Risau

Thanks, Hijabiz


Melihat arus pemodenan sekarang, seringkali membuat hati aku gundah dan gembira. Gembira kerana kini hidup manusia semakin senang dibantu oleh mesin ciptaan manusia. Tetapi aku tetap gundah apabila melihat satu benda yang semakin merosot. Ya, akhlak manusia. Aku takut dan bimbang dengan keadaan sekarang.

Banyak fesyen tudung dan pakaian kini diperkenalkan. Sering menjadi ikutan golongan remaja, tua dan muda. Ada yang tersasar dari landasan agama, ada pula yang menjadikan Barat itu raja. Sungguh takut. Benar, aku takut aku tergelincir dari landasan-Nya. Takut dengan kemajuan yang dicapai sehingga nilai kemanusiaan semakin menipis di jiwa manusia. 

Aku doakan semoga Allah sentiasa lindungi aku, keluargaku, sahabat-sahabatku serta keluarga mereka daripada arus pemodenan yang semakin melekakan ini. Benar, mereka adalah yang berharga buat kita di dunia dan juga di akhirat. Ayuhlah kita berpegang pada yang satu ini, kalam Allah. 


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali," 
(Al-Baqarah [2]: 155-156)


p/s: semoga kita sentiasa saling mengingati dan saling menyebarkan kebaikan. Amin.




[Happy Birthday to Syid, Asha and my Kak Fizah, May Allah Bless You]

Thanks for read :)