Nilai Hidup Kita




Hidup ini umpama sebuah kanvas lukisan yang putih suci. Warna-warna yang mencorakkannya itu adalah liku-liku kehidupan yg akan kita lalui. Tidak dinafikan terlalu banyak ranjau dan duri yang telah kita tempuhi. Tetapi, jangan dilupa, tiap ujian yg diturunkan pada kita itu adalah kekuatan kita dalam sebuah kehidupan. Mustahil Allah itu akan datangkan ujian pada kita yang tidak dapat kita harungi bahkan Allah Yang Maha Mengetahui itu sudah berfirman bahawa DIA akan datangkn ujian yang hamba-Nya mampu untuk mengharunginya..

Tiap ujian dan musibah yang melanda itu ada hikmahnya, seperti kata-kata mak dulu, 'setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya'.  Dan, memang benar, itu tidak dapat aku nafikan di sini. Tiap perkara yang berlaku itu, tak kira baik atau buruk, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Maka, berlandaskan dengan akal yang waras itu, kita sendiri perlu menyelingkap hikmah yang ada itu.

Tetapi, perkara ini sukar untuk dilakukan, sebab kadang2 ramai yg tak sedar akn hikmahnya. Kita perlu sedar dengan apa yang berlaku ke atas kita supaya kita tahu betapa bernilainya hidup kita ini. Maka, setelah kita sedar akan nilai hidup kita ini, barula kita akan menghargai diri kita sendiri dan org lain. Ingatlah, hidup ini ada hikmahnya. Maka janganlah putus asa terhadap hidup.




p/s: Hidup ini memang begini. Kalau terus di takuk lama, sampai bila mahu maju dan gembira. Diri sendiri yang kena fikirkan kebaikan untuk diri kita sendiri.


Thanks for read.  :)