Bidadariku

Thanks, Encik Google

"Masa jatuh tergandah, mula mencari tempat untuk berpaut, perlukan kekuatan untuk terus berdiri. Tapi adakalanya lupa, yang kuat berdiri itu seringkali jatuh tergandah tanpa kamu hulurkan tangan untuk mengangkatnya berdiri. Kadang-kadang, hidup perlu sendiri untuk menilai mana yang benar dan mana yang tidak. Allah akan membantumu." 30 Mac 2013



Khusus aku tujukan pada salah seorang kawan terbaikku, satu-satunya. Norizan Din.

Dia adalah seorang teman yang sering tiba dikala aku jatuh bertimpa-timpa. Dia seringkali menukilkan senyuman pada aku di kala aku gundah dengan erti hidup dan cabaran yang rakus menghalangi aku daripada berdiri teguh dan tegar. Dia seorang bidadari buatku, yang Allah utuskan padaku tika aku melewati hidupku dihujung-hujung harap. Allah utuskan dia, sahabat terbaik yang pernah aku ada untuk aku terus berkuat, dan bersyukur atas nikmat yang DIA utuskan padaku. Yup, aku rindu benar pada dia. Pada Norizan Din. 

Aku gelarkannya Kak Ngah, walau aku lebih tua daripadanya. Tua beberapa bulan sahaja. Dia selalu tiba waktu aku dilanda kesakitan, kesedihan dan juga waktu aku perlukan sokongan dan dorongan. Benar aku kata, dia satu-satunya sahabat yang tahu sisi-sisi bahagia dan duka aku. Payah untuk aku memberitahu dunia akan sisi hidupku. Bagi aku, sisi hidupku, adalah satu kotak yang perlu aku selam ke dasar hati. Benar, pengalaman mematangkan aku. Tiap kali air mata aku mahu merembes keluar, pasti dia datang untuk menjenguk aku. Sehingga kadang kala, aku rasa malu kepadanya kerana aku gagal menghulurkan tanganku waktu dia jatuh tersungkur di bumi, walau dia sengaja menyimpan dukanya sendiri. Aku mahu ada saat dia menangis, aku mahu ada saat dia susah, aku mahu ada saat dia tawa dan gembira. Tetapi, sahabat ini berjaya menyimpan kisah duka daripadaku. Sebaliknya, menyajikan aku senyuman manisnya yang sering membuat aku kuat menghadapi hidup. 

Dan sehingga kini, hampir 6 tahun pertemuan antara aku dan dia sering membuat aku gagal menyelami isi hatinya. Moga Allah kuatkan aku untuk selalu ada di sisi tawa dan di sisi dukanya. Kerana aku sayang dia, sayang pada sahabat yang bernama Norizan Din ini. Semoga Allah merahmati Norizan Din sekeluarga. Amin.



p/s: Kak Ngah, rindu Kak Ngah sangat-sangat. Nanti kita jumpa dan lepak, ya?



Thanks for read.  :)