Silent and Smile

Thanks G!

Pernah tak terfikir yang sebenarnya amat mudah mahu mengelak masalah, menambah masalah? Tetapi ramai orang yang tak tahu dan tiada kesabaran untuk handle masalah dengan betul. Kata Aristotle, perasaan marah itu lumrah dan memang akan dialami oleh semua orang tetapi hanya sedikit orang yang berjaya mengawal amarahnya, iaitu cetuskan amarah itu pada masa yang tepat, pada orang yang tepat dan di tempat yang tepat. With mean, kita salurkan amarah kita pada orang yang benar-benar membuat kita marah. Yup, aku ini bukan seperti Rasulullah yang hebat mengawal emosinya. Meskipun marah dengan kata-kata nista golongan kafir, nabi kita, kekasih kita, Rasulullah kita, masih lagi menahan amarah sambil tersenyum tatkala berhadapan dengan mereka. Hebat bukan?

Kata-kata Aristotle membuatkan aku terfikir. Benar! Marah itu perasaan yang berkuasa. Orang boleh bertindak tidak waras jika dikuasai perasaan itu. Jadi, bagaimanakah kita tangani semua itu? Petuanya ada di atas [quote di atas]. Benar bukan? Senyap akan menghindarkan masalah daripada datang menempel pada diri kita. Dan senyum pula, boleh membuatkan hati orang yang marahkan kita itu sejuk. Just simple as ABC, just smile and silent. That's all.

Kalau ikut-ikutkan petua di atas, satu dah berjaya aku lakukan. Iaitu Silent. Tetapi, kadang-kadang, aku senyap juga bila marah, itu sebab aku tidak mahu ada satu perkataan atau satu ayat yang bakal meletupkan hati seseorang. Yup, aku memang seorang yang agak panas baran, keras kepala dan degil. Benar, itu semua Encik Hati aku yang kata. Kadang-kadang, bila aku marahkan seseorang, aku lampiaskan kemarahan aku pada si dia. Jahat, kan aku ini? Biarlah korang mahu kata apa, yang penting aku tahu sebab aku begitu. Aku mahu ditenangkan, aku mahu di dengari, aku mahu dipujuk, dan aku mahu menguji. Sebab itu aku begitu. Jadi, mungkin aku perlu fikirkan cara lain untuk salurkan kemarahan aku, maksud aku, cara yang lebih sihat untuk jiwa dan tubuh badan. Mungkin mengaji barangkali? atau berzikir?



Thanks, G!

Petua untuk senyum pula masih lagi gagal aku praktikkan. Agak sukar sebenarnya. Tetapi, tidak mengapa, kerana aku akan cuba perlahan-lahan. Moga-moga ia menjadi satu tabiat aku. Nanti, kalau aku masih diizinkan hidup dalam status ibu kepada anak-anak aku, akan aku ajarkan mereka dua petua ini. Moga-moga, mereka dapat mengawal kemarahan mereka. Amin. Biarlah orang kata kita lambat untuk menyedari semua hal tetapi yang penting kita tidak berada di takuk lama setiap hari. Setiap saat, minit, jam, dan hari, kita mesti berusaha tingkatkan amalan dan perubahan positif dalam diri kita. Amin.






p/s: Mode ayat di atas jelas menunjukkan bahawasanya aku seperti tidak sabar untuk menjadi ibu mithali. Hahahaha, ini kes geram tengok baby-baby yang super cute and kawaii la ni. 



Thanks for read.  :)