Aqui Hablamos Espanol




Hola e como estas!  [Hai, apa khabar!]


Hihihi, tiba-tiba saja cakap bahasa Sepanyol. Well, dulu adalah ambil bahasa ni. Memang best. But professora dia garang sangat. Setiap hari, mesti kena ‘dos mious, Violeta!’ ‘por famour, Violeta!’ … Ok, actually semua tu ayat dia marah aku. Hahaha. [BTW, dalam bahasa Sepanyol, nama aku VIOLETA].  Dulu, selalu kena hafal benda tu. From sero to dien. 

[Sero- 0] [Uno- 1] [Dos- 2] [Tres- 3] [Cuatro- 4] [Sinco- 5] 
[Seis- 6] [Siete- 7] [Ocho- 8] [Nueve- 9] [Dien- 10]


Apa-apa pun, sebelum belajar sebutan nombor dalam bahasa Sepanyol, kenalah belajar pronunciation dia dulu. Ala, macam bahasa Inggeris tu. Yang bezanya, pronunciation dia lain sikitlah. Dan dalam bahasa Sepanyol, tak ada sebutan ‘z’ as ‘zeh’. Huruf ‘z’ tu disebut as ‘seh’. Example: Zoo dalam bahasa Sepanyol disebut as ‘So.o’. Bukan ‘soo’ macam perkataan ‘so’ dalam bahasa Inggeris. Ha, hebat tak? Best kan? Lagipun bahasa Sepanyol ni tak sesusah bahasa Mandarin, Jepun and Korea la sebab pronunciation dia kena ikut betul-betul seperti yang ditulis oleh perkataan tu. Huruf rumi memang kita dah kenal sejak dari kecil lagi kan, jadi memang tak ada masalah sangat lah. Patut berterima kasih pada kaum Phoenix sebab cipta tulisan rumi ni [rasanyalah, kalau salah betulkan]. Bagi aku, bahasa lain tak adalah susah mana. Contohnya bahasa Arab. Bahasa Arab kan kita dah belajar baca dari kecil lagi- mengaji Al-Quran, jadi untuk baca dan tulis memang tak jadi masalah. Tapi untuk belajar bahasa Arab, bagi aku yang amat susah untuk faham dan ingat- memang susahlah.  Sebab, untuk bina ayat, kita kena tengok jantina subjek dalam ayat tu. Kalau lelaki ‘khaifa haluka?’ [Apa khabar?- Untuk kaum lelaki] kalau  perempuan ‘khaifa haluki?’ [Apa khabar?- Untuk kaum perempuan]. 


Disebabkan dulu dah belajar bahasa Arab dan tak boleh pergi, so aku jump in dalam bahasa Mandarin and bahasa Sepanyol. But, terribly bad in Mandarin sebab aku tak pandai sebut and keliru hang yu pinyin dia. So, sekarang ni nak teruskan belajar bahasa Sepanyol slow-slow dulu. Sambil-sambil kuatkan lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris. Sekarang kan, memang negara perlukan generasi yang boleh bercakap bahasa ketiga. Like now, sekarang bahasa Inggeris dan bahasa Melayu memang dah tak hairan mana dah dalam pekerjaan. Boleh kata semua orang dah boleh cakap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Yang menjadi permintaan sekarang ialah graduan atau calon yang boleh bercakap dalam bahasa Arab dan bahasa Mandarin. Sebab sekarang kan kerajaan kita giat jalankan usaha sama dalam ekonomi di China dan Arab. So, mereka inilah diperlukan untuk menjadi agen atau wakil kerajaan. Dan untuk mereka yang ingin menjadi translator or interpreter, keupayaan menguasai bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Jepun semua memang diperlukan. Kalau di Australia, dunia interpreter ni memang dah sinonim dengan masyarakat sana. Tapi di Malaysia baru sahaja nak berkembang walaupun ia dah lama bertapak di Malaysia. Mungkin protokol interpreter dan translator tu yang membuatkan masyarakat tak sedar wujudnya mereka. 

Iyalah, ‘interpreter and translator must need to produce their translation naturally- like they are the native speaker of that language.’ Eugene Naida

So, belajarlah bahasa asing kerana ia memang memberi kelebihan kepada korang. Mana tahu satu hari nanti, korang akan dapat belajar cultural diaorang. Bestkan. Chewah.


p/s: kena mahir cakap, belajar dan guna bahasa Melayu tinggi dahulu sebelum ‘tinggikan’ bahasa lain. Tak guna kalau ‘tinggikan’ bahasa lain kalau bahasa bangsa pun tak faham sepenuhnya.


Thanks for read. :)