Don't Sad, Be Tough, O.K ?

Hidup ini, mmg banyak dugaan....Tiap dugaan yang datang menimpa, kadang kala pasti akan berjaya kocakkn hati dan perasaan kita yang sangat 'fragile' nie... tp, memang lumrah la kan, apa yang berlaku tue pasti ada sebab dan hikmahnya... cuma kita sebagai manusia harus pandai mengawal emosi dan rasa amarah di hati... aku tahu, rata-rata manusia sekarang nie memang suka lepaskan amarah pada orang lain... itu pon termasuk aku jugak... (secara x sedar)

"orang lain yang bangkitkan api kemarahan ko, ko plak pi lepaskan kat orang lain!!!!.."


ha, cuba korang fikir itu... 
apakah itu yang membuatkan korang kadang-kadang hangin satu badan???


Korang, jangan la korang nak touching-maching pada kesalahan yang bukan kesalahan korang... dia nak marah pada korang, biarkan saja dia tue... aku agree, yang kadang-kadang, memang rasa annoying gile bila duduk lam situasi macam nie... but, ada kalanya, berdiam diri itu cara terbaik untuk keadaan itu... Jangan sesekali bersedih walau korang dimarahi atas kesalahan yang korang x lakukan, bahkan atas kesalahan yang langsung korang x tahu apa salahnya... sebab perasaan itu hanya buat korang rasa diri korang sangat lemah... korang nak menangis, menyumpah, yes, silakan, tapi Do It In Your Heart Silently... yup, itu satu cara aku express diri aku.. betapa aku sakit hati, betapa aku rasa nak sepak dan kasi flying kick kat orang tue, aku still sabar... n crying in my little room silently... aku tahu, berlawan lidah x kan dapat selesaikan masalah yang pada mulanya bukan korang pon yang mulakan... jd, diam dan jangan sedih dengan apa yang berlaku... BE TOUGH AND THINK IT AS ONE OF YOUR CHANCE TO UPGRADE YOUR PATIENT LEVEL...

itu BUKAN menunjukkan yang kita nie LEMAH, tapi itu menunjukkan yang kita nie BIJAKSANA dan  MATANG...


Jadi, jangan la naik hangin lau ada yang bermulut laser memaki hamun anda atas kesalahan yang bukan anda lakukan, kerana itu tak berbaloi pon... just, diamkan, dan kita lihat, betapa hodohnye perangai dia yang memaki hamun itu...  jangan jadi macam picture spider di bawah nie, asyik marah jer keje, akedut pon dah timbul-menimbul



Tapi, jadilah seperti picture di bawah ini... awet muda gitu.. hihihihihi

senyum jom!!!


p/s: pada peserta Contest "Beraya sejenak  bersama blog Gadis Butterfly", pada siapa2 yang tak dapat mark [-checked-] lagi tue, sila alert ngan komen GB ye.. n pada yang x diziarahi lagi, please tinggalkan komen anda pada entry contest tue besertakn link anda... TQVM ye.. :)
have a nice day, readers... !!!



Thanks for read.  :)

Tegur Tak Salah Tapi...



Hari ni aku ada cerita, nak dikongsikan bersama korang. Dipendekkan cerita, aku punya dua org kawan di sekolah dulu, sorang tue aku namakn Zoey, dan sorang lagi aku namakn Katherine. Hakikatnya, aku lebih lama kawan dengan Zoey sebab dah beberapa tahun dah kenal dia. Manakala Katherine pula, aku baru kenal dia dalam 2 tahun camtue la tapi kami mula rapat dalam beberapa bulan befora STPM. Nak dijadikan cerita, Zoey ni dah berubah baik. Bagi aku, oklah Alhamdulillah sangat, tapi ada perkara yg x berubah tentang dia. Dah beberapa ketika aku dah x boleh masuk dengan dia.  Mungkin bagi aku, dia sangat drastik la.





Tapi, satu hari aku terdengar yang Katherine nie menangis teruk. Katherine hanya geleng kepala saja, sambil kesat air mata dia. Aku naik buntu sebab balik dari sekolah, aku tengok mata dia sembab dan dari saat tu la aku rapat ngan Katherine. Dan disebabkan Katherine tak nak beritahu, jadi aku ambik keputusan untuk tanyakan hal itu pada si Zachary, pakwe si Katherine. Actually Zachary tu kawan aku juga (hihi, aku memang ramai kawan lelaki sebab depa sempoi je) and baru la aku tahu kenapa Katherine nangis dan sebab apa yang Katherine bagitahu aku hanya la pasal "kawan baik kutuk kawan baik".. Lebih kurang macam tu la. Then aku jumpa si Katherine, tanya dia apa yang sebenarnya jadi. Aku cakap la yang aku dah tahu dah pasal tu sebab si Zachary yang bagitahu aku. Katherine cakap la yang si Zoey tu macam perli dia la, dia kata si Zoey tu nasihat dia pasal couple dan perli-perli dia depan satu kelas. Memang jatuh aib la si Katherine tu, dah la si Zoey tu kawan baik dia dulu then bila dah buat macam tu, tak ke terasa hati kawan?







