Stress dan Bahasa Melayu

Thanks, Google!

Ola semua. Hari ni, aku rasa sedikit stress. Erm, tak adalah stress mana cuma stress tahap nak pulas telinga dan heret orang pergi ambil UPSR balik. Dekat office ni semua okay saja. Tapi, ada satu manuskrip yang aku dapat hari ni. Nak kena review and sekali edit lah. So, time aku buka dan baca manuskrip ni, Ya Allah, hampir berderai air mata aku. Penulisannya sangat... sangat... sangat... sangatlah membuatkan hatiku terus saja mahu reject. Apa ni? Kenapa sampai macam ni sekali?

Come on, Malaysian. Please learn and take a damn serious when you're learning BAHASA MELAYU! Kita kaum Melayu dan belajar bahasa Melayu sejak dari kecil lagi. Dan di sekeliling, kita selalu di momokkan dengan bahasa Melayu walau bahasa Inggeris tu ada dipentingkan juga. Bukan bercakap dalam bahasa Inggeris or bahasa Cina or bahasa Tamil. Kita Melayu dan selalu cakap bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. 

Itulah, cikgu BM duduk depan mengajar, korang pot pet pot pet cerita benda lain di belakang. Ni tanda baca tang mana, koma tang mana. Alahai, bangsaku, bangunlah. Sebelum kamu nak master bahasa lain terutama bahasa Inggeris, masterlah dulu bahasa Melayu. Bukannya susah pun. Setakat buat karangan 250 patah perkataan tanpa ada salah struktur dan tatabahasa, itu dah kira okay. 

Serious, aku selaku editor yang check penulisan ni pun rasa sangat sedih dan depress. Kalau penulis bangsa lain, aku tak terkilan sangat tapi kalau dah bangsa Melayu, memang aku rasa nak suruh dia ambil balik UPSR dia. Mujurlah bukan adik aku yang tulis manuskrip ni, kalau tak, bukan setakat reject, aku pulas telinga and kenakan Bahasa Melayu detention class untuk dia 3 jam sehari. Biar dia menangis sampai berdarah. Itulah akibatnya pandang rendah pada bahasa Melayu dan anggap diri sendiri terror dalam subjek bahasa Melayu sedangkan tak dapat pun markah 100%.

Lain kali janganlah pandang rendah pada bahasa Melayu. Bahasa ni pernah jadi lingua franca tau. Hormatilah bahasa Melayu. Kalau korang tak reti nak hormat bahasa Melayu, siapa lagi yang nak hormat dan belajar. Dan untuk pengetahuan korang, sekarang di Rusia, ramai yang belajar bahasa Melayu tau. Sebab masyarakat sana gelarkan bahasa Melayu as bahasa yang lemah lembut, sopan dan juga klasik. Kalau tak percaya, pergi Google Youtube sekarang. Nasib bangsa dan bahasa di tangan kita, wahai anak Melayu. Sedarlah.


Credit to Tumblr for pic.






p/s: Doakan semoga aku diberi kekuatan untuk habiskan edit dan baca manuskrip ni. Rasanya memang penuh tanda merah cinta buat penulis ini. Hahaha. Tak apa, moga dia belajar daripada kesilapan. Amin.


Thanks for read.  :)