...HiKmaH-MU, Ya Allah...


kenangan dan memori..
apa yang bezanya kedua-dua perkataan itu???
bagi aku, itu sume membawa maksud yang sama...

hari nie, dah genap 5 hari Ba tinggalkan aku...
tinggalkan kami...
kehilangan dia amat aku rasai...
dan aku yakin, bukan saku saja yang merasainya..
malahan teman2 rapatnyer juga..

sebenarnya, hari ini aku cuba berkuat 
untuk mencoretkan sesuatu mengenainya
lantaran selama beberapa hari ini aku agak kesibukan 
yang x n sengaja dibuat2..
biasalah, aku masih bersedih 
kerna Ba satu2nya kawan terapat aku 
yg dapat mengesan kekosongan hati 
yg selama ini aku tutup dan sembunyikan 
daripada deria mata manusia...

kalau diikutkn, 
terlalu banyak yang ingin aku kongsikan 
dan khabarkn kepadanya
kerna hanya dia yg tahu apa sebenarnya 
yang bermain di dasar hati aku...

dialah seorang abg
dan 
dialah seorang kawan
yang bagi aku
amat terbaik di sepanjang hayatku..

kata-katanya penuh dengan pengertian yang berhemah,
tiap untaian madahnya tersirat intipati 
yg meneutralkan bisa dan nanah di hati..
tiada kata yg di ucap tapi hanya cara yg di cerap...
itulah sahabat terbaik aku...
satu2nya teman yg dapat mengesan 
apa yg aku balut dan selam dalam hati aku...

tadi, aku berpeluang ke rumahnya..
sugul aku lihat wajah kedua-dua org tuanya...
air mata ingin sekali menitis dek kerana 
menahan sebak yg makin mendesak di hati,
tapi ...


aku perlu kuat,
aku perlu gagahkan diri,
aku perlu tunaikan apa yg Ba mintak,

"senyumlah selalu, Aju..."

maka, tadi...
aku berkuat demi Ba
sedangkan empangan hati aku udah remuk 
dan air rakus mengalir laju 
dek kerana tekanan sebak yg makin memuncak di hati ini...


tapi, aku bangga dan aku rasa bertuah
kerna aku ponteng kelas malam tue
sbbnya,
kalau tak, 
aku pasti akan menyesal seumur hidup...

ada sbb Allah gerakkan hati aku utuk ponteng kelas...
tok pi fun fair mlm tue..
sbbnya, dia mahu aku hayati masa-masa terakhir 
bersama sahabat terbaik aku... 
dan hingga kini, aku x pernah menyesal
kerna aku ponteng kelas mlm tue
sbb aku dpt tunaikan permintaan Ba
buat kali terakhir..
supaya aku tidak hidup dengan rasa menyesal seumur hidup...

apa orang nak kata ???

"eh, ponteng kelas sbb pi fun fair?! teroknyer!!!"

kata-kata org??
pedulikan la ko nak kata apa kat aku..
aku peduli apa...
yg aku tahu, mlm tue aku x pernah menyesal
sbb aku dpt hbiskn masa n gembirakn hati sahabat terbaik aku 
sblom dia pergi buat selama-lamanya... 

korang tahu apa???
luka di hati aku bkn korang yg selami, rasai...
kata berteman, tapi di kala perut aku berkeroncong malam, 
sanggup ke korang nk teman aku pi mkn 
walau korang letey tahap kritikal 
mcm apa aku buat kat korang???

penat dan letey aku tetap teman korang mkn,
tapi lapar aku korang x teman...
mulut aku malas nak ucap kata-kata 
yg bagi aku hanya menyakitkn keadaan,
biar tangan saja yg memantul apa yg hati aku rasa...

sbb itulah aku sayang Ba..
sbb dia teman yg sanggup berkorban tok aku dan yg lain...
dia teman terbaik aku..
dapat kesan sakit aku tak mcm korang...

rasa sakit di hati nie, 
baru saja nak pulih tapi jadi beku
 bila aku dengar Ba dh x de...
tapi kenangan bersama dia amat aku kenang..
sampai bila aku jejakkn kaki di menara ilmu tercinta aku nie, 
tiap sudut aku hanya terbayang kenangan aku bersama dia..

Ya Allah,
kuatkan lah kami..
aku ingin berkuat 
demi menghadapi sebuah lagi kehilangan 
dalam  hidupa aku....
kerna aku amat menghargai apa yg telah
Engkau pinjamkan untuk aku..
pinjamkan dia untuk aku sedari
bahawa masanya telah tiba untuk aku 
meneruskan kehidupan aku dalam erti kata sebenar...

terima kasih Allah...
kerna ujian yg Kau berikan pada aku ini
aku telah lihat hikmah bijaksananya...

Perginya dia sebagai seorang insan yg amat bererti di hati aku
yg telah menunjukkan hidup ini bknnya kusam...
insyaAllah..
akan aku penuhi semula hidup ini dengan
rona-rona warna yg menarik dan ceria
agar dia tersenyum di alam sana...


~ persahabatan . kita . akan . aku . kenang . sampai . mati ~

***

... KeHiLaNgAnMu yAng AmaT dirAsAi Aku...


kata orang,
 kawan ketawa senang di cari, 
kawan sedih sukar di temui..
memang benar apa yang di katakan orang.

tanggal 15 September 2010...
adalah salah satu lagi tarikh yang mendukacitakan aku..
menyaksikan satu lagi orang yang rapat di hati aku
 pergi buat selama-lamanya..

Ba Hafizul..
kalau dengar saja nama Ba, 
mesti aku dah terbayangkan wajah Ba
 yang sentiasa ceria tersenyum 
dengan lagaknya yang mencuit hati.
iya, dia seorang lelaki
 dan dia adalah kawan baik aku sendiri.

dia sentiasa tersenyum 
walau betapa berat hati dan bahunya
 memikul masalah dunia yang menjengkelkan.
hakikatnya, usia perkenalan kami tak sampai pun setahun,
 baru sahaja nak masuk 2 bulan lebih kami berteman
 tapi aku rapat dengan dia...

iya, seminggu sebelum kami pulang
 ke kampung halaman masing-masing,
 kami sering bertemu dengan 
kawan-kawan rapat kami yg lain.. 
biasanya aku bertemu dengan Ba dan Henry Fitzroy... 
seminggu sebelum itu,
 dia sangat rapat dengan aku dan Henry Fitzroy... 
seolah-olah kami la teman rapatnya...

aku akui,
 berteman rapat dek kerana masa perkenalan yang lama dengan 
berteman rapat dek kerana keserasian 
walau usia perkenalan x lama adalah sangat berbeza....
aku x kenal lama dengan Ba 
tetapi keakraban kami sangat utuh  

dengan Ba lah,
 aku bercerita dan berkongsi masalah dengannya,
 dan banyak nasihat yang aku dapat.
 Ba mmg sangat baik.... 
aku sayang dan hormatkan Ba 
macam aku hormat dan sayang abg aku sendiri.

kata-kata Ba sebelum kami pergi FunFair 
pada malam 30 Ogos 
sebelum sambut Merdeka terdengar-dengar 
di benak fikiran dan telingaku.... 

kata Ba "jom la Aju, kita kuar pi fun fair, nanti dah tak jumpa Ba dah, susah nanti..."

itu kata-katanya selepas aku beritahu dia 
yang malam tue aku ada kelas ganti...
 tapi, bila mengenangkan permintaannya 
dan keadaan aku yg agak kecelaruan hati time tue, 
aku pergi jer sana,

 bermain buai pusing-pusing 
dengan Ba, 
Kak Ika,
 Harith, 
Dyla, 
Zaf,
 Shazy, 
Safwan
 dan Abg Apit...

habis pening kepala aku time tue, 
Ba cuma tersenyum tapi sempat lagi tanya aku ok ke x
 lepas main buai pusing-pusing tue...

malam tue, kami mmg happening sangat-sangat, 
then lepas tue,
 Ba ajak pi karok dekat BJ...
waaaaaaa, aku dh la x pernah masuk tempat cam tue... 
malam tue, aku mmg geram tol dengan Ba and Harith,,
 bkn sebab apa,
 sebab depa yg dok pujuk and ajak aku pi fun fair.. 
masalahnyer aku x boley balik sbb aku tumpang kete Safwan..
jadi malam tue layan depa karok la...
tapi, aku terdetik sekarang...

