♥Tony Stark♥


My Tony Stark  [Thanks, Mr. G!]



Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you


Mungkin kita tak bersama di takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu
Dalam diam ataupun bisu

I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you

Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu
Dalam diam ataupun bisu

I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you
I’m sorry but I love you




Suka, minat, simpan dalam hati diam-diam. Tak perlu nak heboh satu dunia. Kalau Allah dah kata itu jodoh kamu, maka Allah akan permudahkan. Allah akan tunjukkan jalan. Soal hati, itu sangat complicated. Even dah kenal 10 tahun, tapi hati boleh saja berubah. Hati ini milik Allah, Dia tahu yang terbaik untuk kita. Aku hanya bergantung harap pada Allah. Yakin pada ketentuan Allah. Allah lebih mengetahui. Mungkin kali ini adalah yang terakhir dan yang tepat untuk aku. Macam apa yang Chemoh kata dan doakan tadi selepas aku dan dia girls talk kejap. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Amin. Bercinta lama buat aku rasa rimas dan sesak. Tanpa ikatan yang halal dan sah, hidup jadi tak tenang. Seronok hanya seketika kerana itu hanya fasa perkenalan. Tetapi yang menentukan segalanya adalah fasa komitmen. Itu pengukur kekuatan ikatan yang dibina. Restu mak ayah itu penting. Jadi nadi dalam suatu perhubungan. Apa pun yang berlaku dan terjadi, utamakan mak ayah dahulu. Dalam perhubungan, apa yang terjadi ada sebab musababnya. Kalau tak jadi, adalah yang lagi baik untuk kita, kalau jadi, alhamdulillah. 

Maka, hati. Tenanglah. Dan yakin, berserah, dan terus berdoa pada Allah. 





p/s: Ini Chemoh la punya pasal. Cakap pasal jodoh pertemuan bagai. Kan aku dah angau dengan Tony Stark kat atas ni, ha.  :P