Tegur Tak Salah Tapi...



Hari ni aku ada cerita, nak dikongsikan bersama korang. Dipendekkan cerita, aku punya dua org kawan di sekolah dulu, sorang tue aku namakn Zoey, dan sorang lagi aku namakn Katherine. Hakikatnya, aku lebih lama kawan dengan Zoey sebab dah beberapa tahun dah kenal dia. Manakala Katherine pula, aku baru kenal dia dalam 2 tahun camtue la tapi kami mula rapat dalam beberapa bulan befora STPM. Nak dijadikan cerita, Zoey ni dah berubah baik. Bagi aku, oklah Alhamdulillah sangat, tapi ada perkara yg x berubah tentang dia. Dah beberapa ketika aku dah x boleh masuk dengan dia.  Mungkin bagi aku, dia sangat drastik la.





Tapi, satu hari aku terdengar yang Katherine nie menangis teruk. Katherine hanya geleng kepala saja, sambil kesat air mata dia. Aku naik buntu sebab balik dari sekolah, aku tengok mata dia sembab dan dari saat tu la aku rapat ngan Katherine. Dan disebabkan Katherine tak nak beritahu, jadi aku ambik keputusan untuk tanyakan hal itu pada si Zachary, pakwe si Katherine. Actually Zachary tu kawan aku juga (hihi, aku memang ramai kawan lelaki sebab depa sempoi je) and baru la aku tahu kenapa Katherine nangis dan sebab apa yang Katherine bagitahu aku hanya la pasal "kawan baik kutuk kawan baik".. Lebih kurang macam tu la. Then aku jumpa si Katherine, tanya dia apa yang sebenarnya jadi. Aku cakap la yang aku dah tahu dah pasal tu sebab si Zachary yang bagitahu aku. Katherine cakap la yang si Zoey tu macam perli dia la, dia kata si Zoey tu nasihat dia pasal couple dan perli-perli dia depan satu kelas. Memang jatuh aib la si Katherine tu, dah la si Zoey tu kawan baik dia dulu then bila dah buat macam tu, tak ke terasa hati kawan?







Ya Allah, kenapa sampai jadi macam ni?
Bagi aku la, 
kalau nak tegur, nasihatla elok-elok,
jangan main perli saja, cakap elok-elok, 
hal kita nak nasihatkan dia, 
biarla antara kita dan dia saja,
niat untuk menegur kerana dia couple itu betul
tapi cubala gunakan ayat yang sepatutnya
sebab manusia ini mudah terima nasihat kalau berlembut
anda mahu menasihati orang
tapi bila anda menggunakan ayat yg tak sepatutnya
adakah org akan mendengar nasihat anda?
selain anda sakitkan hatinya,
anda juga telah memberikan dia tanggapan bahawa anda hanya bercakap
berlandaskan kuasa anda sebagai rakan semata-mata
dan prinsip anda semata-mata
tapi, sebenarnya, anda bukan rakan dia
dan anda bukanlah berdakwah
kerana anda telah menyakiti hatinya.
kerana anda tidak faham maksud pendekatan dakwah sebenar.




p/s: rakan yg baik, tak akan sekali-kali sakitkn hati sahabatnya meskipun hanya teguran, kerana bg dia,  hati kawannya itu perlu dijaga sebagaimana dia mahu hatinya dijaga oleh sahabatnya walaupun ketika dinasihatinya.  [pictures-credits to Google-]



Thanks for read.  :)