KeTaM MenGAjaR anAKnYa berJaLAn???


Manusia...
bila kita fikirkannya, ia begitu kompleks... sangat halus, sangat seni... sampaikan kekadang ia terkoyak dek kerana selumbar kecil di sisi... mungkin itu tujuan Allah menciptakan hati dan perasaan untuk manusia... kerana DIA mahu manusia sesama manusia faham dan tahu menghormati sesama sendiri...

hari ini aku bukan lagi nak berceloteh mengenai kisah cinta yang universal dan tidak tahu ke mana penghujungnya pergi... hem, hari ini aku nak berpot pet mengenai sahabat yang sebenarnya ada pelbagai jenis... manusia... percintaan... persahabatan... semua itu intipati dalam sebuah kisah kehidupan... dan kisah yang ingin aku kongsikan hari ini ialah keadaan di mana seekor ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan... aku pasti dan yakin yang barangkali kalian semua tahu akan ceritanya itu bukan...

tapi, ini bukan sekadar ketam semata-mata... ini adalah sebuah hakikat kehidupan yang senantiasa tidak pernah lari dari hidup aku... kisahnya bermula apabila aku tercontact semula dengan kawan lamaku yang ku gelarkan dia, Hans.... aku dan Hans nie, kawan sewaktu aku menuntut di tingkatan enam.. pada mulanya kami tidak rapat tetapi selepas dia brake up dgn ex gfnya... kami rapat kerna aku selalu suka menjadi 'pakar kaunseling' rakan-rakanku... mungkin kerna rapat, aku senantiasa memberikan dia kata2 semangat, sama seperti aku memberikan kata2 semangat kepada rakan2ku yang lain....

dan, demi Allah, aku langsung tidak tahu yang dia sebenarnya ada menyukai aku... hemm, aku anggapkan perasaannya itu tidak serious dan tidak benar kerna mungkin dia menyukaiku hanya kerna aku dan dia serasi... yang mana hanya serasi berkawan... dan baru2 ini aku mula berhubung dgnnya dan yang paling tidak aku sangka, dia mengatakan aku nie seorang yang suka berdalih2 dan menonjolkan diri.... dan hanya mencari lelaki yang berwajah menarik, famous dan juga cerdik... itu bukan aku.....

aouch!!! kata2 yang sangat pedih untuk aku dengar daripada mulut seorang kawan yang aku tolong selama ini... aku tidak kisah tentang apa yang dia utarakan kerna itu mungkin kelemahanku di matanya... tetapi yang paling aku jengkelkan ialah dia itu sepertinya menghalang aku untuk cuba memberikan peluang kepada Henry Fitzroy atau lelaki lain untuk mendekati aku... sepertinya aku ini gf nya... walhal dia sudah punya gf.... wallla.... gfnya itu satu universiti dgn aku... withmeans, aku x kenal dia lagi...

kalian rasa, adakah salah untuk aku memberi peluang kepada orang lain yang ingin mendekati aku dengan cara yang berhemah???

dia pernah berkata seperti ini..." mia x payah la fikir tentang cinta cintun nie, bazirkan masa saja...."

iya, mmg betol cinta itu adakalanya membazirkan masa tanpa kita sedari, tapi bukankah biadap sekiranya kita tidak memberi peluang kepada mereka yang ingin mendekati??? hello, Hans... i'm a girl... not a boy!!!! tapi yg x tahannya,, bagaimana dia tegar nasihatkan aku seperti itu walhal dia sendiri pon sedang pacaran sekarang nie,,, n tiap kali ada masalah, call n mengadu kat aku?????

bukankah itu namanya ketam mengajar anaknya berjalan??? diri sendiri tak betol, nak nasihatkan orang lain plak... nasihatnya tak mengapa untuk kebaikan but before giving some advice to other, checking yourself first....


p/s: mia x tahu la sapa2 yang pernah lalui pengalaman ini but just satu jer mia nak pesan, stick to yourself whatever happen n make sure u knows everything that u already decided....


No comments: