Terkilan


Kamsa Hamnida, Google  :)

Dekat tetapi sebenarnya jauh.
Di hadapan ada,
Tetapi yang jauh daripada mata selalu di cari.
Barangkali,
mungkin si hadapan ini sampah semata-mata,
Diperlu dikutip,
jikalau tidak, senyap dipinggir.
Suara si hadapan diam terkelu,
rasa terkilan dengan apa yang berlaku,
biar hati sudah berjuta memujuk,
namun hati tetap terkilan, kelu, dan beku.
Al-Falaq dan Kalam suci menjadi rujukan,
untuk tenggelamkan kelam dek bisikan hati syaitan,
Namun, kata-katanya dingin dan beku,
untuk sampah seperti aku.
Bukan minta selalu dikelek hulu hilir,
sekadar bertanya wujud di mata,
sampah ini juga punya rasa,
tetapi angin dingin terus bertiup,
antara mereka dan aku,
lalu ruang kecil itu muncul,
 untuk aku diami,
 kerana jiwa sudah mahu meletup,
dek sikap manusia yang sering menghitung.
Bukan ikhtiraf atau anugerah yang mahu dipikul,
cuma sedikit common courtesy yang perlu ditunjuk,
sampah ini sudah kelu dalam kata-kata,
sudah diam bisu,
kerana tidak mahu lava kata-katanya,
bernanah di hati dan telinga para penghitung.





p/s: Manusia boleh berubah. Kadang-kadang, tak perasan ada yang terasa dan terkilan. Cuba lihat sekeliling. Fikir dan periksa semula. Lalu letakkan diri di tempat mereka, so, kamu terasa atau tidak? Terpulang.



Thanks for read.  :)  

No comments: