Learn How to Dance

Picture from Google.


It's mean so deep, deep as the heat from the sun touch our skin.
So pure, so safe. 
Meaningful and precious.





p/s: Sometimes, we need to learn smile and enjoy the bad things before we can really dance joyful for
       our happiness. Life is too short to waste. Make it worth to live.


Thanks for read.  :)

Hargai Sebelum Terlambat

Credit to Google for pic

[Aku Datang- Tomok, OST Istanbul, Aku Datang]

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari-jariku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari kumengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harus kubawa cinta
Ke manakah harus kucari syurga 
Andai bukan kepada mu
Ke mana lagi harus kutuju


Bila hati baru tersedar yang kita sudah kehilangan dia, barula tahu yang dia itu penting bagi kita, dalam hidup kita. Tetapi, semua tu dah terlambat sudah. Dia dah pergi tinggalkan kita. Jadi, hargailah semua orang yang kita sayang. Tak semestinya ini untuk kekasih, ia juga dituju pada orang yang sayang kita, sekeliling kita. Jangan jadi macam peribahasa ini, terhantuk baru terngadah. Kalau sayang seseorang, hargailah dia. Jangan buat dia macam tunggul, or bantal golek, time nak tidur sahaja baru cari dia. Kasihan tau bantal golek tu. Hihihi.


"Buat list untuk habiskan weekend and public holiday seumur hidup dengan orang yang tersayang. Kata orang, kalau kita benar-benar sayangkan mereka, luangkan masa dan telinga untuk dengar segala omelan dan keluh resah mereka. Itu pun sudah jadi satu aktiviti yang bermakna buat kita dan mereka."
-24 Disember 2012-




p/s: Semoga segala list-list yang aku buat untuk mereka yang tersayang tercapai. Amin.


Thanks for read.  :)

The Walking Dead



This is the best zombie film I ever watch. THE WALKING DEAD. Seriously. it's the best. Lebih best daripada Resident Evil tau. Zombie dia pun memang seram. Dalam film ni, zombie dia dipanggil as 'The Walker' iaitu undead people. Zombie dia pun memang agak lasak lah. 

Example: Dalam Resident Evil, zombie dia nampak macam lemah sahaja -weak- sebab bila jumpa manusia, 
               dia slow-slow sahaja jalan ke sana. 
               Dalam The Walking Dead, zombie dia sangat agressive. Memanglah jalan slow-slow but as they 
               can reach n touch you, you will never ever can escape. Terus gigit sampai daging-daging terkoyak.
               Memang ngeri.

Dalam Resident Evil, banyak pula la raksasa yang muncul, macam lelaki gergasi berhud yang bawa senjata tajam macam golok [bahasa Terengganu ni] tu, raksasa yang boleh terbang la, raksasa macam sotong la. Hem, aneka perisa.

But, dalam The Walking Dead, just satu saja raksasa dia iaitu The Walker or zombie. Memang terbaik sebab costum zombie dia memang daebak dan ngeri. Nampak macam real sahaja. Well done director, tak payah wujud aneka perisa raksasa lain untuk tonjolkan kengerian yang ada dalam film tu.

Rick Grimes- potrayed by Andrew Lincoln


Dan watak utama dalam cerita ni ialah Rick Grimes, seorang Sheriff officer yang baru sedar daripada koma yang panjang. Dia ada isteri, Lori Grimes dan seorang anak lelaki, Carl Grimes. Lori dan Carl ni selamat sebab diselamatkan oleh kawan karib belaiu iaitu Shane Walsh, merangkap deputy of sheriff. Shane ingat Rick mati time dia nak bawa Rick keluar daripada hospiral. Time tue hospiral dah get overrun by the walker. So, ramai yang lari. Jadi, disebabkan dia dengar tiada denyutan nadi Rick lepas bekalan oksigen terputus, dia tinggalkan Rick di hospital -kerana ingat Rick dah mati-.


Lori Grimes- potrayed by Sarah Wayne Callies

Nak dijadikan cerita, Rick tersedar daripada koma akibat terputus bekalan oksigen dan terus keluar daripada hospital lepas dia tengok keadaan hospital yang bagai rumah mayat. Kemudiannya, Rick diselamatkan oleh Morgan dan anaknya, Duanne daripada dibaham walker. Lepas tu, diaorang berpisah, Rick ke Atlanta untuk cari tempat yang selamat [mengikut Morgan] dan cari isteri serta anakknya. Dalam pada itu, Lori dan Carl telah diyakinkan oleh Shane yang Rick dah mati. Jadi, diaorang terpaksa larikan diri bersama other survivor lain. 

Carl Grimes- potrayed by Chandler Riggs


Rick ke Atlanta dan dikepung oleh walkers. Dia diselamatkan oleh penghantar pizza, Glenn, yang seterusnya membawa dia bertemu dnegan survivor yang lain iaitu Merle, T-Dog, Morales, Andrea, Gracy. Disebabkan Merle mula jadi drunk [maybe], dia tembak walker. Kalau nak tahu, walker ni sangat sensetive dengan bau dan bunyi. Bau daging manusia yang masih hidup itu sangat berbeza dengan bau daging manusia yang sudah mati. So, Rick guna kedua-dua cara ni untuk kembali ke kem mereka. Merle terpaksa digari di atas bumbung sebab dia tak cooperate dan nyaris buat semua ahli kumpulannya terbunuh. Di sebabkan keadaan kucar-kacir, T-Dog tersalah jatuhkan kunci gari ke lubang udara dan terpaksa tinggalkan Merle. Tapi dia kunci pintu-pintu atas bumbung, yakni halang walkers datang makan Merle. 

So, akhirnya Rick bersama ahli lain selamat tiba ke kawasan kem, di pergunungan. Rupanya-rupanya, Lori dan Carl ada di situ dan mereka sekeluarga reunite. But, ada lagi lah ceritanya sebab tak berakhir di situ semata-mata. Try la google dan download. Memang best. 


p/s: Aku nak ucapkan thanks pada housemate aku, Ain Siffu sebab kenalkan aku dengan cerita yang 
      memang jenis aku suka. Hidup Ain Siffu. 



Thanks for read.   :)

Dear Extravaganza Coursemate




Thanks for everything. Thanks sebab sudi berkongsi ilmu yang ada, masa yang ada untuk realisasikan impian kita bersama-skrol dan status graduan Universiti Sains Malaysia batch 1 apex konvo 46.  



Thanks sebab always beri support untuk aku teruskan perjuangan di Bumi Penang ini.



 Thanks sebab selalu beri idea dan pandangan untuk aku terus maju dalam pelajaran dan kehidupan. 



Thanks sebab sudi beri peluang pada aku untuk mendengar idea dan pendapat aku sepanjang 3 tahun bersama.



Thanks sebab beri aku kepercayaan dalam kendalikan tugasan dan pembentangan. 



Thanks sebab sudi luangkan masa dengar aku pot pet pot pet selama tiga tahun di sana. I love you all.




p/s: Sweet Moment are difficult to forget.

Thanks for read.  :)

A Perfect Day to Rest





I wish all my friends (who is Christian) a Merry Christmas! Hope you guys enjoying the day with family and having fun together. Thanks to Allah, Malaysia is such wonderful country. The Malaysian people seem to respect the celebration although they has differences in religion, belief and cultural. And lucky to be a Malaysian because they give one day off as celebration to worker. A day to rest. A day to relax. Yeah, I'm not Christian, I am a Muslim. But I got one day off to clear my mind and relax my body. Malaysia is such great country. No matter what religion you are, days of celebrating your belief as Christmas, Hari Raya, Chinese New Year or even Deepavali always will be taken as public holiday for all. Isn't  nice to stay here? And for your information, Malaysia is the most sporting country in the whole world because it has many celebration to celebrate. And also the most often days taken as public holiday in a year. So awesome!



So, A Merry Christmas to my dear Becky and also my dear Jan Shen. I hope you guys enjoying the day with joy and fun. And I love you all! Can’t wait to hang out with you, guys!!!



p/s: Be a Malaysian doesn't mean you don’t respect your own religion. It teach you to respect other belief and religion also cultural as well. It helps you to understand more about your own self, your own religion and your own surrounding. With differences, we can live in harmony as one to another if we ready to accept other opinion. [And ignore the grammatical error] -Credits to Google and Tumblr for pics-


Thanks for read. :)


When i See Your Smile



Ada satu benda yang tidak dapat kita beli dalam dunia ini. Senyuman. Aku suka lihat orang senyum (bukan senyuman gatal, ok). Dari senyuman, kita dapat tahu hati seseorang itu sedang gembira bahagia. Kalau dulu, aku selalu tersenyum, sebab masih budak-budak lagi. Tapi bila dah dewasa, kiranya aku susah nak senyum. Tak tahu kenapa. Mungkin dengan hidup yang sarat dengan masalah dan benda yang hendak difikir, senyuman itu hilang. Bahaya juga tu. Aku rasa aku sangat suka melihat senyuman kanak-kanak, polos dan pure saja nampaknya. Tak hipokrit, tak ada agenda terselit. Kanak-kanak memang berjiwa bersih, dan mungkin sebab itu aku suka tengok senyuman mereka. Mungkin, kita patut 'belajar' daripada kanak-kanak. 


Comel je kan baby ni senyum, rasa nak cium-cium je sebab geram.




Nampak sejuk saja hati memandang bila tengok kanak-kanak ni senyum.



Macam quote di atas, senyumlah untuk indahkan hari-hari kita. Kurang-kurang, itu sedekah kita pada orang lain, dan kalau kita buat, dapatlah pahala. Moga, misi untuk senyum ini akan dapat aku praktitkan. Amin.




p/s: Senyum hari-hari boleh awet muda tau. Hihihi. [pictures-credits to Google]


Thanks for read.  :)

Translation


Hari ini hari ketiga bz menterjemah buku kanak-kanak. Cabaran sangat besar. Iyalah, mahu berikan yang terbaik. Laras bahasa pun kena ubah. Tukar mode. Baca terjemahan macam bercerita dekat kanak-kanak. Memang mencabar tapi agaknya boleh tak praktis bercerita dengan anak-anak sendiri ni? Hahahah. Lambat lagi nak ada anak sendiri. Kerja pun belum sampai setahun, jadi memang tak boleh nak berangan la. Tapi, Alhamdulillah semuanya dah selesai. Dah proceed bagi Kak Ain.

 Aduh, baru tahu, dalam hidup aku ni, banyak kawan yang nama ain. Kat sini saja, dah ada dua ain. Kak Ain officemate aku dan Kak Ain senior BATI aku. Eh, sebut BATI, memang tak lari daripada terjemah. Yup, kerja menterjemah ini sangat mencabar. Sebab kena bijak sampaikan maksud atau maklumat teks asal selain pandai pilih padanan perkataan yang sesuai dengan larasnya sekali. Hihihi. Tak sia-sia kerja macam ni. Memang betul-betul aplikasikan apa yang sudah aku belajar selama 3 tahun di USM dan 2 tahun STPM- Bahasa Melayu.

Kalau diikutikan, student BATI or sesiapa yang ada basic translation, memang boleh buat duit di rumah. Janji rajin, bertanggungjawab dan ada internet, memang tak mustahil nak jana pendapatan. Tapi, satu nak ingatkan kepada semua, buat kerja terjemahan biarlah ada deadline dan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, macam aku, aku suka buat rangka jadual. Katakanlah client beri teks pada 6 Disember 2012. Deadline yang dia beri pada 16 Disember 2012. Itu depends pada teks dan berapa pages yang dia nak kita translate. Kalau lebih daripada 10 pages, memang lambat la. Tapi, yang penting, rancang dulu.






1) Aku baca teks dan setup kan deadline untuk siapkan terjemahan bagi kali pertama. 
2) Buat terjemahan dan siapkan pada tarikh yang aku tetapkan. (Terjemahan 1)
3) Biarkan terjemahan sehari.
4) Baca dan edit balik terjemahan itu. [itu setelah teks asal dah dibaca n reasearch pun dah dibuat]
    (Terjemahan 2)
5) Bincang dengan rakan-rakan. minta orang lain baca terjemahan tu. (Terjemahan 3)
6) Setelah selesai bincang dengan kawan, baca balik terjemahan dan edit sepuas hati. (Final Terjemahan)

(Terjemahan 1)-  8 Disember 2012 mula

 (Terjemahan 2)  10 Diesmber 2012 mula

(Terjemahan 3)   13 Disember 2012 mula

(Final Terjemahan)   14 Disember mula dan tamat pada 15 Diesember 2012

*Sentiasa spare satu hari before deadline client supaya kita dapat cukupkan apa yang tidak cukup.



Itu yang aku buat. See, simple kan tapi masa research tue korang kena cari betul-betul. Jangan main sambil lewa saja rujukan dan terjemah tue. Internet kan ada, jadi tak susah nak cari maklumat. Yang penting, biar client kita puas hati dengan kerja kita. And kena always tidy. Clinet tak suka kerja messy.


p/s: ok, itu tips terjemahan yang aku buat. Saja nak berkongsi tips.
      Selamat maju jayalah bagi siapa yang buat terjemahan, ya.


Thanks for read.  :)

Hijrah




" Hati terasa berat untuk meninggalkan zon selesa, tapi apa daya jika impian dan hasrat di jiwa ingin dilihat tercapai. Kalau ikutkan hati, tak selamanya impian dan hasrat akan jadi realiti, korbankan hati, teguhkan iman dan utuhkan keyakinan diri, InsyaAllah, DIA akan sentiasa merahmati dan melindungi. Amin. " 29 Oktober 2012


Kini, aku sudah berhijrah. Daripada tempat, daripada kawasan, daripada status hidup dan juga daripada batin. Sekarang aku bukan lagi seorang pelajar, tapi seorang pekerja. Alhamdulillah, Allah telah tunjukkan aku mana jalan yang terbaik bagiku. Kiranya aku dah dapat peluang dan hajat untuk kerjaya yang aku impikan. Dan segala lorong-lorong cabaran yang bersangkut paut dengan jalan yang telah Dia pilihkan untuk aku itu, telah dicantas duri semudahnya. Allah telah datangkan bantuan yang amat aku syukuri dalam hal ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Dan aku juga mahu berterima kasih kepada rakan-rakan and senior yang sentiasa mendoakan aku dalam hal ini dan segalanya. Thanks Kak Elin, thanks Farah, thanks Syu, thanks Syid, thanks Kak Ngah, thanks Emaliza, thanks Suzie, thanks Ana, and thanks Edward Cullen. N mostly my support is Ma. Thanks Ma sebab pujuk ayah bagi kakak stay sini and kerja sini. Kakak janji kakak akan lunasi apa yang kakak janji dengan Ma hari tue.


p/s: Maaf sebab sudah lama tak menulis. Bz dengan konvo and kerje part time. N now bz dengan kerja full time. Insya Allah akan ada post-post baru tentang hidup baru ye.


Thanks sebab sudi baca  :)


Movie: Love


Credit to Google for picture

" Dunia ini ibarat sebuah tong sampah yang besar.
Didalamnya ada manusia-manusia, dan kita-lah sampah-sampah itu. "



Memang best cerita ni. Lebih-lebih lagi quote nya yang di atas tu. Cukup unik, kelakar tapi mendalam maksudnya. But, apa yang aku dapat daripada cerita ini ialah satu pengajaran dalam hidup. Dan pengajaran itu ialah kadang kala, Allah sengaja rencanakan kita untuk bertemu dengan orang yang kita sangkakan terbaik untuk kita walhalnya tidak. Sebab, Allah mahu kita sedar keberuntungan kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul. Begitu juga dengan keadaan dan juga barang. Kita sangka ia adalah yang terbaik untuk kita padahalnya tidak. Jadi, belajar bersyukur dan redha. Lepaskan apa yang sudah lepas, dan mula berfikir sewarasnya. Tak kan ada perkara dalam dunia ini yang terjadi tanpa hikmahnya. Kita manusia memang beremosi. Kadang kala agak sukar hendak lepaskan apa yang sudah kita sayangi dan sudah difikirkan bahawa itulah yang terbaik untuk kita. Tapi, chill out. Allah itu maha ada kan. Dia ada untuk mendengar doa kita, rintihan kita dan Dia akan berikan dengan cara-Nya. 

Jadi, bersyukur, redha, lepaskanlah dan bersangka baik. Ambil formula 4 dalam 1 ini, dan InsyaAllah, segala-galanya akan baik untuk diri kita.



p/s: Suka tengok watak Amir Haikal, sentiasa terus-terang and jujur walau kadang kala kata-kata dia agak straight dalam movie ini. Wajib tengok tau, kawan-kawan.


Thanks for read :) 

Running Man are bad!



Well done, Running Man are totally bad! Ya, actually aku tak layan pun siri cerita ni. But then lepas pindah rumah and sebilik dengan roommate baru aku iaitu Cik Fiza Lebi Fisal, aku mula tengoklah. Cik Fiza Lebi Fisal ada episode 1 hingga 118 je. Tapi bila dia start pasang cerita ni, aku tengok dan terlekat sama di skrin lappy beliau. Ah, memang dahsyat sungguh penangan Running Man. Agaknya kalau Malaysia buat macam ni, jadi tak? Mana taknya, semua pelakon dia yang jadi peserta dalam rancangan realiti ni agak sporting je. Tak ada nak ambil hati walau ditegur- bukan macam pelakon di Malaysia ni [tak semua, ok]. Sendiri fikir la ya. Mungkin dari sikap yang ditunjukkan ini buat Korea Selatan berjaya menjadi negara maju sekarang setanding dengan Jepun dan Eropah. Hakikatnya dulu, Korea Selatan ini adalah negara paling miskin di dunia. Kita bila lagi nak jadi macam tu? Kalau prasarana dan pembangunan saja yang dibangunkan tak ada gunanya juga. Mentaliti dan cara berfikir juga kenalah ‘membangun’ setara dengan pembangunan infrastruktur dan teknologi. Tak guna nak naik taraf tandas kalau tandas tu tak dicuci bersih dan dirosakkan oleh golongan kita sendiri. Lama-lama kalau pelancong asing tengok kita macam ni, dia pun akan buat lebih kurang la di negara kita. 

Berbalik kepada Running Man tadi, aku suka sangat dengan Lee Gwang-Soo. Memang dia main cakap lepas je kalau dia ada benda yang tak puas hati even though dia tak puas hati dengan Kim Jong Kok The Sparta. Tapi, dia juga akui salah dia dan terus reflect diri dia sendiri. Memang lawak. Atau actually aku suka Gwang Soo sebab dia nampak macam somebody? Ops.. Adakah nampak macam orang di bawah ni?





Ni Lee Gwang Soo versi Malaysia.


and




 Ni asli punya Lee Gwang Soo



p/s: Penangan Running Man tiap episod memang hebat. Especially episod Sherlock Holmes. Memang mati kutu nak fikir siapalah yang jadi Arsenal Lupin yang jahat tu. Daebak, Running Man!


Thanks for read.   :)