Because Allah Love Us

Thanks, Hijabiz




Dalam hidup ini, aku pernah jatuh tersungkur dalam riang tawa palsuku. 
Dalam hidup ini, aku pernah dicemuh mereka lantaran kesilapan yang bukan aku lakukan.
Dalam hidup ini, aku pernah kehilangan mereka yang amatku sayang.
Dalam hidup ini, aku pernah hampir gila kerana kehilangan dia.
Dalam hidup ini, aku pernah tersenyum gembira kerana mereka.
Dalam hidup ini, aku pernah berasa tidak adil kerana tindakan mereka.
Dalam hidup ini, aku pernah menangis teresak-esak kerana gagal.
Dalam hidup ini, aku pernah 'mati' kerana lemas dengan kealpaan dunia.
Dalam hidup ini, aku pernah 'patah ribu-ribu' kerana kepercayaan sering dihancurkan.
Dalam hidup ini, aku pernah bahagia kerana ada kasih sayang mereka.
Dalam hidup ini, aku pernah tersenyum kerana keletah dan kepercayaan mereka padaku.

Dan hingga kini, 
Aku bersyukur kerana aku masih hidup.
Masih sempurna fizikal. 
Masih upaya menghirup udara bagi mengisi liang peparu. 
Masih waras dalam menjalankan tanggungjawab dan melakukan pertimbangan. 

Walau hati remuk. 
Walau hati patah berjuta kali patah.
Walau air mata tak pernah berhenti mengalir dari hati yang berkecai. 
Aku ikhlas dan redha.



Thanks, Tumblr



Kata Cyber Ommoni,
"Kepahitan hidup mengajar kita jadi dewasa. Segala sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita perlu tekun, sabar, dan taqwa menghadapinya."


Ya, aku akui itu. Walau hati remuk mana, aku harus bangkit. Aku ada mereka yang menyayangi aku. Mereka yang ikhlas dan menerima aku seadanya. Walau dalam diam, aku tetap berdoa berterusan. Doa yang hanya DIA sahaja yang tahu. Doa yang tidak pernah putus dalam sedar dan dalam lenaku. Aku tahu DIA hadirkan ujian ini untuk aku terus mendambakan kasih sayang-Nya. Aku tahu DIA rindukan rayuan, ratapanku terhadap-Nya. Aku tahu DIA mahu aku menjadi insan yang lebih baik. Dan aku bersyukur. Bersyukur setelah aku berjaya berpegang pada kewarasan yang hampir hilang. Aku percaya pada qada' dan qadar DIA. 

Tiada manusia yang tidak menangis. Tiada manusia yang tiada masalah. Benar, mereka punya masalah, bahkan lebih besar daripadaku. Tetapi hati tetap gentar dalam hadapi hidup ini. Betapa aku berasa hidup aku sungguh pathetic dan kosong. Betapa aku takut akan rasa itu. Maka, demi Cyber Ommoni, demi Omma dan ayah, demi Bonnie Bannet dan Caroline Forbes, demi Suzika Ajinamoto dan Jo AnNa, demi Chemoh dan GBS lain, aku perlu bangkit. Aku mesti tersenyum. Ya, Aku mesti. Kerana janji Allah s.w.t. itu pasti. Sekiranya aku berdoa bersungguh-sungguh, DIA akan menunaikannya. Maka, aku perlu kuat. Dan aku mahu kuat.

Maka, doakanlah aku.


p/s: Entry kekuatan setelah berjuta kali aku kecundang. Terima kasih pada mereka yang tegar memberiku sokongan, kata-kata semangat, dan sokongan padu. Aku sayang kamu.