Turn Off

Thanks, Google!

Hello semua. Sudah cukup sudah. Yup. Bukan bercinta tetapi menghargai orang yang tidak menghargai kita. Aku kira sudah lama aku cuba untuk mencipta persahabatan dengan insan yang bernama kawan. Terlalu banyak menjaga hati sehinggakan aku rasa diri ini ditafsirkan sebagai tunggul yang tidak berkata-kata. Mungkin adakalanya aku diam kerana aku hormat pada budi bicara mereka, pada status mereka yang lebih senior daripadaku atau diam kerana tidak tahu mahu berkata apa kerana mereka lebih gemar berkata-kata tentang perihal mereka di hadapan aku yang asing daripada mereka. Mungkin juga kerana mereka mengenali aku bukan daripada status sahabat, tetapi status yang dekat dengan sahabat mereka.

Benar, buat apa mahu peningkan kepala dan risau apabila mereka ditimpa musibah kalau mereka sendiri pun masih melayan kita ibarat tunggul atau kayu yang kaku? Fair and square, bukan. Alangkah bagusnya kalau aku dapat jadi seperti itu. Turn off humanity aku kepada insan yang sedemikian. Akan tetapi, aku masih lagi gagal. Yup, dulu aku risau apabila ada dalam kalangan mereka ditimpa musibah, aku berdoa, aku berharap yang moga-moga segalanya selamat. Tetapi, entahla. Mungkin mereka fikir atau rasakan yang aku ini penyibuk dalam hidup mereka. Atau mungkin mereka tidak suka aku bersahabat rapat dengan sahabat mereka.

Sudahlah insan. Aku pun mahu berubah. Terima kasih kerana membuat aku rasa yang aku ini perlu berubah. Aku mahu lebih mandiri. Aku mahu lebih realistik. Aku mahu jadi workaholic. Aku mahu jadi insan yang belajar daripada perkara sekeliling, yang tahu menghargai orang yang begitu menghargai aku dalam hidup mereka.

Yup, sekarang aku mahu TURN OFF sifat humanity aku yang berlebihan ini, mahu palingkan ia kepada insan yang sangat mengasihani dan menyayangi aku dalam hidup mereka. Aku mahu menghargai mereka. Dan sentiasa bertanya khabar mereka, sentiasa ada di saat mereka perlukan bahu untuk dipeluk, telinga untuk mendengar luahan, mulut untuk menenang, tangan untuk menyapu air mata, dan bibir untuk senyuman. Itu lebih bermakna bagiku. Buat apa mahu berhempas pulas bersusah untuk orang yang tak pernah menghargai kita sedangkan kita biarkan orang yang begitu menyayangi dan menghargai kita diam kelu di pinggir lincah kita? Itu bukan ikhlas namanya.


Kepada sahabat/family ku yang masih hadir dalam hidupku,
Thanks sebab sudi luangkan masa untuk fikirkan aku yang masih di sini. Sekarang, aku mahu luangkan masa-masa berhargaku untuk buat kamu semua ketawa riang. Biarlah kata-kata dan gurauan aku tak dapat sembuhkan luka di hati, tapi moga ia dapat ringankan beban di hati dan dipermudahkan segalanya. Amin. Aku sayang kalian. Ada juga buat kawan-kawan yang lain juga. Yang tiada dalam senarai pun tetap aku sayang. Hahahahaha


Mungkin, aku patut salurkan humanity aku sedikit pada mereka. Biarlah mereka buat begini padaku. Janji aku fokus 100% perhatian aku kepada mereka. You're right, Salam and Hadi, aku tak patut biarkan mereka messed up dengan hidup aku. Aku perlu enjoy hidup aku. Biarlah mereka datang padaku tika mereka memerlukan aku. Janji aku tak berpaling daripada mereka yang perlukan pertolongan aku, dan janji aku tidak sia-siakan mereka di atas ini yang banyak berendam air mata dan suka tawa bersama-sama aku. Amin. 


p/s: Ya Allah, moga Kau permudahkanlah segala urusan mereka ini. Amin.


Thanks for read.  :)