Movie: Love


Credit to Google for picture

" Dunia ini ibarat sebuah tong sampah yang besar.
Didalamnya ada manusia-manusia, dan kita-lah sampah-sampah itu. "



Memang best cerita ni. Lebih-lebih lagi quote nya yang di atas tu. Cukup unik, kelakar tapi mendalam maksudnya. But, apa yang aku dapat daripada cerita ini ialah satu pengajaran dalam hidup. Dan pengajaran itu ialah kadang kala, Allah sengaja rencanakan kita untuk bertemu dengan orang yang kita sangkakan terbaik untuk kita walhalnya tidak. Sebab, Allah mahu kita sedar keberuntungan kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul. Begitu juga dengan keadaan dan juga barang. Kita sangka ia adalah yang terbaik untuk kita padahalnya tidak. Jadi, belajar bersyukur dan redha. Lepaskan apa yang sudah lepas, dan mula berfikir sewarasnya. Tak kan ada perkara dalam dunia ini yang terjadi tanpa hikmahnya. Kita manusia memang beremosi. Kadang kala agak sukar hendak lepaskan apa yang sudah kita sayangi dan sudah difikirkan bahawa itulah yang terbaik untuk kita. Tapi, chill out. Allah itu maha ada kan. Dia ada untuk mendengar doa kita, rintihan kita dan Dia akan berikan dengan cara-Nya. 

Jadi, bersyukur, redha, lepaskanlah dan bersangka baik. Ambil formula 4 dalam 1 ini, dan InsyaAllah, segala-galanya akan baik untuk diri kita.



p/s: Suka tengok watak Amir Haikal, sentiasa terus-terang and jujur walau kadang kala kata-kata dia agak straight dalam movie ini. Wajib tengok tau, kawan-kawan.


Thanks for read :) 

No comments: