Running Man are bad!



Well done, Running Man are totally bad! Ya, actually aku tak layan pun siri cerita ni. But then lepas pindah rumah and sebilik dengan roommate baru aku iaitu Cik Fiza Lebi Fisal, aku mula tengoklah. Cik Fiza Lebi Fisal ada episode 1 hingga 118 je. Tapi bila dia start pasang cerita ni, aku tengok dan terlekat sama di skrin lappy beliau. Ah, memang dahsyat sungguh penangan Running Man. Agaknya kalau Malaysia buat macam ni, jadi tak? Mana taknya, semua pelakon dia yang jadi peserta dalam rancangan realiti ni agak sporting je. Tak ada nak ambil hati walau ditegur- bukan macam pelakon di Malaysia ni [tak semua, ok]. Sendiri fikir la ya. Mungkin dari sikap yang ditunjukkan ini buat Korea Selatan berjaya menjadi negara maju sekarang setanding dengan Jepun dan Eropah. Hakikatnya dulu, Korea Selatan ini adalah negara paling miskin di dunia. Kita bila lagi nak jadi macam tu? Kalau prasarana dan pembangunan saja yang dibangunkan tak ada gunanya juga. Mentaliti dan cara berfikir juga kenalah ‘membangun’ setara dengan pembangunan infrastruktur dan teknologi. Tak guna nak naik taraf tandas kalau tandas tu tak dicuci bersih dan dirosakkan oleh golongan kita sendiri. Lama-lama kalau pelancong asing tengok kita macam ni, dia pun akan buat lebih kurang la di negara kita. 

Berbalik kepada Running Man tadi, aku suka sangat dengan Lee Gwang-Soo. Memang dia main cakap lepas je kalau dia ada benda yang tak puas hati even though dia tak puas hati dengan Kim Jong Kok The Sparta. Tapi, dia juga akui salah dia dan terus reflect diri dia sendiri. Memang lawak. Atau actually aku suka Gwang Soo sebab dia nampak macam somebody? Ops.. Adakah nampak macam orang di bawah ni?





Ni Lee Gwang Soo versi Malaysia.


and




 Ni asli punya Lee Gwang Soo



p/s: Penangan Running Man tiap episod memang hebat. Especially episod Sherlock Holmes. Memang mati kutu nak fikir siapalah yang jadi Arsenal Lupin yang jahat tu. Daebak, Running Man!


Thanks for read.   :)