LuMRaH kEhIdUpAn SEBAgaI sEoRaNG mAnuSia...




Hari ini, kita berdiri di atas, dan hanya melihat orang di bawah dengan pandangan yang berbeza-beza... namun, apakah pandangan yang kita lemparkan pada mereka itu akan mengubah segalanya tentang posisi kita dalam kehidupan?

itu, kita kena tanya Sang Pencipta yang Maha Agung di dunia ini...
bagi aku, kehidupan ini mempunyai hukum karma... iaitu buat baik di balas baik dan sebaliknya... mungkin kita tak nampak itu kerana ia bukan berlaku secara drastik dan tidak dapat di tatap dengan pandangan kasar manusia... tetapi ia berlaku secara halus dan perlahan-lahan tanpa kita sedari...

projek yang dah di pertanggungjawabkan ke atas aku dah pun selesai berjalan...
jujur aku katakan yang aku tidak berpuas hati dengan hasilnya... kerana itu merupakan satu projek yang kecil dalam organisasi aku... projek kecil yang di berikan kepadaku pun tak dapat di laksanakn dengan sebaiknya olehku...

apa alasannya???
sistem pengurusan yang tidak cekap selain segala kerja hanya di lakukan oleh orang yang benar2 komited dengan tugas yang di berikan...
dan bercakap mengenai orang yang komited nie, dalam projek aku barangkali aku telah melantik orang yang salah secara majoritinya...

mengapa?
kerana aku dan mereka langsung tiada hubungan 2 hala...
mereka hanya menunggu arahan daripada aku walhal pertanyaan dan rujukan itu boleh saja di buat pada setiausaha organisasi kami...
adakah relevan bagi seorang pengarah projek menulis sendiri ucapannya dan membuat slide show hanya kerana beban tugas yang diberikan pada portfolio itu tidak mempunyai kemahiran membuatnya??

usaha itu berakah kejayaan..
aku juga tidak tahu bagaimana membuat slide show tetapi aku juga teruskan dan cuba membuatnya tanpa merungut walau slide show aku tidak di paparkan di majlis itu... hanya perasaan puas hati kerna aku berjaya menyiapkan slide show itu dengan sempurna walau aku baru pertama kali mencubanya...

bertoleransi itu intipati perpaduan...
perbincangan dan berterus terang itu amat penting bagi menjayakan sesuatu program, bekerja seorang diri atau hanya di lakukan 3 atau 4 orang yang komited dalam melaksanakan program yang besar itu tidak bererti mana kerana program itu tetap berjalan dalam lopangan...

nasihat aku....
tak puas hati, bagitahu,... bersikap berterus terang dan jujur pada diri..
sudah beri persetujuan untuk memikul beban tugas yang telah di amanahkan bukan bermakna hanya tahu mengarah dan melihat atau membuat kerja sambil merungut-rungut...
kerja yang tidak ikhlas tidak akan di berkati...
eventhough aku rasa aku patut memberi banyak komen dan arahan tentang portfolio program terbabit tapi aku diamkan saja kerana aku tidak suka situasi masam-masam manis nie... sebab tak guna nak bertekak atas apa yang dah terjadi, hanya jadikan iktibar dan panduan untuk masa hadapan...

dan nasihat untuk diri aku pula..
bersikap tegas dalam memberi arahan dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab itu perlu ada dalam diri... semoga aku dapat melakukan yang terbaik dan lebih baik pada projek akan datang...




p/s: tanggungjawab bersama harus jadi isi dalam kuku portfolio itu secara bersama... ibarat pepatah ada menyebut " berat sama dipikul, rigan sama dijinjing...".... terima kasih yang sudi berhempas pulas menjayakan projek aku itu,, semoga kalian di bayar dengan 100 pahala untuk setitis keringat kalian oleh Allah S.W.T.... amin...