Kata Orang vs Kata Kita


girl - cartoon - wallpaper - Kim Jong Bok - illustration - cute

Apa Orang Kata Tentang Kita...
perlu ke korang ambik berat sangat pasal apa yg orang fikir and kata pasal korang?
mungkin, itu dah ada dalam darah daging kita.



dulu, bila kita minat nak pakai baju yang ada labuci and gaun yang comel, 
kawan gelakkan kita,
kata kita ni over sangatla,
desperate nak dapatkan perhatian la
x sopan la
itu kata org,

kata kita...
"aku nak pakai baju ni sbb aku nak pakai,
bukan sbb desperado nakkan perhatian,
bukannya x sopan pun, 
baju aku tutup semua, x ketat pun,
main longgar n labuh lagi
kalau nak dibandingkan dengan baju ko yang singkat, ketat and atas pusat,
tapi, aku tak pernah pun keji-keji ko macam ko keji-keji aku"
itu, kata kita dalam hati...
tapi, depan diaorang kita just senyap jer,
menyepi seribu bahasa sebab dia kawan kita..


kalau dulu, bila kita menulis cerpen,
kawan kata,
"wei, apa ko mengarut nie..."
"bahasa ko kaku ar, x yah la nak fikir ko tu boleh tulis cerpen"
"ko tulis aku langsung x fhm, baik ko buang jer."
"jgn beranganla ko nk tulis cerpen, bahasa pon lintang pukang, ada hati nk tulis."
tapi, bagi kita bila tulis cerpen boleh luahkan apa yang terpendam.
"aku tak kutuk pun lukisan ko yang entah pape, 
cuma harapkan komen yang membina, di mana nak betulkan semua.
kalau macam ni, baik tak payah, buat sakit hati aje."
itu kata kita dalam hati
depan mereka, kita just tunduk tahan malu.


Kalau semua itu berlaku, sila jangan fikir diri korang useless. Manusia di jadikan berbeza dan ada pelbagai bakat. Semuanya ada kelebihan dan keburukan. Sebab itulah dunia ini hidup. Kalau tak hidup, memang dah lama kaku. Biarkan diaorang dengan pemikiran sempit diaorang tu, yang penting korang tahu bakat dan cara korang luahkan sesuatu. Jangan sesekali fikir yang diri korang nie useless sebab semua org itu ada kelebihannya. Ada specialnya, maybe depa x nampak itu semua pada korang, tapi orang lain nampak. Jangan sampai kita stop buat apa yang kita suka (benda baik n bermanfaat), jangan sampai kita dah tak ada hati nak teruskan hobi kita, sebab tu semua cara kita express diri. Biarkan apa orang nak kata, mulut orang mana boleh tutup macam mulut tempayan. Untuk layan orang macam ni, just senyum sahaja, tak perlu kata apa-apa. Memangla hati sakit dengar kata-kata depa, but I sure that one day, they gonna stop teasing you and see you as a motivate person.


p/s: stop do something that you love is only kill you slowly in your life.


Thanks for read.  :)