Gurau Pon Biar Bertempat



Hari ni, entry aku agak berkecamok sedikit sebabnya aku emo kot. Tak mengapa, abaikan je. Korang, kita hidup ni kan, semestinya kena jaga hati orang-orang di sekeliling kita. Jadi, di sini, aku nak cerita mengenai satu kisah aku yang cukup buat aku rasa sedih dan tersentap kejap. Nasib baiklah dah berjaya ditenangkan oleh Cik Syid dan rakan lain. 

Semuanya bermula bila aku kenal dia dalam satu class. Ada satu hari, dia buat sesuatu yang memalukan bagi classmate aku. Bagi aku la, aku berfikir dengan letakkan tempat aku di tempat classmate aku tu. Aku rasa sangatla malu jika diperlakukan sebegitu. Picture yang dimodified tu dipostkan dalam fb. Kalau aku, aku rasa sangat malu la bila dia buat macam tu. Jadi, selaku classmate, aku tegurla sikap dia dengan cara baik.



Aku: Kenapa buat mcm tu, malu dia nanti.

Dia: Eh, aku gurau la, takkan ko tak boleh terima kot. Dia tak kisah pun aku buat camnie, ko 
       apa hal pula.

Aku: Bagi ko, maybe tak pela, tapi kalau dia terasa hati dengan gurauan ko ni, but dia  
        simpan dalam hati, macamana?



Kadang kala, kita maybe ingat orang yang kita guraukan tu tak terasa dengan gurauan kita. Tapi, sebenarnya tak. Ada yang terasa hati tau taip tak cakap. Nak dijadikan cerita, si dia tu dah anti gila dengan aku. Oh, yes, aku try berbaik dengan dia. And tak dinafikan yang kekadang, aku jadi bengang yang amat sampai aku balas komen dia dengan cara yg sadis (sadis pon, aku tak maki hamun, carut apa ok). Itu menunjukkan aku bengang dengan attitude dia. Ada la dia komen status fb aku then marah aku bila aku tegur cara dia komen. 


Dia kata aku ni ketimuran sangat. Yes, aku duduk dekat pantai timur, aku kampung, aku bukan budak moden. Tapi, kampung-kampung aku pun, aku still letakkan hati dan perasaan orang di sekeliling aku di depan akal pergaulan aku. Aku tak cakap sewenang-wenangnya  sebab aku terlalu takut nak sakitkan hati orang. Sebab bila orang terasa dengan kita, situasi dah jadi tak best. So, berbalik pada kisah tadi, si dia tak boleh terima cara aku. Dia kata aku nie over-sensetip and tak boleh terima gurauan kasar. (Aku amat pantang bila ada orang cakap biadap dengan aku. Kalau adik aku, memang sure dah kena lempang kelapa.)

Pembetulan di sini. Aku boleh je terima gurauan kasar especially bila aku gurau-gurau dengan Encik Smart a.k.a Iki (Fikri Muhammad), Henry Fitzroy and lain-lain lagi. Itu semua gurau kasar and yes, depa boleh hormat aku bila sesetengah words aku x suka guna. Tapi bagi aku, gurauan dia ni melampau. Ok, cubala ko gurau dengan mana-mana girl kat street dengan gurauan ko tu and tengok banyak mana yang kerut dahi and jauhkan diri darr ko? MAN, PLEASE BEHAVE YOURSELF WHEN U'RE WANT MAKE A JOKE. Sebab ada yang tak sesuai untuk dijadikan bahan gurauan bila korang bergurau dengan girls.

Ending the story, dia remove aku dari friendlist fb dia. And you know what? But aku harap kawan aku tu sedar dan berubah. Aku tak kisah dia sakitkan hati aku, aku just nak bagitahu yang dia tak boleh pergi mana-mana dengan attitude macam tu. Even ko moden and bandar secanggih mana sekali pon, if hati perasaan orang ko tak pandai nak jaga, memang susah nak survive kat dunia ni. Itu nasihat aku pada korang and dia. Kalau dia baca entry ni, aku minta maaf, tapi aku tetap dengan pendirian aku. And inilah aku. Jadi, korang jangan sesekali buat macam tu ok sebab bila kita dah sakitkan hati orang, orang dah tak suka kawan dengan kita dah.


p/s: Lelaki and perempuan sama-sama ada ego. Tapi tak salah kalau diturunkan ego demi 
       hormati perasaan kawan lain, bukan?



Thanks for read. :)

Green Thumbs No Suck!!!


girl - cartoon - wallpaper - Kim Jong Bok - illustration - cute


Korang suka berkebun x? Aku lau secara amnya, x de la minat berkebun pe sume nie, yg hanya aku minat ialah petik bunga n petik buah je. Nak menabur baja n cangkul tanah jauh skali but itu dulu. Sekarang nie, bila dok muhasabah diri selama 4 bulan di rumah, aku mula terikut2 parents aku berkebun, jadi 'green thumbs' jap aku, beb! yela, aku mula lihat camner proses nk menanam pokokbaja pokok, semai pokok. Yela, best gak. Not to mention about DIRTY tanah kn... but, it's really fun tau.. tambah2 lagi bila pokok yg kita tanam tue hidup..


Ada yg berpendapat berkebun:
1- keje low standard jer dei... x de bawa pulangan banyak pon...
2- membazir la, beli baja, beli racun perosak, abiz duit tau
3- eii, kotor la.... ada lipan lagi... eii, geli...
4- rosak la tangan i yg lembut nie... ish......    
5- x de masa la nk cangkul2 nie, wat letey jer...


N itu la sebahagian tanggapan negatif mereka bila ditanya pasal berkebun nie. Tapi, tue sume jawapan yg selfish aku kata. Kenapa?

1- keje low standard pon, penting gak oii, jana ekonomi negara gitu
2- langsung x membazir, makin jimat ada lah.. setakat baja tue, berapa ringgit jer.  
3- kotor??? la, kotor boley basuh sampai kasi bersih la...
4- tangan rosak?? la, pakai jer la sarung tangan n losyen..
5- x de masa? letey? hem... cari la masa, weekend kan ada, plus, boley gak buat family quality time bersama anak2, tanam2 sayur ke buah ke. rapat gak hubungan tue nanti...



Sebenarnya, berkebun nie sangatla bagus untuk kesihatan sebab, bila kita bergerak cergas, jantung pon pam elok2, x de la penyakit yang datang ~insyaAllah~ Semakin banyak kita tanam pokok, untuk dunia yg makin tandus nie kita boley kurangkan penipisan ozon yg berlaku.. Yela, penipisan ozon berlaku sbb bnyak cahaya matahari yg dipantulkn di bumi ini terperangkap dek kerana bangunan2 pencakar langit yg di bina itu  saling memantulkan haba dan menyebabkn udara di tempat tue panas dan hangat. Jd, dengan adanya pokok2 yg ditanam, ia dapat kurangkan haba yg terperangkap tue. n jdkn udara segar n nyaman.. jd, jom la kita tolong dunia dgn berkebun.. heeee....  :)
Thumbs Up Clip Art



Thanks for read.  :)

S.I.L.E.N.T.


Silent...
Is the best way to do,
Whatever you do,
Even it’s hurt me a lot...
I just wanna remain in silent,
Because my heart already frozen,
My tears already dried,
My sorrow already burned,
My soul already chattered,
There is nothing that I can do unless silent,
You can do whatever you want to do,
And I’m here, have no right to stop you,
You got life and glory,
Which I’m tried to fit in,
But sorry, I’m just lie,
I hope it can fit me but it won’t… forever it won’t,
I hope it can be easier but it much harder,
And yes, I do not have wished to tell u,
Because you don’t understand how it feel,
So, I admit, that I hurt, much more than you can imagine,
Because my heart and soul are fragile,
I don’t wish your appearance in my pathetic life,
Because you the one who not deserve,
 to receive  dark diaries….
You are much more honor to get happiness,
But not sadness,
All pages in my life,
Just tell you the story of sorrow,
So, I’m sorry, because all I can do is,
Just sit quietly and say nothing,
Because for me, silent is the better way to spoke …



Thanks for read. :)

Tahi Lalat Pembunuh

Credit to Google

Bagi sesetengah orang, miliki tahi lalat itu adalah sesuatu yg menyesakkan terutama apabila tahi lalat itu tumbuh pd bahagiaan tubuh yg jadi tumpuan seperti mata, betis, hidung,mulut, dan sebagainya  tp, xkurang juga yg berpendapat bahawa tahi lalat itu pemanis wajah, menyeri senyuman. Semua itu terpulang pd individu itu sendiri dalam memberi pendapat mengenai kewujudan tahi lalaat pada tubuh badaan mereka sendiri.



Namun begitu AWAS!!!

Sekecil-kecil tahi lalat itu, ia boleh menjadi PEMBUNUH dalam diam. Hal ini demikian kerana, menurut pemerhatian yg dilakukan oleh saintis, tahi lalat ini berupaya berubah menjadi KANSER KULIT!!!




Terdapat 5 petanda bahawa ia adalah Kanser Kulit:

-1- tahi lalat itu x sekata, yakni tahi lalat itu sentiasa berubah bentuknya dan saiznya

-2- tepi tahi lalat itu kasar, iaitu ia kelihaataan bengkak secara tiba2 dan permukaannya menjadi kasar, x seperti tahi lalat biasa, yg lembut dan teratur

-3- tahi lalat berubah warna, biasanya ia tidak berubah warna dan hnya kekal sbgai warna asal

-4- tahi lalat semakin melebar, ia jd semakin besar dan lebar dari hari ke hari

-5- tahi lalat membesar, ika ia semakin membesar dan melebihi 6mm diameternya, anda harus segera berjumpa dgn doktor..


Jadi, ambil serius mengenai tahi lalat anda sbb mencegah lebih baik daripada merawat.


Thanks for read.  :)




Jangan Dinilai Pada Saiznya


Tiap benda atau perbuatan yang dilakukan itu, sama ada ia terlalu kecil mahupun terlalu besar, ia tetap memberikan kesan pada diri kita. Hati ini mampu menilainya, hati ini mampu melonjakkn kegembiraannya andai kita tahu bagaimana menilai sesuatu itu.


girl - cartoon - wallpaper - Kim Jong Bok - illustration - cute


Kita ambil contoh hadiah. Jarang ibu bapa akn belikan hadiah untuk tiap kejayaan dan pencapaian cemerlang anak-anak mereka dalam akademik mahupun aktiviti lain. Tapi, adakah hadiah itu dapat memberikan kesan kegembiraan pada si anak berpanjangan? Adakah anak itu sentiasa bermotivasi untuk mencapai yang terbaik dalam tiap yg dilakukannya? Jawapannya, MEMANG ADA tapi jarang. Biasanya, anak-anak dah terbiasa dengan cara itu. Hadiah. Dan itu boleh dibeli tapi perhatian ayah ibu dapat dibeli? Biasanya, itu berlaku pada A, anak org senang.

Kita ambik pula contoh si B, anak penyapu sampah. Tiap kejayaan dan kecemerlangannya itu senantiasa dihadiahi dengan kucupan kasih dan pujian sayang daripada ibu ayahnya. Nasi yg mereka selalu makan adalah titik peluh ayah ibu yang membanting tulang bagi menyara mereka, kesusahan itu telah menjadi penyuntik semangat mereka untuk terus berjaya. Bahkan, kejayaan yang dicapainya lebih cemerlang dan luar biasa daripada Si A.

Setelah dilihat pada dua situasi itu, adakah kita masih ingin memperlekehkan tiap benda atau perbuatan baik dan menyenangkan hati yang telah diberikan pada kita meskipun ia hanya sebuaah senyuman manis yang mampu menceriakn hari kita yang sungguh kelam?


hadiah
hanya mampu terangi hari kelam buat seketika.

pujian, sokongan, kasih sayang
jadi pelita yang x kan pernah kering minyaknya untuk menerangi hari kelam kita.


Jadi, moralnya, ada apa pada perkara yang besar kerana x semestinya perkara besar itu mampu berikan kita rasa kegembiraan yang kekal lama sedangkan perkara yg kecil itu sudah mampu menghapuskn rasa kelam kita sehari. Ingatlah, jangan memperlekehkan sesuatu atau perkara yang kecil kerana ia juga dapat memberikan kesan yang besar pada kita. Jadi, senyumla untuk hadapi dunia ini dengan menghargai setiap apa yang berlaku disekeliling kita.


p/s: Aku tulis di atas pemerhatian aku, x ditujukan pada siapa-siapa.
      Hanya sekadar berkongsi pemerhatian dan pendapat =)


Thanks for read, :)


Encik Hati Saya

Enrty nie agak special sikit. Lihat dan terjemahkanlah ya.




Credit to Google




Dia Encik Hati aku
sbb dia sentiasa tahu apa yg ada dalam fikiran n hati aku
sangat memahami aku
sentiasa ada dalam keadaan aku sedey n happy
walau aku tersenyum n happy2,
dia sentiasa dapat kesan mendung yg aku simpaan dalam hati,


dia kata...

"Awak, awak cuba bagitahu kat saya masalah awk... jgn pendam, saya tahu awk pura2 senyum dan gembira depan semua org walau awk sedih sbb awk x nak mereka nmpak awk sedey kan..."


Ok, ayat tue selalu dia cakap bila dia kesan aku nie sedang sedey.
Dia cakap, aku nie happy go-lucky
Always sembunyikan kesedihan aku
bb aku x mo org lain tahu..
tp, itula, 
sedalam mana aku selam dan tutup kesedihan aku,
dia tetap jugak dpt kesan 
n menjadi org pertama utk ada di sisi aku
utk tlg aku settlekn masalah aku,
jd pendengar omelan aku...
n, dia org first yg terima aku seadanya...


p/s: Semoga bahagia hingga akhir hayat.


Thanks for read. :)

Thank You Very Much

For Your Bitches Speech, Thank You Very Much...

actually, that is the real title for my entry today..
what a shocked...
but, never mind...
coz sometime, soon we'll face this kind of person...
the %^$ &#@
until now, there are two people who suppose be my friend 
but they remove me from their life (n fb too)

for the reasons that i don't know clearly,
they bitches me with harsh words...

i talk to them nicely,
told them nicely about what i don't like...
with no using harsh words...
but, they bitches me with harsh words that make me like a bitch..
i respect them self,
i really wanna befriend with them
but, 
they just keep blame me on what i already asking forgiveness...
for them, no forgiveness for me
coz i'm the bitch..

i accept when u call me bangang n etc,
but when i talk nicely about how it's not nice call people like that,
u said that i'm emo n only my feeling needs to take care of...
u said that i'm so 'kuno' with my thought 
that friendship is not just about joke 
but it's also about how we respect our friends 
with take care of their feeling...
i just tell u nicely,
but u reply with harsh words...
if u don't like me, or my attitude, 
just tell me with your briliant words
not with your bitch fucking words..

people do have feeling to feel
human feeling are fragile 
u need to take care of that...
it's very important..
i don't ask you to take care of my feeling, 
what i mean is u need to be careful 
with your mouth n tongue when speak to people..
coz i don't want they hate you because of your bitch fucking words..
because you are my friends

lastly, for person who used to be my friends,
thank you for making me cry last night,
oh, yes, your bitches fucking speech really hurt me
but, don't worry,
i already forgive you...
n i always open my heart to befriend with you again
u know me, but you don't know me..
i struggle to take care of your feeling
because you are my friends...
girl - cartoon - wallpaper - Kim Jong Bok - illustration - cute
***

Kata Orang vs Kata Kita


girl - cartoon - wallpaper - Kim Jong Bok - illustration - cute

Apa Orang Kata Tentang Kita...
perlu ke korang ambik berat sangat pasal apa yg orang fikir and kata pasal korang?
mungkin, itu dah ada dalam darah daging kita.



dulu, bila kita minat nak pakai baju yang ada labuci and gaun yang comel, 
kawan gelakkan kita,
kata kita ni over sangatla,
desperate nak dapatkan perhatian la
x sopan la
itu kata org,

kata kita...
"aku nak pakai baju ni sbb aku nak pakai,
bukan sbb desperado nakkan perhatian,
bukannya x sopan pun, 
baju aku tutup semua, x ketat pun,
main longgar n labuh lagi
kalau nak dibandingkan dengan baju ko yang singkat, ketat and atas pusat,
tapi, aku tak pernah pun keji-keji ko macam ko keji-keji aku"
itu, kata kita dalam hati...
tapi, depan diaorang kita just senyap jer,
menyepi seribu bahasa sebab dia kawan kita..


kalau dulu, bila kita menulis cerpen,
kawan kata,
"wei, apa ko mengarut nie..."
"bahasa ko kaku ar, x yah la nak fikir ko tu boleh tulis cerpen"
"ko tulis aku langsung x fhm, baik ko buang jer."
"jgn beranganla ko nk tulis cerpen, bahasa pon lintang pukang, ada hati nk tulis."
tapi, bagi kita bila tulis cerpen boleh luahkan apa yang terpendam.
"aku tak kutuk pun lukisan ko yang entah pape, 
cuma harapkan komen yang membina, di mana nak betulkan semua.
kalau macam ni, baik tak payah, buat sakit hati aje."
itu kata kita dalam hati
depan mereka, kita just tunduk tahan malu.


Kalau semua itu berlaku, sila jangan fikir diri korang useless. Manusia di jadikan berbeza dan ada pelbagai bakat. Semuanya ada kelebihan dan keburukan. Sebab itulah dunia ini hidup. Kalau tak hidup, memang dah lama kaku. Biarkan diaorang dengan pemikiran sempit diaorang tu, yang penting korang tahu bakat dan cara korang luahkan sesuatu. Jangan sesekali fikir yang diri korang nie useless sebab semua org itu ada kelebihannya. Ada specialnya, maybe depa x nampak itu semua pada korang, tapi orang lain nampak. Jangan sampai kita stop buat apa yang kita suka (benda baik n bermanfaat), jangan sampai kita dah tak ada hati nak teruskan hobi kita, sebab tu semua cara kita express diri. Biarkan apa orang nak kata, mulut orang mana boleh tutup macam mulut tempayan. Untuk layan orang macam ni, just senyum sahaja, tak perlu kata apa-apa. Memangla hati sakit dengar kata-kata depa, but I sure that one day, they gonna stop teasing you and see you as a motivate person.


p/s: stop do something that you love is only kill you slowly in your life.


Thanks for read.  :)

Gemuk Itu Indah


Salam semua, morning!

Hari ni, ada seorang kawan lama, a.a. geng bus skola tegur aku. Serious rasa macam down je lepas dia tegur (acah saja)

dia kata: "Weh, Aju, asal aku nmpak muka ko sembab je?"

Uihh, keji ko Fiza, ko kata muka aku sembab ke gemuk? (minah, jgn marah ye, aku just tulis balik statement ko hari tu) Yups, berat badan aku naik la. Dari 47kg ke 52kg. Seluar pon dari longgar dah jadi fit dah.



Sedih la. Tapi, itu, setahun yg lepas. Kini aku slim kering je hah. Eh, jangan salah sangka ok, aku bukan diet bagai, tapi tak ada selera nak makan, serious, tak tipu. Bukan nak berdiet la, tapi kekangan study dengan assigment yang berlambak kat atas meja, jadi, pipi yang ala-ala sembab ni jadi cengkung dah. Tapi kan,sekarang ni ramai yang nak kurus, nak slim kerana bagi depa slim itu cantik. Hem, begitula akibat momokan daripada majalah, tv yang sentiasa pamerkan bahawa KURUS ITU CANTIK.




Tapi, bukan salah majalah atau tv la. Itu sudah tanggungjawab diaorang sebarkan ilmu pada org ramai sebab pada pendapat mereke, kecantikan itu daya penarik bg sesebuah media. Tapi, adakah anda lupa bahawa cantik itu juga subjektif. Ada orang kata slim itu lawa, ada orang kata kulit putih itu lawa. Ada juga yang berpendapat gemuk itu lawa, kulit hitam manis itu menarik. Why? Sebab beauty is subjective. 

Jadi, kepada sesiapa yang memiliki tubuh yang berisi, jangan sesekali rasa down k, sebab anda juga cantik tau. Tiap makhluk yg ada di atas muka bumi ini ada kelebihannya yang tersendiri. Serious, aku tak tipu. Bahkan wanita gemuk ini hot k. Yups, hot and jadi rebutan.

Tak percaye, tak apa. Mari sini aku cerita. Kalau kat Afrika, perempuan yang berisi itu makin tinggi sahamnya, and makin cantik orangnya, plus makin ramai yang kejarnya. Tak percaya, google k.

Ingat ye, ramai yang ada muka cantik, tapi hanya sikit je ada hati yang cantik. Jarang yang ada muka and hati yg cantik. Maka, kalau nak jd cantik, cantikkan dulu hati, baru diri akan jadi cantik. Tapi, ingatla, org lebih kejar hati yang cantik daripada muka yang cantik masa gerbang perkahwinan nanti. So, jangan sedih-sedih k. Chill dalam hadapi hidup ini.


Thanks for read. :)

Nilai Hidup Kita




Hidup ini umpama sebuah kanvas lukisan yang putih suci. Warna-warna yang mencorakkannya itu adalah liku-liku kehidupan yg akan kita lalui. Tidak dinafikan terlalu banyak ranjau dan duri yang telah kita tempuhi. Tetapi, jangan dilupa, tiap ujian yg diturunkan pada kita itu adalah kekuatan kita dalam sebuah kehidupan. Mustahil Allah itu akan datangkan ujian pada kita yang tidak dapat kita harungi bahkan Allah Yang Maha Mengetahui itu sudah berfirman bahawa DIA akan datangkn ujian yang hamba-Nya mampu untuk mengharunginya..

Tiap ujian dan musibah yang melanda itu ada hikmahnya, seperti kata-kata mak dulu, 'setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya'.  Dan, memang benar, itu tidak dapat aku nafikan di sini. Tiap perkara yang berlaku itu, tak kira baik atau buruk, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Maka, berlandaskan dengan akal yang waras itu, kita sendiri perlu menyelingkap hikmah yang ada itu.

Tetapi, perkara ini sukar untuk dilakukan, sebab kadang2 ramai yg tak sedar akn hikmahnya. Kita perlu sedar dengan apa yang berlaku ke atas kita supaya kita tahu betapa bernilainya hidup kita ini. Maka, setelah kita sedar akan nilai hidup kita ini, barula kita akan menghargai diri kita sendiri dan org lain. Ingatlah, hidup ini ada hikmahnya. Maka janganlah putus asa terhadap hidup.




p/s: Hidup ini memang begini. Kalau terus di takuk lama, sampai bila mahu maju dan gembira. Diri sendiri yang kena fikirkan kebaikan untuk diri kita sendiri.


Thanks for read.  :)

Aku Bukan Bidadari

Semua manusia lakukan kesilapan, termasuk juga aku, tp aku belajar dr kesilapan, yg mana kesilapan itu mendewasakan aku sendiri, yang mana aku salah, maka tegurla aku, yang mana aku betol, maka beritahula aku agar aku dapat perbaiki lagi diri aku... aku hanya manusia yang serba kekurangan, tp juga ada hati dan perasaan.. 

agaknya adat Melayu sejak berkurun lagi, yang mana, kalau seseorang berbuat salah, maka bukan dinasihatinya bahkan disindir dan diperli dalam pantun.. tp, aku juga x nafikan  bahawa pantun juga ada terkandung nasihat menasihati sesama manusia..

tp, mungkin barangkali ia menjadi trend terkini, yg 'menegur ke arah kebaikan'..  sedangkan, jiwa yg 'ditegur' itu sendiri makin terluka... bukan aku tujukan pada sesiapa, hakikatnya aku sendiri yg pernah kena... bodohla aku jika aku x elak dari semua ini berlaku tp untuk mengelakkan keadaan jd parah antara 2 belah pihak, maka 'Silent is the best way to face it'.

bila kita diam, biarkan dia berkata2 lancang dgn 'nasihatnya yg maha sempurna'...tika itu, mmg aku akui, telinga mmg sakit, hati juga perit.. tp, diam kita itu demi menyelamatkan keadaan drp terus memuncak... percayala, kadang2, kita perlu diam untuk menyelamatkan keadaan...

sbb, manusia itu bukan bidadari yg serba sempurnaa, aku juga bukan bidadari untuk menyenangkan semua... tp, hadir aku sekelumit di sini hanya untuk menghiburkan mereka yg memerlukan aku, sbb aku kan gaadis butterfly...

tp, percayalah, kebisuan kita pd hari ini bukannya bererti kita salah dalam hal itu, perlu ingat, bahawa setiap kebenaran akan timbul walau sedalam mana pon ia terselam... ketika itu, hnya ego manusia yg mengukirkan segalanya...  dan ingatla,

"Aku berusaha menjadi orang yang disenangi  
tetapi itu tak bermaksud aku menyenangi kepalaku di injak2 sampai mati."
 -Zaira Fathiah-


jd, renungila maksud bait kata2 itu dan lihat pd diri yg adakah kita mahu segala kebenaran itu tenggelam tanpa usaha menimbulkannya kembali???

tepuk dada, tanya hati... 

Thanks sbb sudi baca.  :)
Have a nice day... 

Jom Bercuti





Tiba-tiba bila tengok pantai ni, rasa nak pergi terjun je. Hiihihihihihi, syoknya mandi laut. Dah lama dah tak mandi pantai. Dulu, masa kecil, pak sedara ada bawa main di pantai kat Cherating sekali dengan anak-anak dia. Masa tu umur baru 9 tahun. Tak baligh lagi ha. Hihihi, memang seronok. Mandi sampai tak ingat dunia. Time tu la belajar cara apungkan diri. Dan sukses! Tapi itula, penangan mandi laut, kulit jadi gelap yang amat, kata mak, macam sapu arang je kat kulit ni hah. Adoi, nak cerah balik makan masa berbulan-bulan kot. Tapi x ape lah, time tu budak-budak lagi. Mana pandai nak makeup bergaya semua. Time tu, budak-budak sibuk main macam ni la, bukan macam budak-budak zaman sekarang, sibuk main laptop, main fb, makeup bergaya macam diva la kan. Tapi rugi juga diaorang, tak dapat nak rasa chilhood moment yang best macam ni. Nanti, nak apply cutilah. Nak pergi Port Dickson kot. Rehatkan minda and badan. Dah lama x berjalan-jalan ni. Kena kumpul duit la dulu. Hihihi. Wish me luck.




p/s: bercuti kadang kala x ape sebab itu ubat untuk release tension yang membuak-buak dalam diri.

Thank for read.  :)

Jangan Gundah Dengan Hidup


Ada orang kata, kehidupan ini tidak pernah adil.  

Bagi pendapat aku, kehidupan ini sebenarnya adil tapi, manusia yg tidak adil pd dirinya sendiri. Bagi pendapat aku, itu mmg benar. Kehidupan itu sudah adil, tetapi yg membuat kehidupaan itu seperti tidak adil adalah manusia itu sendiri.

Contohnya, kita cemburu dengan kesenangan orang tue, dgn harta yg melimpah ruah, dgn barangan mewah yg di pakainya. Sedangkan kita hanya mampu pakai pakaian biasa yg tidak mampu untuk menarik sesiapa pun memandang kita.

Jgn gundah dgn kehidupan itu kerana kita x tahu apa ujian yg Allah turunkn ke atasnya. Bg kita, kemiskinan itu menjadi satu beban dan masalah yg belenggui diri kita kerana kita tidak mampu untuk memiliki segala yg dia miliki. Tapi, kita tidak terfikir pun bahawa kemewahan yg dimilikinya itu seringkali membelenggu dirinya yg mana dia kekurangan sesuatu dalam kehidupan kekurangan sesuaatu yg kita kaya dengannya.

Sebenarnya, setiap manusia itu ada ujian yg diperturunkan padanya dan tiap ujian itu berbeza. Itu semua untuk kehidupan kita akan datang, sama ada kita mampu mengharungi ujian itu atau tidak, semua itu terletak pada diri kita sendiri, bkn terletak pd kehidupan kita. Kita yg mencorakkan kehidupan yg kita mahukan bukan kemewahan atau kemiskinan yg mencorakkannya. Kaya dgn budi itu lebih berkat drp kaya dengan harta. Budi yg baik itu sampai mati akn orang junjung dan ingati akn tetapi jika hanya kaya dgn harta saja, tanpa kaya budi, tak siapa yg akn mengingati, bahkn untuk ingat sekali pun, org tidak akn mahu.


Jadi, jgn sesekali gundah dgn kehidupan kita kerana apa yg ada itu sudah tertulis untuk membawa sejuta hikmah pada kita. Yang buruk itu tak semestinya akn melahirkn yg buruk dan yg baik itu tak semestinya akn kekal baik.

Kehidupan yg indah itu lahir drp golongan manusia yg senantiasa memastikan kehidupannya bahagia dan kaya dengan budi seiring dgn kemewahan. Maka, jgn sesekali gundah dgn kehidupan kerana dgn kehidupan itu kita mampu menerokai setiap apa yg kita inginkan dalam kehidupan ini. Cuma usaha yg tidak kenal putus asa mampu menghasilkan kehidupan yang serba indah ini. 

Akhir sekali, jgn sesekali gundah dgn kehidupan, hayati ia sepenuhnya. Maka dgn itu baru kita sedar yg kehidupan itu sangat adil.



Thanks for read.  :)