Jangan Dinilai Pada Saiznya


Tiap benda atau perbuatan yang dilakukan itu, sama ada ia terlalu kecil mahupun terlalu besar, ia tetap memberikan kesan pada diri kita. Hati ini mampu menilainya, hati ini mampu melonjakkn kegembiraannya andai kita tahu bagaimana menilai sesuatu itu.


girl - cartoon - wallpaper - Kim Jong Bok - illustration - cute


Kita ambil contoh hadiah. Jarang ibu bapa akn belikan hadiah untuk tiap kejayaan dan pencapaian cemerlang anak-anak mereka dalam akademik mahupun aktiviti lain. Tapi, adakah hadiah itu dapat memberikan kesan kegembiraan pada si anak berpanjangan? Adakah anak itu sentiasa bermotivasi untuk mencapai yang terbaik dalam tiap yg dilakukannya? Jawapannya, MEMANG ADA tapi jarang. Biasanya, anak-anak dah terbiasa dengan cara itu. Hadiah. Dan itu boleh dibeli tapi perhatian ayah ibu dapat dibeli? Biasanya, itu berlaku pada A, anak org senang.

Kita ambik pula contoh si B, anak penyapu sampah. Tiap kejayaan dan kecemerlangannya itu senantiasa dihadiahi dengan kucupan kasih dan pujian sayang daripada ibu ayahnya. Nasi yg mereka selalu makan adalah titik peluh ayah ibu yang membanting tulang bagi menyara mereka, kesusahan itu telah menjadi penyuntik semangat mereka untuk terus berjaya. Bahkan, kejayaan yang dicapainya lebih cemerlang dan luar biasa daripada Si A.

Setelah dilihat pada dua situasi itu, adakah kita masih ingin memperlekehkan tiap benda atau perbuatan baik dan menyenangkan hati yang telah diberikan pada kita meskipun ia hanya sebuaah senyuman manis yang mampu menceriakn hari kita yang sungguh kelam?


hadiah
hanya mampu terangi hari kelam buat seketika.

pujian, sokongan, kasih sayang
jadi pelita yang x kan pernah kering minyaknya untuk menerangi hari kelam kita.


Jadi, moralnya, ada apa pada perkara yang besar kerana x semestinya perkara besar itu mampu berikan kita rasa kegembiraan yang kekal lama sedangkan perkara yg kecil itu sudah mampu menghapuskn rasa kelam kita sehari. Ingatlah, jangan memperlekehkan sesuatu atau perkara yang kecil kerana ia juga dapat memberikan kesan yang besar pada kita. Jadi, senyumla untuk hadapi dunia ini dengan menghargai setiap apa yang berlaku disekeliling kita.


p/s: Aku tulis di atas pemerhatian aku, x ditujukan pada siapa-siapa.
      Hanya sekadar berkongsi pemerhatian dan pendapat =)


Thanks for read, :)