Sudah Tiba Masanya

Assalamualaikum Semua... hihihihi

Dah lama dah tak update blog nie, dah bersawang segala agaknya. Nak buat macam mana, busy lagi. Hem, oklah, kali nie update sikit jer tau. Tajuk post kali ini ialah "Sudah Tiba Masanya".

Hati ialah raja bagi tangan dan kaki, badan dan kepala, mulut dan lidah
maka, bermula dari hati, segalanya akan terjadi....

Erm, berkahwin? bertunang? hihiihi, kedua-duanya InsyaAllah akan datang nanti. Kalau umur aku dipanjangkan Allah SWT. Tapi, nie sebenarnya berkaitan dengan hidup aku atau hidup kita semua sebagai seorang Islam sebagai perempuan yang dilahirkan dalam Islam, agama yang aku sayang, maka sudah tiba masanya untuk aku berubah. Berubah menjadi yang lebih baik, ke arah yang lebih baik. Niat di hati begitu dambakan kemanisan iman dengan hanya melihat orang disekeliling yang sudah menunjukkan nikmat indahnya Islam bila kita berpegang teguh padanya. Aku bukanlah seorang gadis yang sosial melampau, tetap aku jaga batas pergaulan aku ke mana sahaja aku pergi, tapi hati terdetik nak berubah ke arah yang lebih baik, macam mendalami ilmu agama. Semua ilmu agama yang kita pelajari dan amalkan itu akan menjadi darah daging kita dan seterusnya akan melahirkan zuriat yang soleh dan solehan melalui gerbang perkahwinan nanti, InsyaAllah.

Keluarga Bahagia datang daripada hati yang mahukannya

Aku bukannya gadis alim, cuma seorang gadis biasa2 saja, yang ingin mendalami ilmu agama secara perlahan-lahan. Moga2, niat aku ini tidak terhalang dengan panahan syaitan... Tak mengapa jika kita mula amalkan perbuatan yang kecil yg disunatkan oleh Rasulullah secara perlahan-lahan. Asal kita meneruskannya dalam kehidupan kita. Contoh, mengucapkan lafaz Bismillahirohmanirohim bila tiap kali melakukan sesuatu. Lama kelamaan, ia akan menjadi tabiat baik kita yang kita senangi sampai mati. Begitu juga dengan sunah memaniskan muka (senyum) bila berjumpa dengan orang lain. Maksudnya, bukanlah senyum secara berlebihan (senyum cam nak usha2 tue), tapi senyum sekadar untuk melapangkan hati kita dan hati orang yg memandang kita. Bukankah senyum itu sedekah?

Jadi, kawan semua, jangan pandang semua yg remeh tadi itu temeh, sbb itulah asas kita memperlajari dan mendalami ilmu agama. Lakukan perkara yang kecil-kecil dahulu dengan berterusan dan ikhlas, kemudia barulah perkara yang besar-besar akan menyusul kemudian  dan InsyaAllah, kita semua akan menjadi manusia yang dirahmati Allah apabila kita melakukan perintah-Nya. Amin. So, marilah kita semua berniat untuk berubah menjadi yang lebih baik daripada hari ini untuk hari esok dan seterusnya.


p/s: Bila keinsafan datang, jangan ditolak, elok dibaja dan disemai.


Thanks sebab sudi baca...  :)