Selfish is Not Guilty

Thanks, G!


Dulu, orang kata sikap pentingkah diri or 'selfish' tu salah. Tak boleh bersikap macam tu sebab kita ini sama-sama memerlukan dan diperlukan. Sama-sama memberi dan sama-sama menerima. Omma aku kata kalau kita tolong orang, orang akan tolong kita balik. Itu common sense manusia, apa yang manusia ada untuk menilai satu-satu perkara berlandaskan kemanusiaan mereka, humanity mereka. Kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tapi, ada juga kata pepatah yang berbunyi: 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.'   

Pelik, kan. Kalau kita diajar berkongsi dan ber-common sense antara satu sama lain, kenapa ada juga manusia yang selfish? Maksud aku di sini macam selfish tak bertempat. Kenapa mesti ada manusia yang tak pandai common sense and sakitkan hati kita?

Pernah terfikir tak?

Kan Allah kata Allah ciptakan manusia ini berbagai-bagai rupa dan ragam. Sebab itulah corak dan rencah kehidupan. Kalau semuanya sama, hambarlah hidup, kelam jugalah nampaknya. Kita perlu ada sikap selfish ni. Untuk berjaya, sama ada dalam perhubungan dan juga kerjaya. Betul. Kerjaya memerlukan orang yang tegas but, yet, terbuka dan pandai menghormati orang lain. Bukannya degil, keras kepala dan ikut goyang kaki dia saja. Bekerja dalam pasukan, perlu ada sikap selfish terhadap kerja, iaitu bila kita selfish pada kerja kita, kita akan lebih peka dengan aturan kerja kita dan orang lain. Tetapi, dalam masa yang sama, kita perlu bekerjasama dan kerah idea untuk menjayakan objektif kerja pasukan kita itu secara sihat dan beramai-ramai. Itulah yang dinamakan selfish bijaksana. Well, tak dinafikan akan ada orang yang terasa nanti. Tapi itulah, kita ni hidup untuk jaga hati orang ke untuk kejar matlamat hidup kita? Tanya pada diri.

Entahlah, pendek kata, aku kena belajar sikap selfish bijaksana ini. Kena belajar ringankan mulut untuk bertegas tanpa ikut seperti lembu dicucuk hidung. Dan, aku perlu belajar 'tutup mata' dan 'bekukan hati' terhadap perasaaan orang. Kalau dia salah, kenapa perlu kita yang terhegeh-hegeh jaga hati dia sedangkan dia tak jaga hati kita pun? Terus terang aku kata, itu bukannya menjaga hati kawan, tetapi itu bodohkan diri sendiri.



People that KNOW they are important, think about others.
People that THINK they are important, think about themselves
-Hans F Hansen-




p/s: Memang post kali ni banyak kata berbisa. Sebab aku mahu diri aku sedar dan tersedar yang selamanya aku tak boleh jadi 'lembu dicucuk hidung' sahaja. Aku sudah dewasa dan perlu lah matang berfikir. Ini bukan masa sekolah universiti lagi, ini masa kerjaya. Dalam alam ini, kalau dipijak dan dilanyak, jika tak pandai defends diri sendiri, memang penyek dan lanyaklah korang.


Thanks for read.  :)