Chemoh yang Kusayang

Gambar hiasan semata-mata. Hehehe.



Dear Chemoh,

Thanks sebab kau langsung tak lokek untuk beri aku masa dan duit kau time aku datang. Walau kita baru saja jumpa dua kali, aku rasa macam kita dah kenal dua tahun. Kau selalu bagi aku semangat, kata-kata perangsang bila aku down sebab dia. Padahal kau best friend dia. Aku tahu kau takut aku rasa cemburu sebab dia rapat dengan kau, kan. Sebab tu la dulu masa first time kita jumpa, kau terus bagitahu yang perangai kau dengan semua orang memang macam tu. Dan kau dengan aku sama macam kau dengan dia. Thanks sebab kau sudi ambil aku dekat KTM Serdang dan bawakan aku pergi first and second interview di office yang aku kerja sekarang ni. Kalau kau nak tahu, kaulah tulang belakang aku untuk dapatkan position ni tau. Kaulah yang Allah utuskan untuk pastikan aku berusaha sampai ke office aku untuk interview dulu. Aku rasa sayang sangat dekat kau, Chemoh. 

Chemoh, kau tahu tak masa kau tak dapat datang konvo aku bulan September lepas, aku rasa sedih sangat. Aku tahu kau tak dapat datang and bz dengan master kau dan aku faham tu. Entah kenapa aku rasa kehadiran kau buat aku rasa lagi ceria. Yalah, dalam ramai-ramai kawan, kau satu-satunya cepat mesra dengan aku dan langsung tak pernah berkira. Kau tahu tak kau dah buat aku sebak dan menangis bila aku terima hadiah konvo daripada kau. Actually, masa kau call aku untuk ucapkan congratz, aku dah agak dah kau mesti nak hantar something pada aku sebab kau tanya alamat rumah aku. Dan bila aku buka hadiah konvo yang kau bagi dalam bus tu, aku menangis. Mahal sangat jam tu Chemoh. Aku terharu. 

Thanks Chemoh sebab kau sudi dengar sebak dan masalah aku malam tu. Pasal dia. Aku tak tahu pada siapa aku nak cerita. Tapi, kau dengar dan gurau-gurau dengan aku supaya aku tak sedih. Aku sayang sangat dekat kau, Chemoh. Rindu nak jumpa kau. Kau antara sahabat yang terbaik pernah aku ada. Aku tak pernah menyesal kenal kau. Kau buat aku jadi tenang dan ceria dengan perangai kau. Thanks untuk persahabatan ni. Semoga segalanya berkekalan dan apa yang kau doakan malam tu tercapai.


p/s: Aku harap doa aku untuk kita berjiran selepas masing-masing kahwin nanti jadi kenyataan. Kurang-kurang, hari-hari aku tak bosan bila duduk dengan kau borak panjang. Hahahaha.


Thanks for read.  :)