Mr. Caring


# One of my best buddy...

#  Hadi, person who loves cat so much, much more than he love me? Erk?!  [ :P ]

Hamboi, bibiq ang... merah mak ngah. Haha.


Well, this is one of my best buddy in USM. Kawan masa suka duka. Kawan yang selalu kena tadah telinga dengar aku pot pet pot pet pasal masalah aku. One of geng aku dgn GBS la. Rindu dia sangat-sangat. Dulu, aku and GBS lain selalu je lepak dengan dia. Kira dia member geng kami. Siap ada persidangan aiskrim 2012 di Bukit Gambir tu lagi.

Baru tadi call dia. Dah lama sangat tak borak-borak. Rindu zaman belajar dulu. Borak pasal kenangan di USM dulu-dulu. Geng kami. Rindu masa dulu. Rindu dengan cerita-cerita ko pasal kucing dengan kawan-kawan lain. Rindu dengan cerita ko memasak nasi dagang -ok, kalah aku. Malu-

Masa ni, dinner TOT38. Aku ingat lagi masa mula-mula aku join TOT. Tak ada seorang pun yang aku kenal melainkan ko dan juga Henry FitZroy. Tapi, Henry FitZroy sibuk sebab dia bos kita. Masa meeting, aku selalu duduk dekat ko sebab awkward dengan situasi dan orang lain. Al-maklum sajalah, buat event bawah seliaan Pusat Sukan tu. Tapi sebenarnya dari situlah aku mula kenal dengan ramai orang. Dan dah tak awkward. Siap En. Wan tegur aku sebab aku formal panggil dia dengan gelaran 'Encik'. Sedangkan orang lain panggil dia 'Abang Wan'. Kat situ juga aku belajar cara uruskan team aku, cari sponsorship, lepak Pusat Sukan USM tiap hari sambil cuci mata skodeng foreigner yang nak sewa swimming pool USM. Ahaks, kan dah terserlah kesantunan aku di situ. Aku kenal ramai orang, rasa seronok bekerja dengan mereka.

Aku ingat lagi, aku kenal ko dekat kelas Creative Writing. Yang Encik Sofwan ajar. Time tu, Fyza sibuk saja duduk usha Edward. Yela, Edward kan budak CG. Sama macam ko. First time aku tegur ko sebab aku tengok ko boleh borak sembang je dengan Fyza, Ziha, Momoi semua. So, aku pun join sekaki la. Still, paling aku tak boleh lupa ialah ko sanggup teman aku pergi jalan kaki makan malam dekat Ivory- Bukit Gambir. Masa tu, kelas Creative Writing dibatalkan. GBS lain terpaksa balik sebab nak siapkan assignment mereka yang menimbun. Aku pula gastrik tahap kronik sampai jalan pun macam nenek bongkok tiga. Walau ko duduk dekat CG, ko still sanggup teman aku pergi makan. Memang aku terharu, akan aku kenang sampai mati. Ok, sedih. Terharu.

And last night, adalah pertama kali aku borak-borak dengan ko lama sepanjang lepas kita konvo. Hem, tak sangka, dah setahun kita konvo, kan? Apa pun, aku amat hargai hadiah konvo ko, Penguin cute! Yang tu, aku sorang je dapat. Hahahaha, Fyza and Ziha jealous sangat. Penguin ko, aku simpan elok-elok. Nanti, aku nak tunjuk dekat anak-anak aku dan cerita pasal Pak Cik Hadi yang suka kucing ni. Hahahahahaha

Apa pun, sahabat suka duka sampai mati. Itu janji aku pada ko. Dan janji aku pada GBS lain. Aku tahu ko rasa sentap sikit sebab aku lambat beritahu pasal tu, tapi percayalah, aku pun belum ada kekuatan untuk bercerita tentang tu. Tapi, ko dan GBS lain sahabat aku sampai mati. Aku sayang ko, Hadi! Ko memang yang ter-best lah!



p/s: Janganlah pula sedih-sedih. Aku ingat kenangan kita semua sampai mati. Sebab aku sayang semua sahabat susah senang aku.  :)