Proud To Be A Muslim

Thank, Google!


Yup, aku seorang muslim dan aku bangga menjadi seorang muslim. Itu kata-kata aku dulu sewaktu aku belajar di sekolah menengah. Masa tu, kawan sekelas aku, orang Chinese, dia tanya aku kenapa aku pakai tudung tak sama dengan si polan polan. Aduhai, time tu memang aku agak malu la nak terangkan kepada si Foo yang kenapa level tudung sekolah aku tak sama dengan si polan-polan.

Bila teringat balik peristiwa tu, aku jadi semakin malu dengan diri aku sendiri. Malu sebab aku tak dapat nak berikan jawapan yang tepat dan ringkas, mudah difahami oleh agama lain seperti si Foo ni. Ya, level tudung tak sama sebab tudung si polan-polan lebih singkat daripada level tudung yang sekolah tetapkan. Aku no komen pasal hal ini. Ini aku bercakap tentang level tudung yang dipakai oleh si polan polan, bukannya pasal polan tu. Nasib baikla, rakan karib aku, si Farah terangkan. Katanya, level tudung sebenarnya terletak pada tanggapan dan pendapat seseorang tentang kefahaman dan kepatuhannya dalam Islam. Farah aplikasikan hal ini dengan pemakaian skrit pendek dalam hal terangkan pasal level tudung ni. Dia tanya pada Foo yang adakah semua Chinese akan pakai skirt pendek? Foo cakap tak semua, malah Foo sendiri cakap yang dia tak berapa gemar pakai skirt sebab ia tak sopan dan tak manis dilihat.

Credit to Google

Sama juga dengan pemakaian tudung, bezanya ialah kefahaman seseorang dalam suruhan Allah untuk menutup aurat. Menutup aurat bukan sahaja tutup semua daripada terdedah, ia juga bermaksud tutup semua, pakai pakaian longgar dan tidak jarang. Islam jaga kesucian dan kehormatan kita, cuma kita yang kena pandai fikir dan bawa diri. Kena bijak fikir dan cerna sama ada apa yang kita lakukan itu berlandaskan agama atau tak. Kalau tak tahu, tanyalah dan kalau malu, berubahlah perlahan-lahan. Biasanya berubah perlahan-lahan itu akan kekal lama hingga mati. Jangan takut dengan mulut manusia sebab mulut manusia tak semua betul dan tak boleh ditutup macam mulut tempayan. Apa yang kita nak ialah keredhaan Allah. Allah meletakkan kesucian dan juga kehormatan kita sama seperti gambar di atas. Lihat dan fikirlah hal tersirat yang jelas terpampang di atas.

So, nak dijadikan cerita, si Foo ini akhirnya faham. Yang Melayu tak semestinya Islam dan yang Islam tak semestinya Melayu. Mungkin sebab kaum kami lebih majoriti di Malaysia sebab itulah orang ingat Melayu itu Islam. Jadi, Foo dah faham mengapa level tudung mereka tak sama dengan level tudung aku dan Farah. Dan aku rasa, aplikasi yang Farah gunakan itu memang berjaya. Biasalah, kita nak orang faham dengan penjelasan kita, kita kena terangkan dengan ringkas, mudah tetapi teliti. Kita tak boleh nak expect yang diorang akan faham dengan hal-hal  yang kita belajar dalam agama sebab mereka tak belajar semua tu.

Dan sekarang, aku rasa aku dah yakin untuk terangkan kepada kawan nonmuslim aku yang Melayu itu tak semestinya Islam semua dan sebaliknya. Ada juga Moi tanya pada aku tentang solat, tentang pemakaian tudung walaupun dia seorang penganut Kristian. [Untuk pengetahuan korang, Moi a.k.a minah diva ni bukannya Chinese, tapi dia bangsa Kelabit.] Kita perlu fahami dulu ajaran agama kita supaya kita dapat praktikkan dalam kehidupan. Hidup yang diredhai Allah itu berkatnya berkali ganda daripada dapat durian runtuh, tau... Hahahah





p/s: Yup, hingga sekarang, aku rasa dan yakin yang aku bangga dilahirkan sebagai seorang muslim. Allah timpakan aku dengan banyak ujian dan rahmat untuk aku terus sedar dan bersyukur yang aku masih lagi bernafas di bumi Allah. Amin. Amin. Amin. 


Thanks for read.  :)