Stress Free

Hai, semua. Setiap orang, ada cara yang tersendiri untuk relieve kan stres diaorang. Dan cara relieve stress itu selalaunya bertukar apabila kita mencapai satu-satu tahap, yakni apabila sudah meningkat dewasa. Sebagai contoh, aku suka menulis bila aku rasa stress. Suka nukilkan apa perasaan aku sehingga ia menjadi cerita pendek atau cerpen. Aku juga suka menonton movie. Kalau dahulu, drama korea, kini aku suka drama siri yang scary, yang boleh sentakkan hormon adrenalin aku. Contohnya, cerita hantu, cerita vampire, cerita misteri dan cerita seram. Yup, kalau bab peneman aku untuk layan cerita aku, Cik Suzika Ajinamoto lah jawapannya. Dia boleh jadi geng aku kalau bab ni.

Any way, kini aku dah bekerjaya. Balik kerja, terus masak dan rehat. Tidur awal. Bangun pagi dan pergi kerja. Buat kitaran yang sama selama lima hari. Kesannya, otak jadi jam dan broken. So, sekarang ni, aku dah ada penawarnya. Ubatnya masih lagi sama, menonton drama siri. Tetapi genrenya berbeza. Iyalah, hampir semua office mate aku tak layan cerita drama yang seram-seram begini. Sampaikan mereka sendiri terkejut dengan kegemaran aku ini. [Tengok tuan empunya badan atas bawah atas bawah bila tahu akan favourite movie dia].

Thanks for this pic, Google.

Ok, sekarang, aku masih lagi layan Running Man akibat si cik Fiza Lebi Fisal. Dan ada kalanya aku menonton video seorang vloger yang aku suka. Matlutfi. Yup, it's Matlutfi's video. Aku suka kerana dia sempoi dan cara dia kupas satu-satu isu itu cukup menarik dan kreatif. Bagi aku, dia tak salah sebab dia mengetengahkan pendapatnya sahaja, tak adalah sampai mahu memalukan atau menjatuhkan reputasi orang lain. Mungkin bagi korang, lain pendapatnya. Tapi itu pendapat aku. First aku layan video dia ni masa aku tengah buat research tentang alam sekitar dan recycle. Kebetulan aku terlihatlah video dia yang dipostkan pasal Nama pun Sampah. Memang kreatif dan sempoi. Lepas tu, bermulalah episode aku menjadikannya rutin melepaskan stress bila aku melayari Youtube.

Pengisian video Matlutfi banyak mengetengahkan pendapatnya dan sikap yang ada dalam kalangan manusia. Kreative dan unik. Kalau ada masa, cubalah lihat videonya. BTW, dia seorang vlogger, dan seorang student. Daebak!




p/s: Matlutfi, teruskan berkarya. And thanks for the input and output. Oh, masa, cepatlah berjalan. Mahu pulang... 


Thanks for read.  :)