Gagal Lagi :(

  
Kamsa Hamnida, Google  :)
 
"Saya belajar benda baru lagi hari ini. Daripada bos-bos saya. Yup, saya pemegang rekod di tempat kerja saya hari ini, mungkin sejak syarikat tempat saya bekerja ditubuhkan. Apa pun, kalau tidak salah, manakan mahu tahu apa yang salah dan betulkannya. Mungkin, yang kali kedua, ketiga, dan seterusnya lagi elok daripada yang pertama. :)"  5 April 2013 



K.E.C.E.W.A

P.U.T.U.S. A.S.A

R.A.S.A. T.A.K. G.U.N.A



Buat apa mahu rasa begitu? Ya, memang! Itulah yang kita rasa bila kita direject beberapa kali [dalam mesyuarat]. Tapi, adakah selamanya kita perlu rasa begitu? Percaya atau tidak, perasaan di atas ini sebenarnya banyak menduga kita dalam memilih jalan yang betul. Pilih sama ada untuk berhenti berusaha dan duduk di takuk lama, atau giatkan usaha untuk menaiktarafkan ilmu dan kedudukan? 

Sekarang, ramai yang mahu berjaya. Ramai yang mahu senang. Tetapi tak ramai yang mahu usaha. Usaha maksudnya perlu mengalirkan keringat, memerah otak, meluangkan masa, menabur wang, dan membiarkan air mata keluar menari di pipi. Itu usaha, itu jerih perih kita dalam berusaha untuk mencapai impian kita. Ingatlah, mereka yang berjaya adalah mereka yang selalu tersungkur di kaki tangga, tetapi tidak putus harap untuk bangkit dan berlari mendakinya. Dan, masa dia mendaki itulah, segala masa, wang, peluh, bahkan air mata akan dikerah. 

Orang yang berjaya pada mulanya dia berjaya pasti tidak mampu pun untuk terus bangkit tatkala dia jatuh tersungkur sebaliknya mereka yang sering kecundang gagal, pantas menjadi orang teguh berjaya.





p/s: Baru lepas kecewa kerana buku yang aku handle ditolak, sebanyak dua kali, kerana cover buku itu. Tetapi, aku sudah belajar daripada pengalaman. Pengalaman hidup mengajar aku untuk menjadi tidak terlalu naif.


Thanks for read.  :) 

No comments: