu, ia berubah jadi patung semula. Dan kali ketiga, apabila pelancong tu syak patung wanita itu hidup, dia ketuk bahagian hidung patung wanita itu. Yang peliknya, ada darah mengalir keluar dariapda hidung yang patah. Apa lagi, kelam kabutla pelancong tu lari keluar candi. Tapi, malangnya, aku tak dapat nak masuk. 

Selain tu, ada juga patung lembu dalam candi di sekitarnya. Menurut kepercayaan mereka, sesiapa yang dapat membisikkan hajat mereka ke telinga patung lembu itu, hajat mereka akan menjadi kenyataan. Aku tak buat. Syirik kot. Cuma tengok je la pelancong Eropah buat. Hahaha.


8) Jalan Malioboro

Jalan Malioboro, Yogyakarta
Thanks, Google!
Jalan Malioboro adalah syurga membeli-belah di Yogyakarta. Banyak kedai dan warung tepi jalan yang menjual baju, kain batik, keychain, perhiasan rumah dan pelbagai lagi. Aku ke sini selepas ke Alun-Alun. Sini pun boleh naik kereta kuda, tapi yang bukan tradisional macam di Muzium Kereta Kraton la. Kalau ikutkan, aku nak naik kuda, bukan kereta kuda. Hahahaha.

Malioboro pada waktu malam
Thanks, Google
Biasanya, kedai-kedai di sini banyak beroperasi pada waktu malam. Maksud aku, termasuklah gerai-gerai kecil. Boleh tawar-menawar lagi. Aku ke sini dan sempat lah melihat proses membuat corak pada kain batik. Dan, sempat beli keychain untuk buah tangan kawan-kawan dan family juga. Memang bestlah kalau sempat pusing lama-lama. Boleh dapat harga yang murah sangat.
  

Berlibur dan berkenalan di Alun-Alun, Yogyakarta

So, itulah pengalaman aku ke Yogyakarta. Serious, aku nak pergi lagi. Tapi, kali ni mungkin akan pergi dalam seminggu ke. Sebab nak hike Gunung Merapi, pergi Pantai Parangtritis, Gunung Kidul, buat aktiviti lasak kat sana. Oh, ya. Sempena dengan trip ni pun, aku kenal beberapa kawan Indonesia yang best bangat. Semuanya gara-gara panjat tembok di Taman Sari. Dan, tak sangka, jodoh kawan kami kuat. Kami jumpa di Alun-Alun pula malam tu. Hahaha. Terima kasih buat Abah Sorga, Ctzky, Tia, Rizal dan juga Marathuza. Kangen juga sama kamu, Endar!




p/s: Kadang-kadang, kena travel untuk keluar dari kepompong yang sama. Sekaligus untuk sematkan rasa syukur pada apa yang ada dalam diri kamu. Sungguh, pada waktu kamu peroleh rasa syukur itu, rasa nikmatnya tak terkata. Alhamdulillah.