Gemuk Itu Indah


Salam semua, morning!

Hari ni, ada seorang kawan lama, a.a. geng bus skola tegur aku. Serious rasa macam down je lepas dia tegur (acah saja)

dia kata: "Weh, Aju, asal aku nmpak muka ko sembab je?"

Uihh, keji ko Fiza, ko kata muka aku sembab ke gemuk? (minah, jgn marah ye, aku just tulis balik statement ko hari tu) Yups, berat badan aku naik la. Dari 47kg ke 52kg. Seluar pon dari longgar dah jadi fit dah.



Sedih la. Tapi, itu, setahun yg lepas. Kini aku slim kering je hah. Eh, jangan salah sangka ok, aku bukan diet bagai, tapi tak ada selera nak makan, serious, tak tipu. Bukan nak berdiet la, tapi kekangan study dengan assigment yang berlambak kat atas meja, jadi, pipi yang ala-ala sembab ni jadi cengkung dah. Tapi kan,sekarang ni ramai yang nak kurus, nak slim kerana bagi depa slim itu cantik. Hem, begitula akibat momokan daripada majalah, tv yang sentiasa pamerkan bahawa KURUS ITU CANTIK.




Tapi, bukan salah majalah atau tv la. Itu sudah tanggungjawab diaorang sebarkan ilmu pada org ramai sebab pada pendapat mereke, kecantikan itu daya penarik bg sesebuah media. Tapi, adakah anda lupa bahawa cantik itu juga subjektif. Ada orang kata slim itu lawa, ada orang kata kulit putih itu lawa. Ada juga yang berpendapat gemuk itu lawa, kulit hitam manis itu menarik. Why? Sebab beauty is subjective. 

Jadi, kepada sesiapa yang memiliki tubuh yang berisi, jangan sesekali rasa down k, sebab anda juga cantik tau. Tiap makhluk yg ada di atas muka bumi ini ada kelebihannya yang tersendiri. Serious, aku tak tipu. Bahkan wanita gemuk ini hot k. Yups, hot and jadi rebutan.

Tak percaye, tak apa. Mari sini aku cerita. Kalau kat Afrika, perempuan yang berisi itu makin tinggi sahamnya, and makin cantik orangnya, plus makin ramai yang kejarnya. Tak percaya, google k.

Ingat ye, ramai yang ada muka cantik, tapi hanya sikit je ada hati yang cantik. Jarang yang ada muka and hati yg cantik. Maka, kalau nak jd cantik, cantikkan dulu hati, baru diri akan jadi cantik. Tapi, ingatla, org lebih kejar hati yang cantik daripada muka yang cantik masa gerbang perkahwinan nanti. So, jangan sedih-sedih k. Chill dalam hadapi hidup ini.


Thanks for read. :)