Dekat Jauh

Pernah tak korang semua alami perasaan ni?

Pernah tak?

Pernah tak?

Thanks, Mr. Google.


Well, aku pernah. Selalu. Ibarat ini chipsmore. Bila nak, dicari, bila tak nak dibuang. Sakitkan perasaan macam ni. 

Sahabat.

Dalam ramai-ramai kawan, aku hanya ada sedikit sahaja sahabat. Boleh kira dengan jari. Sahabat terbaik yang pernah aku ada hingga kini. Mereka datang bila aku betul-betul perlukan bantuan. Tepat pada masanya. Kena pada tempatnya. Sahabat ialah orang yang tak pernah lokek berikan pendapatnya, luangkan masanya, hulurkan duitnya, pinjamkan tenaganya untuk kita. Sahabat tahu kita dalam kesusahan. Sahabat sentiasa fikirkan kita, kenangan ketika kita bersama-sama. 

Kadang-kadang, aku selalu silap tafsirkan yang sahabat itu adalah kawan. Tetapi rupa-rupanya kawan itu hanyalah kawan biasa. Yang aku cuba letakkan tinggi dalam sisi persahabatan sehinggakan aku menyamatarafkan mereka dengan sisi sahabat sejati aku. Rata-ratanya begitu. Kawan bukanlah sahabat, mereka tidak boleh menjadi sahabat. Ya, aku rindu mereka, mereka jauh daripada aku sekarang tetapi sentiasa dekat di hati. [Yang dekat pun makin bertambah dekat dalam hati aku ini, ahaks]

Aku selalu sangkakan mereka itu sahabat sejati aku kerana kami pernah lalui susah senang bersama. Kata mereka, aku ini penyumbang semangat, kental dalam positifkan mereka setelah mereka menghadapi kekalahan dalam acara yang mereka masuki. Tapi, itu dulu. Kini kami sudah lain. Bukan seperti sahabat 3 serangkai waktu dahulu. Berbeza. Kami sudah jauh. Terlalu jauh sehingga aku rasa aku sudah tidak kenal mereka. Mungkin aku silap kerana aku fikir kami sudah lama berteman, jadi aku in kepentingan mereka dan begitu juga sebaliknya. Silap besar. Aku rasa mungkin mereka tidak mahu lagi aku wujud dalam hal mereka, jadi begitulah. 

Kata kawan aku, sahabat tak semestinya akan kekal menjadi sahabat, adakalanya mereka akan menjadi musuh kita, dan musuh tak semestinya akan terus menjadi musuh, mungkin mereka akan menjadi sahabat terbaik yang pernah kita ada. 

Well, aku ramai kawan, kawan yang aku kenal semata-mata, tetapi sahabat, tak pun. Mungkin sebab aku pendiam dan jenis memendam. Entahlah, manusia boleh berubah. Terasa atau tak, itu soal hati aku. Cuma, tahun ini, aku mahu berfikiran positif sahaja. Biarlah mereka pergi, akan datang yang baru untuk dikawani. Hidup kita ibarat lembaran buku. Perlu tutup buku lama dan buka buku baru. Gunakan pen baru dan hiaskan corak baru. Buku lama, pen lama dan corak lama, itu semua bukan dilupakan tetapi cukuplah dikenang. 

Bak aku kata dalam entry dulu-dulu, aku mahu 'turn off' mereka yang sudah 'turn off' aku. Dan adalah lebih baik bagi aku yang selalu fikirkan mereka ini mencari hobi lain untuk difikirkan.





p/s: Mahu bina hidup sendiri. Tak perlu berdiri atas kaki orang lain. Cukup sahaja kaki kita ini.




Thanks for read.  :)