♥사랑해요♥


Ehem...

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog. Mungkin dah bersawang dek labah-labah atau anai-anai. Aduhai, kosa kata makin teruk, kerana bercampur gaul dengan kosa kata manual baru. Otak sakit mahu terima, sebab sudah bertahun hidup dengan peraturan sebegitu. Alahai. Kerjaku tak seronok, ok, jelir lidah. :P

Seperti yang korang lihat di bawah, GBS mula menggedik lagi. Tapi, ahlinya tak cukup. Kata orang tak cukup korum lah. Nak buat macam mana, tapi terpaksa juga. Cuba andaikan lagi yang tiada itu ada dalam gambar di bawah. Wakakakakakakah. Titik.

Ada riak gembira ketawa tak di situ?
Ok, last 18 Mei 2013, officially aku jadi melepak bersama GBS Ziha. Dia drive ambil aku dari Damansara dan kami laju menuju ke Shah Alam. Alang-alang teman dia jumpa kawan dia konvo, masih bertegas untuk berjumpa dengan minah Diva atau Miss Vamp yang vouge. Bila tengok Miss Vamp, barulah aku rasa yang aku ni macam rangka tulang saja. Kurus yang amat. Kalau Miss Vamp yang diva tu kurus sebab stress dengan thesis, aku pula kurus sebab tekanan di tempat kerja. Makan hati, tahu. Si Minah Neutral Ziha pula yang makin berseri-seri. Agaknya dia nak langkah bendul dengan Akak Happening Fyza kot???

Jeng... jeng... jeng...





p/s: Kepada Cik Shira dan Cik Fyza, sila jelous banyak-banyak, ok.



Thanks for read.  :)

No comments: