Calar Balar

Deary diary...




Bila derita,
Mata hanya terkatup berkelip-kelip,
Menadah semangat dari udara yang gagah berangin,
Cuba menahan mutiara dari jatuh di pipi,
Padahal hati sudah mula sesak berbisik.

Adakala,
Aku mahu lantang bersuara,
Membidak segala gedik gemalai dia,
Tapi, aku tahu.
Dia sahabatmu, kononnya.

Maka,
Dengan hati yang separuh nanar,
Aku iyakan segalanya,
Melihat gedik gemalai dia di depan mata,
Walau hati menjerut resah,
Kamu tak pernah menguis dia,
Walau gedik gemalainya lain rupa.

Aku,
yang berdiri di sini,
tiap kali teguh berdiri
kerana kamu ada,
yang dahulunya teguh berprinsip
kerana kamu ada,

Namun,
kini aku lemah,
khabar demi khabar,
mula sesakkan dada dan minda,
dunia mula kelam gelap,
bunyi bising mula menerawang tanpa punca.

Sudah calar balar jadinya,
Ditahan air mata,
Di hati pula melimpah,
Sesak dan rimas mengepung jiwa,
Jalan keluar seakan tiada.

Tuhan,
Aku mohon petunjuk benar-Mu
Bukakan mata hati dan akal butaku
Hilangkan resah,
Hilangkan duka,
Hilangkan rasa terkhianat,
Moga jalan keluar nampak rupa,
Moga ia senantiasa ada.
Moga aku tidak sesat.

Kerana,
Aku mahu hidup,
Hidup dalam erti benarnya hidup.
Tanpa khianat, tanpa luka.
Hanya tenang.




Tajuk: Calar Balar


p/s: Dah lama tak tulis puisi. Best juga bila dah start ni. Hahaha.



No comments: