Aku Bukan Bidadari

Semua manusia lakukan kesilapan, termasuk juga aku, tp aku belajar dr kesilapan, yg mana kesilapan itu mendewasakan aku sendiri, yang mana aku salah, maka tegurla aku, yang mana aku betol, maka beritahula aku agar aku dapat perbaiki lagi diri aku... aku hanya manusia yang serba kekurangan, tp juga ada hati dan perasaan.. 

agaknya adat Melayu sejak berkurun lagi, yang mana, kalau seseorang berbuat salah, maka bukan dinasihatinya bahkan disindir dan diperli dalam pantun.. tp, aku juga x nafikan  bahawa pantun juga ada terkandung nasihat menasihati sesama manusia..

tp, mungkin barangkali ia menjadi trend terkini, yg 'menegur ke arah kebaikan'..  sedangkan, jiwa yg 'ditegur' itu sendiri makin terluka... bukan aku tujukan pada sesiapa, hakikatnya aku sendiri yg pernah kena... bodohla aku jika aku x elak dari semua ini berlaku tp untuk mengelakkan keadaan jd parah antara 2 belah pihak, maka 'Silent is the best way to face it'.

bila kita diam, biarkan dia berkata2 lancang dgn 'nasihatnya yg maha sempurna'...tika itu, mmg aku akui, telinga mmg sakit, hati juga perit.. tp, diam kita itu demi menyelamatkan keadaan drp terus memuncak... percayala, kadang2, kita perlu diam untuk menyelamatkan keadaan...

sbb, manusia itu bukan bidadari yg serba sempurnaa, aku juga bukan bidadari untuk menyenangkan semua... tp, hadir aku sekelumit di sini hanya untuk menghiburkan mereka yg memerlukan aku, sbb aku kan gaadis butterfly...

tp, percayalah, kebisuan kita pd hari ini bukannya bererti kita salah dalam hal itu, perlu ingat, bahawa setiap kebenaran akan timbul walau sedalam mana pon ia terselam... ketika itu, hnya ego manusia yg mengukirkan segalanya...  dan ingatla,

"Aku berusaha menjadi orang yang disenangi  
tetapi itu tak bermaksud aku menyenangi kepalaku di injak2 sampai mati."
 -Zaira Fathiah-


jd, renungila maksud bait kata2 itu dan lihat pd diri yg adakah kita mahu segala kebenaran itu tenggelam tanpa usaha menimbulkannya kembali???

tepuk dada, tanya hati... 

Thanks sbb sudi baca.  :)
Have a nice day...