perangai Ba sangat pelik malam tue, 
dia sangat happening pelik, lain macam... 
bkn macam happening yg bese2...
dia ambik gambar... 
nyanyi lagu yang ada mksud tersirat sedey...
dan, dia ada kata,
 dia nak aku dengan Henry Fitzroy 
sbb Henry Fitzroy tue kawan baik dia...

dan pagi tadi...
Henry Fitzroy call aku sambil teresak-esak nangis..
dia tanya aku yg betul ke Ba dah tak de...
aku tergamam...
aku x cayer and ingat si Henry nie main2kn aku..
then aku call Ba...
adik dia yang angkat call
then cakap yang Ba dah tak de, 
meninggal dalam tidur lepas solat subuh pagi tadi..
terjelopok aku di atas lantai rumah aku...
menggigil badan dan tangan aku...

Ya Allah!!!! 
Betul ke Ba dah tak de???

Ya Allah...
pemergian Ba amat aku dan Henry Fitzroy terasa...
sebabnya, sebelum kami balik bercuti hari raya, 
aku dan Henry sangat rapat giler dengan Ba... 
tambah-tambah lagi si Henry Fitzroy sbb dia lelaki...
sebab kami bertiga saling berkongsi masalah...
 itu yang membuatkan Ba still tanya pasal aku kat Henry 
semalam sebelum dia pergi ...
tue, Henry call and bagitahu kat aku 
sal apa yang Ba cakap kat dia semalam dalam mesej2...

Ya Allah, 
aku terkelu kerna sebelum pergi, 
Ba masih sempat ingat pasal aku sebab dia tahu sal masalah aku...
dan apa yang aku boleh katakan di sini,

pemergian Ba.. 
sangat2 aku dan Henry Fitzroy rasai.. 
sebabnya kami berdua menjadi teman rapatnya,
 tempat dia mengadu rasa dan masalah dia serta
 tempat perkongsian kami sebelum dia pergi buat selama-lamanya...

Ba, 
segala kenangan kita akan Aju ingat dan sematkan 
dalam hati dan diri Aju sampai bila-bila,
 Ba seorang kawan yang sangat baik, 
terima kasih sebab mengakui pada Sapix yang Aju nie kawan baik Ba... 
dan terima kasih banyak-banyak
 sebab ajar Aju cara untuk tersenyum lagi menghadapi dunia...
Aju doakan semoga Ba berada dalam kalangan orang yang soleh. 
InsyaAllah kita akan ketemu lagi...

***

gambar masa time konvo kak Ika...
Ba berbaju putih dan bertopi ceria tersenyum


gambar fasi-fasi masa kem pimpin siswa siri 1 2010 
di kem d'puncak Briss.. 


gambar last aku dengan Ba,
time pi fun fair ari tue...


gambar aku dengan Ba, time first rapat 
dekat kem pimpin siswa d'puncak Briss siri 1 2010


gambar kami, family Kem pimpin siswa D'puncak Briss buka puasa.
Ba (pakai baju hitam) duduk mengadap aku...

***

LaGu uNtUk KeNaNgI Ba..

Kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

(*khatimah cinta-6senth*)


... Apa NaK jAdi ??? AdOyaiii...




hemm, mesti kalian hairan kenapa tajuk blog mia bunyinyer pelik kan???
huhuuh, sebenarnya mia tengah berfikir tentang diri mia sendiri...


study dah rasa macam nak give up jer,   
 rasa hidup dalam kepompong desakan sana dan sini... 


people are just don't understand me,
 just like they are nothing to say or to feel...
and i don't hope they will understand me
 because they wouldn't...
n just me understand me... 
not them..

but,
 i just need them
 to not pushing me 
doing something that i don't like 
because it's make me feel bad..

mia x sama dengan diaorang..
 sometimes....
 problems keep coming 
and i'm drowned... 

but.. anyway...
life must move on, right???
people are not the reason why we are stop smiling or enjoying our life happily...
so, mia harus melangkah dalam kehidupan ini 
dengan senyuman yg cumel 


coz it's make me happy 
when i can make people happy with my present....



p/s: life is short so don't make it meaningless or even shorter becoz u will regret it when u're realize that u don't fill it with memorable things!!! 
just enjoy the life!!!    chill out!!!! 


LuMRaH kEhIdUpAn SEBAgaI sEoRaNG mAnuSia...




Hari ini, kita berdiri di atas, dan hanya melihat orang di bawah dengan pandangan yang berbeza-beza... namun, apakah pandangan yang kita lemparkan pada mereka itu akan mengubah segalanya tentang posisi kita dalam kehidupan?

itu, kita kena tanya Sang Pencipta yang Maha Agung di dunia ini...
bagi aku, kehidupan ini mempunyai hukum karma... iaitu buat baik di balas baik dan sebaliknya... mungkin kita tak nampak itu kerana ia bukan berlaku secara drastik dan tidak dapat di tatap dengan pandangan kasar manusia... tetapi ia berlaku secara halus dan perlahan-lahan tanpa kita sedari...

projek yang dah di pertanggungjawabkan ke atas aku dah pun selesai berjalan...
jujur aku katakan yang aku tidak berpuas hati dengan hasilnya... kerana itu merupakan satu projek yang kecil dalam organisasi aku... projek kecil yang di berikan kepadaku pun tak dapat di laksanakn dengan sebaiknya olehku...

apa alasannya???
sistem pengurusan yang tidak cekap selain segala kerja hanya di lakukan oleh orang yang benar2 komited dengan tugas yang di berikan...
dan bercakap mengenai orang yang komited nie, dalam projek aku barangkali aku telah melantik orang yang salah secara majoritinya...

mengapa?
kerana aku dan mereka langsung tiada hubungan 2 hala...
mereka hanya menunggu arahan daripada aku walhal pertanyaan dan rujukan itu boleh saja di buat pada setiausaha organisasi kami...
adakah relevan bagi seorang pengarah projek menulis sendiri ucapannya dan membuat slide show hanya kerana beban tugas yang diberikan pada portfolio itu tidak mempunyai kemahiran membuatnya??

usaha itu berakah kejayaan..
aku juga tidak tahu bagaimana membuat slide show tetapi aku juga teruskan dan cuba membuatnya tanpa merungut walau slide show aku tidak di paparkan di majlis itu... hanya perasaan puas hati kerna aku berjaya menyiapkan slide show itu dengan sempurna walau aku baru pertama kali mencubanya...

bertoleransi itu intipati perpaduan...
perbincangan dan berterus terang itu amat penting bagi menjayakan sesuatu program, bekerja seorang diri atau hanya di lakukan 3 atau 4 orang yang komited dalam melaksanakan program yang besar itu tidak bererti mana kerana program itu tetap berjalan dalam lopangan...

nasihat aku....
tak puas hati, bagitahu,... bersikap berterus terang dan jujur pada diri..
sudah beri persetujuan untuk memikul beban tugas yang telah di amanahkan bukan bermakna hanya tahu mengarah dan melihat atau membuat kerja sambil merungut-rungut...
kerja yang tidak ikhlas tidak akan di berkati...
eventhough aku rasa aku patut memberi banyak komen dan arahan tentang portfolio program terbabit tapi aku diamkan saja kerana aku tidak suka situasi masam-masam manis nie... sebab tak guna nak bertekak atas apa yang dah terjadi, hanya jadikan iktibar dan panduan untuk masa hadapan...

dan nasihat untuk diri aku pula..
bersikap tegas dalam memberi arahan dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab itu perlu ada dalam diri... semoga aku dapat melakukan yang terbaik dan lebih baik pada projek akan datang...




p/s: tanggungjawab bersama harus jadi isi dalam kuku portfolio itu secara bersama... ibarat pepatah ada menyebut " berat sama dipikul, rigan sama dijinjing...".... terima kasih yang sudi berhempas pulas menjayakan projek aku itu,, semoga kalian di bayar dengan 100 pahala untuk setitis keringat kalian oleh Allah S.W.T.... amin...



TeMaN beRhaTi EmaS... ;)





di mana bumi di pijak,
di situ langit di junjung,
tinggi lagi budi yang di sanjung...


huhuhu, peribahasa tue, mia ada tambahkan cikit. bukannya nak merosakkan yang sedia ada, cuma mia nak kepilkan satu cerita tauladan yang mia sendiri alami dan boleh di jadikan pengajaran buat kita semua... bercakap mengenai budi, mia teringatla plak kat seorang kawan satu universiti yang baru jer setahun mia kenal...

mas namanya...
atau masturina gelaran yang kami gelarkan... kih kih kih... mas sebenarnya jiran sebelah bilik mia yang mia kongsikan bersama roomate mia, iaitu cik suci dan cik ana...

mas nie kepoh dan ramah orangnya... selalu jer bertandang dekat bilik kiteorang,,, selalu la jugak bilik mia tue di jdkan pot lepak kami atau panggung wayang sementara... huhuhuhu ok la, nak tahu kenapa bila mia dengar atau sebut jer perkataan budi nie, mia teringat kat mas???

ok, mari mia cerita...
kisahnyer bermula bila mia, suzi dan ana pergi ke rumah kakak mas yang terletak di bagan, penang... pada masa tue, mas ada kat situ dan nak bawa kami jalan2 merendek bandar penang la. perjalanan ke sana mengambil 2 buah bus rapid. tak la jauh sangat dari universiti kami tue... tapi nak buat macam mana, kami nie berasal dari golongan yang susah... jadi untuk meronda2 nie, kami gunakan pengangkutan awam yang ada, iaitu bus rapid... yang penting selamat dan murah.... hihi...
nak di jadikan cerita nie, ketika kami dalam perjalanan balik, waktu tue dah lewat petang dah dan hujan mula turun dengan renyai2... cuaca mashyuk dan syahdu tok tito la katakan... jadi, sebab terlampau syahdu sangat air turun dari langit, kami bergegas masuk ke dalam bus rapid yang dalamnyer hampir la nak padat.. tapi x la padat sangat.. kiranyer boley la memberi ana dan mas tue tempat duduk..

manakala mia dan suzi berdiri,,, huhu berdiri lam bus mmg menjadi rutin kami seharian, jadi kami x terkilan la sebab x dapat tempat duduk tue... then x sampai 15 minit, bus berhenti lagi dan ramai la yang masuk dan keluarnya... dan mia tersedar yang ada mak cik yang kelihatan uzur baru jer masuk dalam bus rapid tue...

tapi, kasihan, sebab dah tak de tempat kosong dah... mia pandangla kat kiri mia, tengok ada 2, 3 tempat duduk tue diisi oleh kaum lelaki yang muda dalam lingkungan 20-an....
hem.... kasihan mak cik tue... lelaki2 tue buat x tahu jer mia tengok... naik geram ada la gak... ikutkan hati, mia nak jer bg mak ciik tue duduk tp apakan daya, mia pon masa tue ngah berdiri.. huhuhuuhu

then, tetiba....

" mak cik, mak cik duduk la kat tempat saya nie... saya berdiri x apa...."

mia lihat mas senyum sambil persilakan mak cik tue uzur... mia langsung berpandangan dengan suzi dan mengangguk senyum... senyum kerna melihat tindakan spontan mas yang sangat mulia... mia lihat gak la muka2 lelaki macho yang duduk kat sebelah kiri mia tue, ada berubah la jugak air muka diaorang bila tengok tindakan mas tue... kih kih kih... padan muka, berat ngat k badan diaorang nak bangun dan sedekahkan tempat diaorag tok mak cik tue duduk... lebih mas tue perempuan, senang jer dia bagi tempat duduk dia tanpa berkira dalam keadaan yang masa tue kurang menyenangkan... apa la diaorang nie, x menjunjung budi dalam hidup kot...

pe pon, ada sesetengah pihak yang kata generasi zaman sekarang nie kurang budi pada orang tua mahu pun pada hidup mereka... cerita mia kali nie membuktikan ia sebaliknya, masih ada lagi generasi seperti kami nie yang menjunjung budi sebagai prinsip hidup... walaupon sekarang nie zaman globalisasi dan moden, kecanggihan era teknologi bukanlah satu alasan untuk generasi zaman sekarang nie melupakan adat dan menyanjung budi kerna budi itulah manusia disegani... junjung budi perkerti, amalan dan diri di segani....



p/s: mia sangat tabik dan kagum dengan kepribadian mas yang junjung budi dalam hidupnya... mia juga rasa bertuah sbb dapat berkenalan dgn dia... semoga persahabtan kita berkekalan ye mas... love u so much frendzzz,,, huhuuuh




KeTaM MenGAjaR anAKnYa berJaLAn???


Manusia...
bila kita fikirkannya, ia begitu kompleks... sangat halus, sangat seni... sampaikan kekadang ia terkoyak dek kerana selumbar kecil di sisi... mungkin itu tujuan Allah menciptakan hati dan perasaan untuk manusia... kerana DIA mahu manusia sesama manusia faham dan tahu menghormati sesama sendiri...

hari ini aku bukan lagi nak berceloteh mengenai kisah cinta yang universal dan tidak tahu ke mana penghujungnya pergi... hem, hari ini aku nak berpot pet mengenai sahabat yang sebenarnya ada pelbagai jenis... manusia... percintaan... persahabatan... semua itu intipati dalam sebuah kisah kehidupan... dan kisah yang ingin aku kongsikan hari ini ialah keadaan di mana seekor ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan... aku pasti dan yakin yang barangkali kalian semua tahu akan ceritanya itu bukan...

tapi, ini bukan sekadar ketam semata-mata... ini adalah sebuah hakikat kehidupan yang senantiasa tidak pernah lari dari hidup aku... kisahnya bermula apabila aku tercontact semula dengan kawan lamaku yang ku gelarkan dia, Hans.... aku dan Hans nie, kawan sewaktu aku menuntut di tingkatan enam.. pada mulanya kami tidak rapat tetapi selepas dia brake up dgn ex gfnya... kami rapat kerna aku selalu suka menjadi 'pakar kaunseling' rakan-rakanku... mungkin kerna rapat, aku senantiasa memberikan dia kata2 semangat, sama seperti aku memberikan kata2 semangat kepada rakan2ku yang lain....

dan, demi Allah, aku langsung tidak tahu yang dia sebenarnya ada menyukai aku... hemm, aku anggapkan perasaannya itu tidak serious dan tidak benar kerna mungkin dia menyukaiku hanya kerna aku dan dia serasi... yang mana hanya serasi berkawan... dan baru2 ini aku mula berhubung dgnnya dan yang paling tidak aku sangka, dia mengatakan aku nie seorang yang suka berdalih2 dan menonjolkan diri.... dan hanya mencari lelaki yang berwajah menarik, famous dan juga cerdik... itu bukan aku.....

aouch!!! kata2 yang sangat pedih untuk aku dengar daripada mulut seorang kawan yang aku tolong selama ini... aku tidak kisah tentang apa yang dia utarakan kerna itu mungkin kelemahanku di matanya... tetapi yang paling aku jengkelkan ialah dia itu sepertinya menghalang aku untuk cuba memberikan peluang kepada Henry Fitzroy atau lelaki lain untuk mendekati aku... sepertinya aku ini gf nya... walhal dia sudah punya gf.... wallla.... gfnya itu satu universiti dgn aku... withmeans, aku x kenal dia lagi...

kalian rasa, adakah salah untuk aku memberi peluang kepada orang lain yang ingin mendekati aku dengan cara yang berhemah???

dia pernah berkata seperti ini..." mia x payah la fikir tentang cinta cintun nie, bazirkan masa saja...."

iya, mmg betol cinta itu adakalanya membazirkan masa tanpa kita sedari, tapi bukankah biadap sekiranya kita tidak memberi peluang kepada mereka yang ingin mendekati??? hello, Hans... i'm a girl... not a boy!!!! tapi yg x tahannya,, bagaimana dia tegar nasihatkan aku seperti itu walhal dia sendiri pon sedang pacaran sekarang nie,,, n tiap kali ada masalah, call n mengadu kat aku?????

bukankah itu namanya ketam mengajar anaknya berjalan??? diri sendiri tak betol, nak nasihatkan orang lain plak... nasihatnya tak mengapa untuk kebaikan but before giving some advice to other, checking yourself first....


p/s: mia x tahu la sapa2 yang pernah lalui pengalaman ini but just satu jer mia nak pesan, stick to yourself whatever happen n make sure u knows everything that u already decided....


BeDaNya MaTa DaN muLUt...


mata dan hati
adakalanya menyatu...
pabila rasa cinta
mula menyentuh rindu...
bait kata-kata yang lancar
mula lusuh berdebu...

ibarat panahan sang arjuna...
melenyapkan persoalan
di benak si suri...
mata berbicara kata-kata hati...
mulut terkunci sepi...
cuma biarkan saja
mata berpadu dengan hati...

yang bedanya mereka...
mata hanya berkata benar
walau mulut berhabisan menafikannya
sebab itu, kata orang,,
mata itu cerminan
hati dan jiwa seseorang...
kerna mulut tidak pandai
berjujur apabila kewarasan akal
di pundak hati dan jiwa...