Risau

Thanks, Hijabiz


Melihat arus pemodenan sekarang, seringkali membuat hati aku gundah dan gembira. Gembira kerana kini hidup manusia semakin senang dibantu oleh mesin ciptaan manusia. Tetapi aku tetap gundah apabila melihat satu benda yang semakin merosot. Ya, akhlak manusia. Aku takut dan bimbang dengan keadaan sekarang.

Banyak fesyen tudung dan pakaian kini diperkenalkan. Sering menjadi ikutan golongan remaja, tua dan muda. Ada yang tersasar dari landasan agama, ada pula yang menjadikan Barat itu raja. Sungguh takut. Benar, aku takut aku tergelincir dari landasan-Nya. Takut dengan kemajuan yang dicapai sehingga nilai kemanusiaan semakin menipis di jiwa manusia. 

Aku doakan semoga Allah sentiasa lindungi aku, keluargaku, sahabat-sahabatku serta keluarga mereka daripada arus pemodenan yang semakin melekakan ini. Benar, mereka adalah yang berharga buat kita di dunia dan juga di akhirat. Ayuhlah kita berpegang pada yang satu ini, kalam Allah. 


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali," 
(Al-Baqarah [2]: 155-156)


p/s: semoga kita sentiasa saling mengingati dan saling menyebarkan kebaikan. Amin.




[Happy Birthday to Syid, Asha and my Kak Fizah, May Allah Bless You]

Thanks for read :)
      

Happy Birthday

TQ Google for celebrating my birthday




Thanks for your wishes. I really appreciated. Thanks again. You guys are the most important friends that I love in this world. Thanks because remember me as one of your important friend in your life. I love you, for such meaningful wishes to me, on my birthday. 

[ And where my present? ] Ahaks-joking




p/s: Never expected that you guys willing to wait 12 am just to wish me. Love it. Keep it up. 


Thanks for read.  :)

Tears

    
Tears... Thanks, Encik Google.
   
Air mata...

Dulu, aku seorang yang gagah tanpa air mata, kerana aku selindungkan air mata itu dalam hati. Biar tidak kelihatan pada mata yang nampak pada pandangan realiti. 

Dulu, aku tabah dalam hadapi hidup. Tidak setitis pun air mata aku benarkan jatuh di pipi.

Tetapi kini, begitu murah nilai air mata aku. Tak kira sedih atau gembira, air mata dahulu yang bertindak menari riang di pipi sebelum hati sempat menafsir apa yang perlu aku lakukan untuk membendungnya.

Kata dia, aku ini pelik, unik dan cengeng. Kuat menangis kerana hal yang tak sepatutnya aku menangis sehinggakan bila aku menangis dia boleh tertawa. Menangis pada sesuatu yang mengharukan hati aku, mengembirakan jiwa aku, sehingga air mata itu sudah serasi dengan perasaan hati.

Kalau sedih pula. turun juga air tetapi tidak selebat air mata tawa riang itu. Entah, aku bingung memikirkannya. Mungkin segalanya ada sebab. Mungkin semua ini terjadi gara-gara sikapku dulu yang gemar memendam air mata dalam peti hati sehingga hati mula memulangkan air mata itu pada sesuatu yang membuat hati gembira dan tawa riang. Pelik.

Dan kini, yang membuat air mataku ingin mengalir lagi ialah tentang berita akan ibunya, ayahnya, dan adik bongsunya yang bakal terbang ke sana, untuk mengerjakan umrah. Aku tahu hal ini kerana dia sudah memberitahuku. Tetapi baru tadi ibunya menghantar mesej mengkhabarkan aku akan hal ini. Sungguh, aku benar-benar berasa sebak. Padahal aku belum bertemu 4 mata dengan ibunya. Mungkin rasa sudah serasi dan sayang agaknya. 

Apa-apa pun, aku doakan semoga ibunya, ayahnya dan adiknya selamat pergi dan selamat kembali. Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka. Tak sabar mahu menunggu mereka pulang. Tak sabar mahu mesej-mesej dengan ibunya dalam Facebook~ benar-benar lawak.


p/s: Bilalah masa aku tiba untuk menjadi tetamu Allah di sana? Aku doakan semoga Allah sudi menerima aku di sana. Amin. Doakan aku.


Thanks for read.  :)