Berharap

Thanks, Encik G  :)

#Tapi, sebelum tu: Happy Birthday to Mrs. Zack!
#Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur.




Untuk capai ke tahap ini, sudah banyak kali aku tersungkur. Sudah banyak air mata aku alirkan. Sudah berjuta tenaga aku kerahkan. Tak lupa juga pada masa yang telah aku hutang pada DIA untuk aku memuja dan mencintai-Nya. Tetapi, alhamdulillah, DIA masih setia di sisiku. DIA sengaja menduga hatiku, kerana DIA rindukan aku. 

Tapi, hidup aku di perantauan, banyak mengajar aku erti mandiri dan berdikari. Banyak mengajar aku menilai sejelasnya mana intan, mana kaca. Benar, intan dan kaca itu metafora bagi manusia. Kadang-kadang, aku menyangka dia itu intan, tapi, rupa-rupanya kaca yang hanya kelihatan seperti intan. Dan adakalanya, aku sangkakan dia itu hanyalah kaca, tetapi rupanya dialah intan yang paling berharga dalam hidupku. Kena bijak menilai supaya nanti tidak mati dek tersedak udara yang penuh dengan asap terkilan. Lebih banyak manusia yang pergi, daripada manusia yang tetap duduk di sisi. Jadi, berhenti berharap pada manusia. Pada manusia yang pergi. Kerana itu menyakitkan. Kadang-kadang, kita dipersalahkan atas kesalahan mereka yang mereka sendiri tidak nampak. Sebaliknya, sandarkan keluh kesah mereka yang setia di sisi di pundak bahu kita. Itu lebih berbaloi dan mendamaikan. Dan, yang paling utama, jangan berhenti berharap pada diri dan pada DIA. Itu lebih penting.

Perjalanan hidupku masih lagi jauh. Masih banyak lagi yang perlu aku belajar dan mengajar. Impian aku masih tinggi di langit. Masih perlu banyak usaha untuk aku daki dan capai bintang impian aku. Aku tahu, sepanjang perjalanan aku nanti, untuk menuju ke bintang impianku, pasti ada banyak cubaan dan halangan yang datang menghimpit. Cubaan yang pelbagai. Dimarahi bos, dipinggirkan rakan sekerja, disindir oleh rakan, kredibiliti dipersoalkan, prestasi kerja dipertikaikan, kekurangan wang, dimarahi oleh ibu ayah. Ya, itu semua bentuk dugaan yang mungkin aku bakal hadapi. Tetapi, jikalau tidak menghadapinya, manakan aku tahu takat kesabaran dan kesungguhan aku untuk mengapai bintang impian aku. Kalau tidak melakukan kesalahan, manakan kita tahu itu betul dan itu tepat. Manakan bintang impianku akan tercapai.


Thanks, : G :)

"Kejayaan tidak pernah datang bergolek. Kitalah yang kena menggolekkannya. 
Jikalau takut dilukai atau dipersalahkan, duduk sahaja di bawah tempurung. 
Jangan keluar dari comfort zone anda. 
Akan tetapi, apabila berasa diri gagal, 
jangan dicari orang untuk meluahkan rasa kegagalan itu. 
Kerana kamu tidak layak meluahkannya."
16 April 2013


Love you, Mr. G  :)

"Melakukan kesilapan itu adalah perkara biasa. 
Daripada kesilapan yang kamu lakukan itu, 
kesilapan itu sendiri yang menjadikan kamu sedikit cerdik. 
Tetapi, yang kurang biasa adalah terus mengulangi kesilapan yang sama. 
Itu menjadikan kamu lebih bodoh daripada bodoh kamu sebelum ini."
16 April 2013


Lihatlah Thomas Alva Edison yang menghidap disleksia. Beliau kini menjadi bertambah-tambah cerdik apabila mengetahui berjuta-juta cara yang tidak dapat mencipta mentol. Dan, daripada berjuta-juta cara yang mengagalkan beliau, beliau menjadi semakin bijak dan dapat mencipta mentol yang sempurna. Percayalah, kesilapan itu adalah hidup. Dari kesilapan, kita belajar banyak perkara, belajar cara melakukannya dengan betul, membetulkan kesilapan yang kita lakukan.
  



p/s: aku pernah gagal, bahkan aku seringkali gagal. Tetapi, kegagalan tidak membuat aku putus asa, sebaliknya aku menerima dengan berusaha mencapainya ikut kemampuan aku.





Thanks for read.  :)