Ikrarku

Thanks, T.


Dulu, masa kecil-kecil aku suka berkawan. Tak kira siapa, umur berapa, jantina apa, bangsa apa, semuanya aku kawan. Sebab nak main-main di waktu petang. Tepat jam 5 petang, mesti aku keluar rumah walau mak aku tegah. Tapi, aku ignore saja. Habis hujung sana ke hujung sini aku turutkan kawan-kawan sepermainan. Tiap petang ada saja permainan baru yang nak main. Best kan zaman dulu.

Tapi, sekarang dah lain. Kawan dah tak jadi se 'pure' kawan yang dulu. Yang masa kecil-kecil. Sikap hipokrit dan selfish tak bertempat tu selalu ada. Dia ada kereta so baik aku berbaik-baik dengan si A tu sebab nanti aku boleh pergi jalan-jalan. Eh, dia anak orang kaya, aku mesti baik-baik dengan dia sebab nanti dia boleh belanja aku makan. Dan sebagainya. Itu sudah lumrah. Itu namanya cerekarama kawan. Hati manusia menjadi semakin tidak suci. Hati mereka, hati kau, dan hati aku.

Kadang-kadang, kita lupa hargai mereka yang sudah banyak membantu dalam hidup kita, tiap jatuh bangunnya kita ini, ada mereka. Mereka yang benar-benar sahabat tawa duka, yang pentingkan kita dalam kehidupan mereka. Aku akui, aku selalu lupa asal aku, selalu lupa mereka yang sentiasa menjadi penyelamat aku di kala susah, penenang aku di kala duka, pemerhati aku di kala aku ini kejauhan. Ya, mereka sentiasa ada untukku. Dan mereka sentiasa pentingkan aku.

Dan kini, aku mahu noktahkan sesuatu. Dan ini azamku untuk aku ubah pandangan aku dalam kehidupan.

1- Pentingkan mereka yang pentingkan aku dalam hidup mereka.
2- Hanya fikirkan impian aku dan berusaha menggapainya.
3- Turn off humanity aku pada mereka yang tidak penting. [Layan baik]
4- Diam dan lenyapkan diri aku dalam kamus mereka.

Manusia dalam dunia ini ramai untuk diterokai. Di saat aku berfikir pada mereka yang tidak sudi, aku sudah membazir masa untuk mengenali dan menjalinkan persahabatan dengan mereka yang ceria dan unik. Aku terlalu sedih dengan sikap manusia sebegini. Mungkin tanpa sedar, aku juga begitu. Jadi, sekarang, aku tahu bagaimana rasanya. Rasa dipinggirkan dan diabaikan. Yang macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap tiada. 

Aku tak mahu lagi begini. Biarlah mereka begitu, tetapi aku mahu berubah, mahu pentingkan mereka yang pentingkan aku dalam kehidupan mereka. Mahu ikhlas dalam persahabatan. Tapi, tanya diri sendiri, adakah kita ikhlas dalam persahabatan selama ini? 




p/s: Tak suka pada mereka yang senyap menyepi kemudian tiba-tiba sibuk benar mahu tahu apa pencapaian kita dalam hidup kita. 


Thanks for read.  :)