Hijrah




" Hati terasa berat untuk meninggalkan zon selesa, tapi apa daya jika impian dan hasrat di jiwa ingin dilihat tercapai. Kalau ikutkan hati, tak selamanya impian dan hasrat akan jadi realiti, korbankan hati, teguhkan iman dan utuhkan keyakinan diri, InsyaAllah, DIA akan sentiasa merahmati dan melindungi. Amin. " 29 Oktober 2012


Kini, aku sudah berhijrah. Daripada tempat, daripada kawasan, daripada status hidup dan juga daripada batin. Sekarang aku bukan lagi seorang pelajar, tapi seorang pekerja. Alhamdulillah, Allah telah tunjukkan aku mana jalan yang terbaik bagiku. Kiranya aku dah dapat peluang dan hajat untuk kerjaya yang aku impikan. Dan segala lorong-lorong cabaran yang bersangkut paut dengan jalan yang telah Dia pilihkan untuk aku itu, telah dicantas duri semudahnya. Allah telah datangkan bantuan yang amat aku syukuri dalam hal ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Dan aku juga mahu berterima kasih kepada rakan-rakan and senior yang sentiasa mendoakan aku dalam hal ini dan segalanya. Thanks Kak Elin, thanks Farah, thanks Syu, thanks Syid, thanks Kak Ngah, thanks Emaliza, thanks Suzie, thanks Ana, and thanks Edward Cullen. N mostly my support is Ma. Thanks Ma sebab pujuk ayah bagi kakak stay sini and kerja sini. Kakak janji kakak akan lunasi apa yang kakak janji dengan Ma hari tue.


p/s: Maaf sebab sudah lama tak menulis. Bz dengan konvo and kerje part time. N now bz dengan kerja full time. Insya Allah akan ada post-post baru tentang hidup baru ye.


Thanks sebab sudi baca  :)


No comments: