Changing

Thanks Google =)
Assalamualaikum semua. Sudah lama aku tak update blog ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin aku tiada rentak untuk menulis, ataupun tiada idea mahu mencanang. Barangkali, aku terlalu sibuk dan otakku tepu dengan 'dapatan mentah' seminggu ini. Ini baru sedikit aku dapat, kalau dah lama aku di sini, memang silap hari bulan, aku mesti dapat gelaran editor tercerewet di Malaysia.

Sudahlah, malas mahu bercerita tentang isu tugasan di pejabat. Sekarang, aku mahu menerawang jauh ke dalam diri. Penat otak bekerja keras berusaha menyedapkan ayat mereka, letih pula mata menjamu huruf dan abjad yang menari rancak di mata. Penat. Sangat penat bila kerah otak bekerja. Kalau diikutkan, sekarang sudah hampir setengah bulan aku di sini. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Amin.

Memandangkan nanti Chinese New Year, ada cuti 4 hari, termasuklah cuti hari minggu. Memang asyik. Dan berbelah bahagi. Antara di utara ataupun di timur. Mana satu pilihan kalbu. Aduhai, tadi omma telefon. Katanya bosan sebab aku tiada di rumah, tak semangat untuk memasak. Hahahaha, memang agak tak logik alasan tu. Hem, tapi bila difikir-fikirkan, mungkin omma rindu dengan aku. Ayah, ikan piranha dan ikan jaws pun mungkin begitu. Mana taknya, bila aku telefon rumah tadi, suara ayah bunyi memekak, konon-kononnya membebel kerana takut bil telefon tinggi. Padahal aku jarang sekali telefon omma dan bergayut sakan. Bukan tiap-tiap malam pun. 

Dahulu, aku sungguh tak faham dengan perangai ayah yang menyepi bisu dengan kami adik-adik. Omma pula kadang-kadang ada 'angin'nya. Mungkin ketika itu aku masih muda. Masih remaja yang sukar untuk fahami isi hati orang tua. Tetapi kini, Alhamdulillah, aku rasa aku faham dan mengerti. Benar orang kata, jarak dan masa adalah ubat terbaik bagi masalah. Masa berjaya mematangkan fikiran aku, jarak pula berjaya mewaraskan aku. Aku tahu omma dan ayah memang rindu akan aku. Memanglah, ayah memang begitu. Tak mahu tunjuk reaksi gembiranya. Sengaja pesan chicken chop malam terakhir aku bercuti di rumah. Mahu meraikan kepulangan aku padahal ayah tak suka makan chicken chop. Yalah, aku kan suka makan makanan tu.


Thanks, Google.


Kesimpulannya,
Akau rasa aku dan tanggapan aku sudah berubah. Pemikiran aku juga mula berubah menjadi matang. Daripada keanak-anakan berubah menjadi matang dan waras. Aku rasa omma dan ayah juga semakin berubah, semakin kerap menerima pendapat kami dan matang dalam menilai kemahuan dan bakat anak-anaknya. 

Al-maklum sahajalah, perangai anak berbeza-beza, tak sama. 
Mungkin tindakan degil aku yang dahulu itu merupakan jalan terbaik untuk menyebabkan perubahan ini berlaku. Bersyukur aku bila aku fikirkan hikmahnya. Terima kasih, Allah. Semoga aku dan keluarganku serta seluruh umat Islam di dunia ini terus bernaung di bawah naungan-Nya. Amin.




p/s: Tak sabar menghitung detik dan jam untuk pulang ke rumahku. Agaknya bila lah pak su aku mahu bertolak ni? Haish... Moga perjalanan aku selamat semuanya. Amin.


Thanks for read.  :)