Ya Allah, kenapa sampai jadi macam ni?
Bagi aku la, 
kalau nak tegur, nasihatla elok-elok,
jangan main perli saja, cakap elok-elok, 
hal kita nak nasihatkan dia, 
biarla antara kita dan dia saja,
niat untuk menegur kerana dia couple itu betul
tapi cubala gunakan ayat yang sepatutnya
sebab manusia ini mudah terima nasihat kalau berlembut
anda mahu menasihati orang
tapi bila anda menggunakan ayat yg tak sepatutnya
adakah org akan mendengar nasihat anda?
selain anda sakitkan hatinya,
anda juga telah memberikan dia tanggapan bahawa anda hanya bercakap
berlandaskan kuasa anda sebagai rakan semata-mata
dan prinsip anda semata-mata
tapi, sebenarnya, anda bukan rakan dia
dan anda bukanlah berdakwah
kerana anda telah menyakiti hatinya.
kerana anda tidak faham maksud pendekatan dakwah sebenar.




p/s: rakan yg baik, tak akan sekali-kali sakitkn hati sahabatnya meskipun hanya teguran, kerana bg dia,  hati kawannya itu perlu dijaga sebagaimana dia mahu hatinya dijaga oleh sahabatnya walaupun ketika dinasihatinya.  [pictures-credits to Google-]



Thanks for read.  :)

MAAF, saya bukan kaunter pertanyaan


Korang pernah x alami perkara di atas?

hahah, aku pernah, time sekolah2 dulu la. Hem, jd sini aku nk cter sikit la pasal nie... dulu, aku nie kat school.. agak la femes... hihihi ok, x femes... hanya femes dalam kalangan guru sbb aku nie budak lama school tue, from form 1 sampaila form 6 tau... oh, ye, aku ambik STPM... hihihi.. kalau dulu, boley kata laa yg aku nie dok kelas depan.. depan sekali, kelas aliran sains tulen... hihi, yang ambik bio, fizik, kimia tue kan... haaishh, mmg susah down subjek sains tulen tue, ngan add math nye lagi, dah la aku anti giler ngan add math.. jangan kata x pernah lulus,  dapat 20% pon x pernah. hahahahhaah, 

ok, pe aku melalut tue, pd adik2 luar sana, sila jgn tiru keantian aku terhadap nombor nie.. ok, jd, bila kelas first kn, kami mmg selalu la ada kem elit... yes, aku dapat kem elit sbb prestasi aku la wei.. walau add math aku x 'mewah' tp sejarah, B.I, B.M, sume tue agak 'mewah' la... hihihihih, jd, nk dijdkn cter, kami pi la mengembara mencari ilmu di sekolah2 elit yg lain...  n kami berkampung kat situ adalah lam seminggu, lau korang cuti seminggu relax sakan, kami lak dok asah n perah2 otak dgn soklan3 killer semua subjek.. jd, mmg mereng la sekejap...  n adalah sorang mamat nie, cm dok tengok2 senyum2 aku dr time first kami jumpa (kami sekelas lam kelas sejarah) sampai la kem tue tamat.. then, pas jer cikgu kuar ari last tue, aku n bestfriend aku, Kak Ngah, ngan dok kalut2 kemas sbb nk cepat packing barang balik umah, tetibe budak lelaki yg senyumannyer Ya Allah, mmg manis dok dtg kt aku... 


dia kata "awak, boleh x saya nk no. phone awak? "


aku mmg kerut muka n dahi 180 darjah kerutan la... ish, pe hal mamat nie mintak no aku kn... kak ngah just senyum2 jer... yerla, kawan baik aku tue dh perasan mamat tue tengok aku time mula2 jumpe dulu...


dia kata lagi " awk jgn salah fhm, saya mintak sbb nk tukar2 soklan nie jer"


ok, pendek cter, aku kasi n kami contact, tp x lamaa lepas tue, dia tnyer yg kawan aku tue, (kak ngah), dah berpunya ke belom... aaishh, pe hal mamat nie, aku bengang la.. ok, aku bkn jeles sbb dia x suka aku, tp aku bengang sbb dia nie rupa2nyer ambik no aku sbb nk usha kawan baik aku... adeh, cik abg oi, asal la x minta no phone dia sendiri... ok, mmg aku rasa cm aku nie kaunter pertanyaan... aku x jeles pon sbb dia x suka aku or x de org suka kat aku time sekolah2 dulu (maybe sbb aku garang kot) tp aku x suka biar diri aku jd kaunter pertanyaan soklan remeh2 nie... 


GUYS, PLEASE DON'T EVER TACKLE A GIRL LIKE THIS !!!
coz, u're look like a desperate man with flower in your hand... 


korang nk usha that girl, go ahead... tp korang kena berani... tindakan korang utk tnyer bestfriend girl tue hnya jatuhkan saham korang depan depa.. lau korang suka, why not korang yg hulurkn salam perkenalan... jgn jdkn org lain sbgai kaunter pertanyaan sbb mereka x suka ok... be a gentleman, ok, barula nampak cool.. dan kini, lau situasi nie jd kat aku lg, aku hnya kata mcm nie kat diaorg.. "awak, maaf, saya bukan kaunter pertanyaan..."


Thanks for read.  :)