Gurau Pon Biar Bertempat



Hari ni, entry aku agak berkecamok sedikit sebabnya aku emo kot. Tak mengapa, abaikan je. Korang, kita hidup ni kan, semestinya kena jaga hati orang-orang di sekeliling kita. Jadi, di sini, aku nak cerita mengenai satu kisah aku yang cukup buat aku rasa sedih dan tersentap kejap. Nasib baiklah dah berjaya ditenangkan oleh Cik Syid dan rakan lain. 

Semuanya bermula bila aku kenal dia dalam satu class. Ada satu hari, dia buat sesuatu yang memalukan bagi classmate aku. Bagi aku la, aku berfikir dengan letakkan tempat aku di tempat classmate aku tu. Aku rasa sangatla malu jika diperlakukan sebegitu. Picture yang dimodified tu dipostkan dalam fb. Kalau aku, aku rasa sangat malu la bila dia buat macam tu. Jadi, selaku classmate, aku tegurla sikap dia dengan cara baik.



Aku: Kenapa buat mcm tu, malu dia nanti.

Dia: Eh, aku gurau la, takkan ko tak boleh terima kot. Dia tak kisah pun aku buat camnie, ko 
       apa hal pula.

Aku: Bagi ko, maybe tak pela, tapi kalau dia terasa hati dengan gurauan ko ni, but dia  
        simpan dalam hati, macamana?



Kadang kala, kita maybe ingat orang yang kita guraukan tu tak terasa dengan gurauan kita. Tapi, sebenarnya tak. Ada yang terasa hati tau taip tak cakap. Nak dijadikan cerita, si dia tu dah anti gila dengan aku. Oh, yes, aku try berbaik dengan dia. And tak dinafikan yang kekadang, aku jadi bengang yang amat sampai aku balas komen dia dengan cara yg sadis (sadis pon, aku tak maki hamun, carut apa ok). Itu menunjukkan aku bengang dengan attitude dia. Ada la dia komen status fb aku then marah aku bila aku tegur cara dia komen. 


Dia kata aku ni ketimuran sangat. Yes, aku duduk dekat pantai timur, aku kampung, aku bukan budak moden. Tapi, kampung-kampung aku pun, aku still letakkan hati dan perasaan orang di sekeliling aku di depan akal pergaulan aku. Aku tak cakap sewenang-wenangnya  sebab aku terlalu takut nak sakitkan hati orang. Sebab bila orang terasa dengan kita, situasi dah jadi tak best. So, berbalik pada kisah tadi, si dia tak boleh terima cara aku. Dia kata aku nie over-sensetip and tak boleh terima gurauan kasar. (Aku amat pantang bila ada orang cakap biadap dengan aku. Kalau adik aku, memang sure dah kena lempang kelapa.)

Pembetulan di sini. Aku boleh je terima gurauan kasar especially bila aku gurau-gurau dengan Encik Smart a.k.a Iki (Fikri Muhammad), Henry Fitzroy and lain-lain lagi. Itu semua gurau kasar and yes, depa boleh hormat aku bila sesetengah words aku x suka guna. Tapi bagi aku, gurauan dia ni melampau. Ok, cubala ko gurau dengan mana-mana girl kat street dengan gurauan ko tu and tengok banyak mana yang kerut dahi and jauhkan diri darr ko? MAN, PLEASE BEHAVE YOURSELF WHEN U'RE WANT MAKE A JOKE. Sebab ada yang tak sesuai untuk dijadikan bahan gurauan bila korang bergurau dengan girls.

Ending the story, dia remove aku dari friendlist fb dia. And you know what? But aku harap kawan aku tu sedar dan berubah. Aku tak kisah dia sakitkan hati aku, aku just nak bagitahu yang dia tak boleh pergi mana-mana dengan attitude macam tu. Even ko moden and bandar secanggih mana sekali pon, if hati perasaan orang ko tak pandai nak jaga, memang susah nak survive kat dunia ni. Itu nasihat aku pada korang and dia. Kalau dia baca entry ni, aku minta maaf, tapi aku tetap dengan pendirian aku. And inilah aku. Jadi, korang jangan sesekali buat macam tu ok sebab bila kita dah sakitkan hati orang, orang dah tak suka kawan dengan kita dah.


p/s: Lelaki and perempuan sama-sama ada ego. Tapi tak salah kalau diturunkan ego demi 
       hormati perasaan kawan lain, bukan?



Thanks for read. :)