Erti Duka Tawa

Credit from Google

Yup, betul tu. Kalau nak gembira, mestilah kena berduka dulu. Barulah kita tahu apa itu erti gembira dan juga tahu menghargainya. Kadang-kadang, ramai orang tak ingat yang sebenarnya ujian daripada Allah adalah kedukaan dan juga kegembiraan. Allah uji kita setiap masa agar kita tak lupa pada Dia. Dia hadirkan gembira supaya kita tak takbur dengan apa yang gembirakan kita dan Dia hadirkan duka supaya kita tak putus asa dan yakin kepada-Nya. Hidup ini memang perlu gembira dan duka. Kalau tidak, tiada ertinya hidup semata-mata. Kalau macam tu, kiranya samalah kita dengan robot. Robot hanya ada satu perasaan saja iatu perasaan kosong. Dah kalau kita hanya ada satu perasaan saja, maka kita robotlah agaknya. Jadi, janganlah kita asyik salah menyalahkan takdir dan Allah bila Dia datangkan sesuatu buat kita. Sebab semua tu tujuannya ialah ujian. Kita patut muhasabah diri kita sendiri, barulah kita dapat hidup dengan aman dan tenang.




p/s: Perhatikan keadaan dan manusia di sekeliling kita, barulah kita akan berasa betapa bertuahnya kita di bumi Allah ini.


Thanks for read.  :)