Silent Faith

Thank, Google.

 "Jodoh itu rahsia Allah. Belum tentu tepat melalui mimpi, dan suasana di depan mata. Kerana fikiran yang terbatas tetap mahu menafikan. Barangkali ia mainan minda yang terhasil daripada mainan perasaan. Just go with the flow, insya-Allah ada hikmahnya.  Andai jadi, mungkin buat buku seperti, Sebelum Aku Bernikah dengan tajuk, Di Kala Sedang Beristikharah. Andai tidak, mungkin juga. Wallahu alam. Sebaik-baik perancang adalah Allah. Dapatkan apa yang kita mahu dengan minta pada-Nya, andai... bersungguh-sungguh mahu. Walau akal yang terbatas ini tidak dapat fikir caranya."   -Insyirah Azhar-



Thanks, Tumblr!

Wahai Jiwa,
Redha dan ikhlaskan hati. InsyaAllah DIA akan tunjukkan jalan yang terbaik. Hati ini sedang bersusah payah redha dan ikhlas walau nanar dengan sayang padanya yang ikhlas kerana DIA. Hati ini milik Allah. Hati ini, kita yang rasa. Dengan DIA, kita mohon, dan dengan DIA segala yang mustahil kini, insyaAllah jadi tak mustahil selamanya. Kerna DIA punya kuasa, sekali berfirman 'Kun Fa Ya Kun' semuanya akan jadi nyata.

Maka, marilah kita berdoa. Berdoa masing-masing sahaja yang tahu. Ujian dan dugaan hati memang buat diri jadi nanar dan gila. Tapi, lihatlah hikmahnya, lihatlah dari sudut positif, lihat pada kesan positif dia tinggalkan pada kita, maka berpegang pada hal itu. Dan selebihnya DIA yang akan tentu. 

Salam Sayang dan Penuh Rindu,
-Sahabat Duka Tawamu-




Kata Prue, hati ini milik Allah. Maka, apa yang berlaku itu kehendak Allah. Percaya dan yakin pada Allah. Berdoa dan terus berdoa moga Allah kabulkan doa kita. Hati kita, kita yang rasa. Tapi hati kita, Allah yang cipta. Keajaiban itu hanya Allah yang boleh berikan. Kalau bersungguh doa kita, azam kita, insyaAllah, Allah akan makbulkan. Dan tiada siapa yang dapat menghalang. Kalau kita ikhlas berkehendakkan sesuatu, dan sesuatu yang kita hajatkan itu bertujuan baik, InsyaAllah, Allah akan permudahkan ia, walau bertahun kita menanti. Janji Allah itu pasti.





p/s: Hati ini hanya milik Allah, dan mahu diserahkan pada Allah, walau jauh di sudut hati, masih berharap. Moga Allah perkenankan. Doakan ya, apa yang aku doakan itu dimakbulkan. Amin. Terima kasih.