When i See Your Smile



Ada satu benda yang tidak dapat kita beli dalam dunia ini. Senyuman. Aku suka lihat orang senyum (bukan senyuman gatal, ok). Dari senyuman, kita dapat tahu hati seseorang itu sedang gembira bahagia. Kalau dulu, aku selalu tersenyum, sebab masih budak-budak lagi. Tapi bila dah dewasa, kiranya aku susah nak senyum. Tak tahu kenapa. Mungkin dengan hidup yang sarat dengan masalah dan benda yang hendak difikir, senyuman itu hilang. Bahaya juga tu. Aku rasa aku sangat suka melihat senyuman kanak-kanak, polos dan pure saja nampaknya. Tak hipokrit, tak ada agenda terselit. Kanak-kanak memang berjiwa bersih, dan mungkin sebab itu aku suka tengok senyuman mereka. Mungkin, kita patut 'belajar' daripada kanak-kanak. 


Comel je kan baby ni senyum, rasa nak cium-cium je sebab geram.




Nampak sejuk saja hati memandang bila tengok kanak-kanak ni senyum.



Macam quote di atas, senyumlah untuk indahkan hari-hari kita. Kurang-kurang, itu sedekah kita pada orang lain, dan kalau kita buat, dapatlah pahala. Moga, misi untuk senyum ini akan dapat aku praktitkan. Amin.




p/s: Senyum hari-hari boleh awet muda tau. Hihihi. [pictures-credits to Google]


Thanks for read.  :)