TeMaN beRhaTi EmaS... ;)





di mana bumi di pijak,
di situ langit di junjung,
tinggi lagi budi yang di sanjung...


huhuhu, peribahasa tue, mia ada tambahkan cikit. bukannya nak merosakkan yang sedia ada, cuma mia nak kepilkan satu cerita tauladan yang mia sendiri alami dan boleh di jadikan pengajaran buat kita semua... bercakap mengenai budi, mia teringatla plak kat seorang kawan satu universiti yang baru jer setahun mia kenal...

mas namanya...
atau masturina gelaran yang kami gelarkan... kih kih kih... mas sebenarnya jiran sebelah bilik mia yang mia kongsikan bersama roomate mia, iaitu cik suci dan cik ana...

mas nie kepoh dan ramah orangnya... selalu jer bertandang dekat bilik kiteorang,,, selalu la jugak bilik mia tue di jdkan pot lepak kami atau panggung wayang sementara... huhuhuhu ok la, nak tahu kenapa bila mia dengar atau sebut jer perkataan budi nie, mia teringat kat mas???

ok, mari mia cerita...
kisahnyer bermula bila mia, suzi dan ana pergi ke rumah kakak mas yang terletak di bagan, penang... pada masa tue, mas ada kat situ dan nak bawa kami jalan2 merendek bandar penang la. perjalanan ke sana mengambil 2 buah bus rapid. tak la jauh sangat dari universiti kami tue... tapi nak buat macam mana, kami nie berasal dari golongan yang susah... jadi untuk meronda2 nie, kami gunakan pengangkutan awam yang ada, iaitu bus rapid... yang penting selamat dan murah.... hihi...
nak di jadikan cerita nie, ketika kami dalam perjalanan balik, waktu tue dah lewat petang dah dan hujan mula turun dengan renyai2... cuaca mashyuk dan syahdu tok tito la katakan... jadi, sebab terlampau syahdu sangat air turun dari langit, kami bergegas masuk ke dalam bus rapid yang dalamnyer hampir la nak padat.. tapi x la padat sangat.. kiranyer boley la memberi ana dan mas tue tempat duduk..

manakala mia dan suzi berdiri,,, huhu berdiri lam bus mmg menjadi rutin kami seharian, jadi kami x terkilan la sebab x dapat tempat duduk tue... then x sampai 15 minit, bus berhenti lagi dan ramai la yang masuk dan keluarnya... dan mia tersedar yang ada mak cik yang kelihatan uzur baru jer masuk dalam bus rapid tue...

tapi, kasihan, sebab dah tak de tempat kosong dah... mia pandangla kat kiri mia, tengok ada 2, 3 tempat duduk tue diisi oleh kaum lelaki yang muda dalam lingkungan 20-an....
hem.... kasihan mak cik tue... lelaki2 tue buat x tahu jer mia tengok... naik geram ada la gak... ikutkan hati, mia nak jer bg mak ciik tue duduk tp apakan daya, mia pon masa tue ngah berdiri.. huhuhuuhu

then, tetiba....

" mak cik, mak cik duduk la kat tempat saya nie... saya berdiri x apa...."

mia lihat mas senyum sambil persilakan mak cik tue uzur... mia langsung berpandangan dengan suzi dan mengangguk senyum... senyum kerna melihat tindakan spontan mas yang sangat mulia... mia lihat gak la muka2 lelaki macho yang duduk kat sebelah kiri mia tue, ada berubah la jugak air muka diaorang bila tengok tindakan mas tue... kih kih kih... padan muka, berat ngat k badan diaorang nak bangun dan sedekahkan tempat diaorag tok mak cik tue duduk... lebih mas tue perempuan, senang jer dia bagi tempat duduk dia tanpa berkira dalam keadaan yang masa tue kurang menyenangkan... apa la diaorang nie, x menjunjung budi dalam hidup kot...

pe pon, ada sesetengah pihak yang kata generasi zaman sekarang nie kurang budi pada orang tua mahu pun pada hidup mereka... cerita mia kali nie membuktikan ia sebaliknya, masih ada lagi generasi seperti kami nie yang menjunjung budi sebagai prinsip hidup... walaupon sekarang nie zaman globalisasi dan moden, kecanggihan era teknologi bukanlah satu alasan untuk generasi zaman sekarang nie melupakan adat dan menyanjung budi kerna budi itulah manusia disegani... junjung budi perkerti, amalan dan diri di segani....



p/s: mia sangat tabik dan kagum dengan kepribadian mas yang junjung budi dalam hidupnya... mia juga rasa bertuah sbb dapat berkenalan dgn dia... semoga persahabtan kita berkekalan ye mas... love u so much frendzzz,,, huhuuuh




KeTaM MenGAjaR anAKnYa berJaLAn???


Manusia...
bila kita fikirkannya, ia begitu kompleks... sangat halus, sangat seni... sampaikan kekadang ia terkoyak dek kerana selumbar kecil di sisi... mungkin itu tujuan Allah menciptakan hati dan perasaan untuk manusia... kerana DIA mahu manusia sesama manusia faham dan tahu menghormati sesama sendiri...

hari ini aku bukan lagi nak berceloteh mengenai kisah cinta yang universal dan tidak tahu ke mana penghujungnya pergi... hem, hari ini aku nak berpot pet mengenai sahabat yang sebenarnya ada pelbagai jenis... manusia... percintaan... persahabatan... semua itu intipati dalam sebuah kisah kehidupan... dan kisah yang ingin aku kongsikan hari ini ialah keadaan di mana seekor ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan... aku pasti dan yakin yang barangkali kalian semua tahu akan ceritanya itu bukan...

tapi, ini bukan sekadar ketam semata-mata... ini adalah sebuah hakikat kehidupan yang senantiasa tidak pernah lari dari hidup aku... kisahnya bermula apabila aku tercontact semula dengan kawan lamaku yang ku gelarkan dia, Hans.... aku dan Hans nie, kawan sewaktu aku menuntut di tingkatan enam.. pada mulanya kami tidak rapat tetapi selepas dia brake up dgn ex gfnya... kami rapat kerna aku selalu suka menjadi 'pakar kaunseling' rakan-rakanku... mungkin kerna rapat, aku senantiasa memberikan dia kata2 semangat, sama seperti aku memberikan kata2 semangat kepada rakan2ku yang lain....

dan, demi Allah, aku langsung tidak tahu yang dia sebenarnya ada menyukai aku... hemm, aku anggapkan perasaannya itu tidak serious dan tidak benar kerna mungkin dia menyukaiku hanya kerna aku dan dia serasi... yang mana hanya serasi berkawan... dan baru2 ini aku mula berhubung dgnnya dan yang paling tidak aku sangka, dia mengatakan aku nie seorang yang suka berdalih2 dan menonjolkan diri.... dan hanya mencari lelaki yang berwajah menarik, famous dan juga cerdik... itu bukan aku.....

aouch!!! kata2 yang sangat pedih untuk aku dengar daripada mulut seorang kawan yang aku tolong selama ini... aku tidak kisah tentang apa yang dia utarakan kerna itu mungkin kelemahanku di matanya... tetapi yang paling aku jengkelkan ialah dia itu sepertinya menghalang aku untuk cuba memberikan peluang kepada Henry Fitzroy atau lelaki lain untuk mendekati aku... sepertinya aku ini gf nya... walhal dia sudah punya gf.... wallla.... gfnya itu satu universiti dgn aku... withmeans, aku x kenal dia lagi...

kalian rasa, adakah salah untuk aku memberi peluang kepada orang lain yang ingin mendekati aku dengan cara yang berhemah???

dia pernah berkata seperti ini..." mia x payah la fikir tentang cinta cintun nie, bazirkan masa saja...."

iya, mmg betol cinta itu adakalanya membazirkan masa tanpa kita sedari, tapi bukankah biadap sekiranya kita tidak memberi peluang kepada mereka yang ingin mendekati??? hello, Hans... i'm a girl... not a boy!!!! tapi yg x tahannya,, bagaimana dia tegar nasihatkan aku seperti itu walhal dia sendiri pon sedang pacaran sekarang nie,,, n tiap kali ada masalah, call n mengadu kat aku?????

bukankah itu namanya ketam mengajar anaknya berjalan??? diri sendiri tak betol, nak nasihatkan orang lain plak... nasihatnya tak mengapa untuk kebaikan but before giving some advice to other, checking yourself first....


p/s: mia x tahu la sapa2 yang pernah lalui pengalaman ini but just satu jer mia nak pesan, stick to yourself whatever happen n make sure u knows everything that u already decided....